Sunday, December 4, 2011

Novel Di Adaptasi dalam Drama dan Filem

Monink dan salam semua...
hari nie baru ada kesempatan nak luangkan masa untuk my 'blOg...cibuk cikit lah minggu nie..
lagipun my 'BB' kawan aku pinjam jadi aku x bOleh nak meng'Online' lah..

wahh..musim novel - novel diadaptasi jadi drama dan movie nampaknya..bermula dengan Nora Elena , Ombak Rindu , Lagenda Budak Setan , Tangisan Bulan Madu dan lain - lain..,aku rasa satu ini salah satu usaha yang aku kira sangat bagus kerana dalam masa yang sama ia dapat memberikan semangat baru buat penulis2 novelis untuk menghasilkan lagi karya-karya yang berkualiti dan terbaikk dan para novelis ini berasa karya mereka dihargai ..dan kebanyakkan novel-novel  yang dijadikan drama atau filem ini adalah daripada novel-novel  yang sesangat best dan memang takkan menyesal kalau menontonnya..kenapa??? sebab semua novel yang bakal didramakan atau sudah di'drama'kan semua tu adalah novel-novel yang aku sudah baca..:D dan aku rasa aku tak rugi kalau aku tengok drama atau filem tu..nak tahu jugak mana yang best baca novel atau tonton drama?? nanti aku list kan novel yang telah dijadikan drama okehh !!!


ini adalah kesemua novel Ombak Rindu..siri 1 , siri 2 dan siri3..banyak kan :)
okeiii sekarang pasti ramai yang terkejar-kejar nak tengok filem terbaru arahan Osman Ali kan..maklum lah selama tempoh 12 tahun mengenali Izzah , masing -masing tidak sabar untuk mencari erti visual kisah tragis wanita malang yang menjadi mangsa kerakusan manusia dalam novel berkenaan bukan?? sama seperti aku nak tahu jugak macam mana Izzah dalam dunia realiti...dan aku semestinya salah satu orang yang begitu excited nak tengok : )..dan hari kedua aku berkesempatan menonton filem ni..so far filem nie sesangat2 lah best..memang tak rugi lah..dan sebenarnya aku telah tengok filem nie 2 kali dahsyat.. fuhh!!! dan memang penuh glerr orang menyerbu pawagan hari kedua tu..memang sesak glerr..tengokk begitu ramai penggemar novel Ombak Rindu nie kan...:)

sweet couple..Izzah dan Hariz

Maya sebagai Izzah...lakonan yang mantap..:)

Lisa sebagai Mila Amylia..

salah satu tempat pengambaran Ombak Rindu

selesai sudaa pasal Ombak Rindu..
sekarang aku nak citer 2 lagi drama yang akan di tayangkan menerusi novel BICARA HATI dan GEMERSIK KALBU..fisrt2 aku dapat tahu aku sesangat2 happy sebab aku suka sangat2 novel2 nie,..terutama novel BICARA HATI...kenapa?? hihihihi adelah..
drama BICARA HATI ini akan ditayangkan di ASTRO PRIMA..manakala GEMERSIK KALBU akan ditayangkan pada 26 disember 2011 di slot akasia..: ) tak sabar nyeeee..meowwww!!!

jomm aku citer serba sedikit sinopis2 dua2 novel ini...

ini lah novel BICARA HATI..novel fisrt yang aku baca semasa ingin berjinak-jinak dalam dunia novel 'CINTA'..: D
cantekk !!! zahlia dan tengku syahran : )

Christina Suzanne Stocktill sebagai ZAHLIA

Sharnaaz Basir Ahmad (Tengku Syahran)

zahlia dan tengku syahran..

sinopis :

Dalam satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintai.

Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh dengan pemuda itu. Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenagi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia kau tetapi dengan syarat, iaitu hak - hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.

Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan dia tidak mengikut perjajian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. Tengku Syahran telah mengingkari. Kini timbul pelbagi konflik dalam rumah tangganya.
Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan?
Slot Akasia GEMERSIK KALBU bakal menggantikan TENTANG DHIA






Sinopsis : GEMERSIK KALBU
Raihana... pertama kali kutatap wajahmu, ada getar yang menusuk di kalbu. Saat itu, hanya suaramu yang bisa melunakkan mimpiku. Meskipun tawamu nampak bahagia, mengapa bening mata itu bersalut duka? Andainya kau pernah terluka, izinkan aku mengubatinya. Namun, jawapanmu sering menyongsang makna. Tinggal harapanku tergapai-gapai, kau biarkan begitu sahaja .

Puas kukikis namamu. Lelah jasadku dek tipu helahmu. Berkali-kali kuulang; aku lelaki yang tak tahu malu. Sayangnya... bayangmu jua yang hadir mengocak tenangku. Belajarlah menerima hakikat, aku adalah kenyataan dan dia adalah kenangan! Sekali lagi kutunggu lafaz cintamu kerana aku bukan lelaki yang tewas!

Sufian... cinta bukan paksaan. Cinta juga bukan simpati. Ikrar kasih kami dulu ibarat tugu di hati ini. Janji setia itu tak mungkin diingkari hanya kerana kamu. Mengertilah... semuanya bukan kemahuan fikiran. Impian dan ingatan terhadapnya sukar diusir pergi. Biarpun bayang duka merantai hidup ini, tapi aku tetap rela.

Bukankah sudah berkali-kali kubilang; belajarlah jadi lelaki yang waras. Sekelumitpun tiada namamu di ruang hati ini. Tapi godaanmu mengekoriku walau di mana. Kau terus memburu, sedangkan dalam mimpi pun aku tak inginkan wajahmu. Biar didera ataupun dipaksa, namun hatiku tidak serapuh salju!

Akhirnya, Raihana begini dan Sufian begitu.
Di manakah titik pertemuan mereka?



antara pelakon-pelakon GEMERSIK KALBU : Ayu Raudah,Aqasha,Neelofa,Faradhiya

tak sabar ase nye nak tengok semua citer2 nie...harap semua tak menghampakan...
: ) buiiibuiii

No comments:

Post a Comment