Tuesday, January 3, 2017

2017

Assalamualaikum, hello πŸ˜‰

Akhirnya ada juga masa nak update blog. Terlalu sibuk plus idea takde (kering-kontang) πŸ˜‚ eh eh blog pun dah ada emoji la. Kerlasss gituuuu. Lepas ni meriah la cikit blog ada emoji-emoji yang comel mewarnai penulisanku. Harap makin rajin la nak menulis. Heee Sempena tahun baru, azam baru (ada ke azam baru) 😏 narakkkk hahaha si Amirah ni takde matlamat hidup 😁 

Oh yee tahun ni genap la 7 tahun aku dalam dunia blogger. Haha macam kejap je tup tup dah 7 tahun. Tapi aku ni blogger tak berapa nak aktif, tenggelam timbul tenggelam timbul je kerja dia πŸ˜‚ Mula-mula buat blog ini 1st sebab baru beli laptop masa tu, lepas tu dapat pulak sambung study, maka segala apa yang terjadi dalam hidup aku, akan aku bebel dan abadikan dalam blog ni 😊Bosan-bosan aku akan scroll balik entry-entry yang dulu, pahtu gelak sensorang sebab.........haha faham-faham sendiri laa kan kalau budak bercerita, habis benda dia nak story. Ngeee 


I wish 2017 to be full of blessing for you πŸ’‹πŸ’™ Terima kasih untuk 2016 yang indah! Alhamdulillah


Tak tahu dah nak karang apa sebenarnya 😭 ini dulu la eh! Sekian short entry dari Amirah!
InshaAllah ada masa kita jumpa lagi πŸ˜—


Sunday, October 16, 2016

Road To Convocation #DegreeHolder

Assalamualaikum, hye :)

23.10.2016 tarikh dimana aku akan naik pentas untuk menerima segulung ijazah, 2 tahun bergelar pelajar Perancangan Bandar dan Wilayah di UiTM Shah Alam. Sampai ke hari ini diri ini masih tidak percaya :) Tak pernah terlintas pun nak ada ijazah, kalau dulu masa sekolah orang tanya nak jadi apa pun tak tahu. Haha sebab result time SPM takde la gempak mana, jadi tak pernah terlintas pun nak jejak kaki ke Universiti time tuh, tapi siapa sangka dah sampai ke degree rupanya si Amirah ni. Huhu Sememangnya perancangan Allah tiada siapa yang tahu. Rezeki Allah :) Alhamdulillah dengan izinNya

Dan begitu juga dengan apa yang aku hadapi saat ini, tipu lah kalau aku cakap aku tak sedih, tak dapat pergi konvo. Sedih ok sedih! Ulang sekali lagi yesss, konvokesyen kali ini aku tak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu. At the same time, tarikh tu tersama pulak dah dengan hari graduasi si bongsu. Acamno? mungkin ini pengorbanan yang harus aku lakukan (eceh ayat nak sedapkan hati) Haks 

"Eh, ko tak menyesal ke tak pergi. Last konvo dah ni weh! " 
"Adik ko tu nanti dia mesti masuk U jugak. Boleh la merasa lagi" 
bla bla bla bla....

Haha betul lah tu, tapi sebagai kakak yang baik hati lagi penyayang. Hiks seorang budak kecil yang baru nak kenal dunia nak merasa pengalaman itu, mampukah aku untuk membiarkan dia bersedih bila melihat abah dan umi takde masa tu? Mereka seronok meraikan kejayaan aku di sana, manakala si adik keseorangan di hari graduasi. Sedih sangat kalau aku nak pentingkan diri.(Haa adik! nanti ko baca ini silalah kenang jasa-jasaku. Sobs) Terlalu menjaga hati orang sedangkan hati kita yang terluka. ** tetiba keluar ayat ni Haha Happy juga boleh sama-sama sambut hari jubah dengan adik. Everything for my family, inshaAllah semua akan jadi suatu perkara yang indah :) Kadang Tuhan hadirkan hujan sebab dia nak hadirkan pelangi yang cantik!

p/s : Kot nak naik pentas time tu sebagai master holder. Who know? :) 

Everything happens for a reason!
Bye

Thursday, September 22, 2016

Random entry!

Assalamualaikum :)

Terasa agak lama diri ini menyepi dari dunia blogger. Hiks nak kata busy, macam biasa. Mungkin sebab jarang online kat laptop tak pun takde idea nak menulis :) Dulu time study 24 jam dengan laptop, jadi kalau bosan penat menghadap esaimen, curi-curi update blog (kalau baca balik entry dulu-dulu rasa macam nak campak muka dalam laut, haha merapu banyak) kadang-kadang duduk buat kerja, tup tup idea datang mencurah-curah, terdetik dalam hati

 "Ok lepas ni nak cerita pasal ini itu bla bla kat blog " 

lepas dah relax-relax nak menulis, sekali idea tu hilang, ghaib terus. Hihi maka terkubur begitu sahaja! Hmm nak cerita apa eh? **masih taktahu nak tulis apa ni. haha (pening) Maaf kalau pening baca entry ambe kali ini :) Iols bakal cerita secara random apa yang terlintas. Haha

Tentang kehidupan aku?! Aktiviti harian aku ke butik, kalau tak ke butik duduk rumah. Kalau ada interview pegi interview. Begitulah kehidupan seorang manusia yang bernama Amirah :) Masih sendiri, belum berdua mahupun bertiga Haha perlu ke mention :p sebenarnya aku pun tak tahu kenapa abah sekarang macam suka sangat tanya pasal "takde berkawan dengan seseorang ke" haha tak sabar nak dapat menantu ke tak sabar nak lepaskan aku. Sobs sobs drama lebih  Dan sebenarnya masa raya hari tu aku kena soal siasat, dah macam retis lak, bila nak kahwin? Dah ada kawan ke? Kenapa takde kawan lagi? Umur dah berapa dah ni? Bla bla bla oh camni rasanya! Haha

Serik dengan cinta, ku tak mahu cinta. Eh!

Aku sebenarnya yang malas, malas nak kenal dengan orang baru. Cukup la ada keluarga dan kawan-kawan yang masih memerlukan aku :) Biar iolls tengok kawan-kawan selamat bina masjid, baru diri sendiri menyusul. Hihi Cukup aku punya mereka disisi. Kalau suatu saat nanti aku tak diperlukan lagi, masa tu mungkin aku akan mencari. Eceh, haks! Jodoh aku mungkin masih mencari identiti dia, sebelum yakin untuk memperisterikan aku, jadi Mr Right belum muncul-muncul (lempang diri sendiri) Ok habis pasal kehidupan aku yang semuanya masih sempurna dan Alhamdulillah bahagia dengan life sekarang.

Eh lupa nak cerita, haritu scroll-scroll IG, ada nampak satu info, sesiapa nak join group di Whatsapps boleh bagi nombor, aku yang lagi kebosanan + kesunyian maka decide untuk join. Group apa tu? Retis ke? Of course laaa Haha best sangat-sangat dapat kenal dengan dorang. Walau tak pernah jumpa, tapi rasa macam dah lama kenal. Paling jauh orang Brunei. Heee Orang cakap kawan biar beribu, bercinta biar....apa? Baguss :D Its was nice to know you guys, RadinRangers!

Idamira Boutique semalam 21.09 genap 5 bulan perjalanan kami, tak sangka cepat betul masa. Sedar tak sedar dah 5 bulan, baby lagi ni baru boleh nak merangkak, iye ke? Ramai yang tanya perkembangan perniagaan aku ni, Alhamdulillah terima kasih sentiasa mengikuti dan bertanya khabar. Hihi

Business macam mana ok ke tak? 

Dah 5 bulan menceburi dunia perniagaan, sejujurnya dunia perniagaan ini dunia yang sangat mencabar, memerlukan kekuatan dari segi mental dan fizikal. Bukan senang nak berjaya. Susah ok susah! Betul orang cakap 6 bulan pertama kita akan diuji dengan pelbagai dugaan, dan aku juga mengalami, kadang-kadang rasa macam nak patah balik pun ada. Huhu Tapi semua itu satu permulaaan untuk kita menjadi seorang yang kuat dan sabar. Tak aku nafikan dengan ekonomi sekarang ni kuasa membeli semakin kurang (keluar ayat planning) Manusia lebih memilih yang mana keperluan dan kehendak. Sebab aku dah terjun ke dunia ini, maka jiwa harus kental. Dunia yang tak pernah terlintas dalam fikiran aku untuk terlibat :) 

Alhamdulillah, semua itu adalah cabaran dan menjadikan aku seorang yang matang. Ok walaupun hakikatnya macam tak berapa nak betul. Haha Doakan perjalanan Idamira mampu bertahan :) Dalam kesusahan ada kemanisannya. Semua itu bakal menjadi sebuah sejarah dan kenangan dalam hidup ini. 3 perkara yang perlu ada dalam diri adalah sabar, sabar, sabar! InshaAllah


:)
Jumpa lagi!

Wednesday, June 1, 2016

Butik Idamira

Assalamualaikum, selamat malam semua :)

Hari ini genap 12 hari perjalanan Idamira dibuka (21.Mei 2016) Alhamdulillah, impian yang satu ini telah pun terlaksana dengan hanya angan-angan yang aku rasa aku tidak akan mampu miliki :) Alhamdulillah, Allah itu maha mendengar, maha mengetahui segalanya. Setiap perjalanan hidup ini tidak dapat kita jangkau apa yang akan berlaku dihadapan kita :) Syukur Alhamdulillah, Dia permudahkan segalanya.

Aku memang dah lama nak ada sesuatu untuk diri sendiri, aku inikan jenis yang suka gila shopping, walaupun takde la kaya nooo, tapi memang sukaaa teramat sangat, wanita dan shopping sejujurnya sukar untuk dipisahkan (ke aku je?) Dan aku suka sangat tengok usahawan muda yang dah berjaya, rasa tercabar, terfikir kenapa dia boleh, why not aku cubakan. Kagum dengan jenama-jenama yang ada kat Malaysia sekarang ini. Hope oneday i can see them face to face.

Kenapa IDAMIRA? Siapa IDA? 

Ida tu nama panggilan kawan-kawan maksu. Nama maksu Majidah. Oh yee, of course la aku buka ni ada partner, tak mampu nak berdiri seorang disebabkan aku ini dah lari arah tujuan yang teramat sangat. Something new for me. Huhu Maksu pulak dulu belajar dalam bidang perniagaan dan ada pengalaman maka ON jela. Dan Mira tu tahu-tahu la siapa ek. Gabungan IDAMIRA ni special sebenarnya, sebabnya sebabnya :) abah yang bagi. Hehe Thank you abah for your support. Tak ada langsung tentangan dari keluarga, malah menyokong apa yang aku nak buat, even abah sebenarnya nak sangat aku masuk Navy ikut jejak dia. Sejujurnya aku dilema di antara permintaan abah dan juga keinginan aku. 

Ada yang tanya " tak menyesal ke belajar tinggi-tinggi last nak niaga?" :) InshaAllah semoga Allah permudahkan segalanya. Aku pun tak berani nak letak harapan yang tinggi untuk perniagaan ini sebabnya terlalu baru, banyak yang perlu aku pelajari, terlalu banyak. Yes, berniaga ini takde income yang tetap, tapi aku percaya rezeki Allah itu luas yang teramat. InshaAllah doa yang baik-baik untuk perjalanan Idamira ok :) 

Kalau ada rezeki aku untuk ke alam perkerjaan yang sebenar, aku tak tolak. Untuk cari pengalaman, berada di dunia yang sebenar. Zaman sekarang kan dah tak hairan sebab ramai juga yang buat dua tiga kerja dalam satu masa. Nak dengan tak nak je ye dokk. Heee mampukah?

************


Keadaan asal kedai :) Sebenarnya ikutkan kedai lain, tapi takde rezeki kedai tu tunggu punya tunggu owner kedai terus senyap. Cari punya cari dapat yang ini, harga mampu milik dengan permulaan yang setahun jagung ni. Cari kedai pun makan masa berbulan, baru rasa orang niaga ni bukan senang. Susah-susah dahulu. Nak nak harga sekarang semuanya mahal-mahal, kebanyakkan kedai aku tanya semua 1k ke atas + 2 bulan deposit dan api air, memang dah syarat macam tu mana-mana pun, even nak sewa rumah pun. Tak sangka pulak Pasir Puteh harga sewa pun boleh tahan. Padahal kalau tengok bandar Pasir Puteh takde la moden mana. Haha 

nah belanja Butik Idamira yang tak seberapa :D



Sejak dari buka sampai sekarang, dah macam-macam posisi dah kedudukan kedai aku ni. Ubah sana ubah sini. 


Aku, adik dan maksu a.k.a partner !


:')

Believing there is a positive in everything isn't silly. 
It's a mindset. What YOU choose to focus on is YOUR choice.


Semoga perjalanan IDAMIRA dapat membawa kebaikan dan sesuatu untuk semua. InshaAllah

Instagram : idamiraofficial
Alamat : Jalan Kota Bharu, Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh

Tuesday, April 5, 2016

New Look

Assalamualaikum 

Disebabkan bulan 4 ini genap 24 tahun, maka terasa semakin dewasa dan harus berdiri mengharungi liku liku hidup yang penuh dugaan dan cabaran dengan sendirinya. Cehhh Maka tetiba rasa nak ubah segala-segalanya termasuklah blog kesayangan. Walaupun update sebulan sekali je, tapi tidak akan ku lupakan :) 

InshaAllah sikit je lagi, akan melangkah ke dunia yang baru. Dunia yang memerlukan ketahanan mental dan fizikal,  mungkin akan menjadikan diri ini seorang yang matang dan sibuk! Huuuu Semoga dipermudahkan segalanya. 




Tak tahu dah nak karang apa, otak beku dah lama tak berfikir. Saja nak menulis, sebab lama sangat dah blog tak ber'update! 

p/s : comel pulak blog putih suci ni. haha 
see you later

Friday, February 5, 2016

Jalan-jalan Morib dengan Wani dan Aisyah

Assalamualaikum..

Plan asal sebenarnya nak ke Melaka. Rindu air coconut shake Klebang je sebenarnya. Huhu Ikutkan nak pergi Melaka after aku submit thesis 28.1 haritu, tapi tertangguh sebab hal-hal yang tak dapat dielakkan. Dan bincang punya bincang, Wani jumpa satu travel agensi ni, dan kita decide pergi Morib je dengan harga dia pun murah, package termasuk breakfast dan ticket waterpark untuk 3 orang. Maka ke Morib la kita pada 2.2.2016 selama 2 Hari 1 Malam :)



Ini aku sertakan pakej yang kita amik masa kat Morib haritu, murahkan! Bukan Morib je tempat-tempat lain pun dorang ada, yang nak pi luar negara pun ada dorang sediakan. Siyes murah dan tak menyesal! Tu dah ada siap-siap no phone sila la usha pi tanya kot-kot nak pergi bercuti. 

Nah link Facebook dorang  : GMC TRAVEL TOURS


Sampai Gold Coast International Resort, tepat pukul 3 petang, masa untuk check in. Sampai je terus naik bilik, mandi solat semua, turun bawah perkara wajib bagi kaum hawa. Huhu Ambil gambar sampai lebam :P Lepas ambil gambar semua, keluar jalan-jalan tengok kawasan sekitar. Pegi buat survey apa yang menarik dekat Morib ni. Kawasan ini banyak homestay dan kawasan perkampungan, kawasan kampung dekat Morib ni, perhhh cantik gila. Kemas teratur je, untung budak-budak Morib ini masih boleh rasa suasana kampung. Dan aku yakin time raya mesti meriah gilaaa. Cuma bagi aku kalu nak datang sini untuk kenal tempat boleh la, sebab takde benda menarik pun dekat Morib ni. Nasib 2 hari je, kalu seminggu mati kutu tak tahu nak buat apa lama-lama kat sini. Huhu


Hanya kami bertiga, yang lain tak dapat join. Time datang ni pun budak-budak tengah cuti sem, jadi semua kat rumah masing-masing memang payah nak join. Walaupun bertiga kami enjoyyy!!!

p/s : pasal entah suka sangat muncung bibir :p 


Bekpess kami :) Local set katanyaa. 



Mandi manda sebelum balik :) 


6 tahun kenal budak berdua ni (kalau boleh nak semua ada time ni) kenal  masa sama-sama belajar di Perak, mereka juga studiomate, roommate, dormmate semua matee laa. Sekarang masuk Degree, dah berpecah sebab kos lain-lain. Tapi Alhamdulillah, walaupun jarang jumpa tapi sepanjang 2 tahun ni cari jugak masa untuk spend time :) Terima kasih untuk segalanya sayang. Terima kasih juga untuk 2 tahun mia di UiTM Shah Alam. Dorang ini masih ada 1 tahun setengah untuk tamatkan degree. Goodluck, all the best! 


****************************

We may not be together 24/7 but She's still my best friend! 

Pic time sukan masa diploma. #throwback

3 dah kahwin, Sorang bakal menyusul bulan 5 ini InshaAllah, dan lagi sorang next week bakal bertunang. Happy for you gaissss :) **sebak (sorang takde dalam gambar : Izzati) 



Sunday, October 11, 2015

Hari Sukan Negara

Morning ! Cerita semalam :)
Padang Kawad UiTM Shah Alam.
#supportharisukannegara 









akan sentiasa support, jumpa lagi tahun depan InshaAllah, enjoy it !