Saturday, April 28, 2012

Lonely Without Song

"hish,,,lagu ape plak kt blog u niii...??? bleh berdrah tlnga...bnci laa dgr...haha "

buka je facebook tadi terus aku dapat notification seperti di atas oleh my chubby (agak lama tak panggil kamu dengan panggilan tu) :D a.k.a NURSYAMIMI..ishhhh budak nie tak habis lagi ke nak komplain aku punya lagu dalam blog..memang dari awal lagi budak ni bangkang aku letak lagu dalam blog..dia cakap meyemak..dan menyakitkan telinga dia..fuhhhh tak tahu dah aku nak cakap ape dengan dia..then,,disebabkan aku dah tak larat nak dengar dia membebel aku pun terus remove lagu dalam blog aku..sooo my blog so silent right ?? bagi aku lahh..tapi bagi budak tu..sebaliknya..takpelah demi kasih sayang aku kepada dia..aku turutkan jua permintaannya..tapi nanti aku nak pasang balik lagu but this time biarlah dulu blog aku nie sunyi,,,asik memekak je kan bab kata orang tu..


seminggu aku balik rumah..aku ke rumah mimi selama 3 hari kalau aku tak silap lah..dan pada 31 march 2012 my lovely aunty (aunty my chubby a.k.a NURSYAMIMI) menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke 5 bersama insan yang tercinta..hari ini baru aku ada masa yang lebih jadi walaupun dah sebulan lepas peristiwa ini berlalu,,alang-alang aku dah update nie aku update sekali lah pasal nie..kami celebrate dekat area Kubang Kerian je..and pizza hut menjadi lokasi kami semua..:D

kek yang cangat cantek dan sedap

sweet couple..
dah 5 tahun mereka mendirikan rumah tangga tapi still macam orang baru kapel..aku suka sangat tengok diorang..sentiasa ceria dan penuh dengan kasih sayang..harap suatu hari nanti tuhan makbulkan doa ocu dan oci untuk menimang cahaya mata sebagai pelengkap hidup kalian :D muahhsssss sayang ocu dan oci
OCU and OCI :)
maini,mychubby and me
NURSYAMIMI n AMIRAH :D
best freind forever

okeiii nie sahaja untuk hari ini..jumpa lagi di entry akan datang..
salam semua :) 
smileee alwaysss!!!


ALHAMDULILLAH THANK YOU ALLAH

syukur..syukur..syukur..alhamdulillah :)
ini adalah hadiah yang paling bermakna..kenapa??kenapa??
okeehh meh nak habaq maii..hari ini keputusan exam aku keluar dan ini bermakna segala usaha dalam part 4 ini  akan menunjukkan hasilnya..adakah OK atau KO..??? alaaa tengok tajuk entry pun dah bolehh agak kan2...(ape daaa ) pape pun aku bersyukur sangat-sangat..tak sangka hasilnya sangat membanggakan..tapi takde lah bangga sangat sebab ade lagi yang sangkut..aku tak habis-habis dengan repeat..arrrgggggghhhh..sengal betoii *ada repeat tapi nak kecoh-kecoh result..
(biarlah blog aku aku punya sukalah kan).... :((( angka 3 masih belum lagi muncul dapat..cemburu dengan budak-budak kelas aku yang kebanyakkannya semua angka 3..pape pun tahniah dari aku :)) i'm so proud with u guys tetapi aku harap aku pun dapat jadi macam diorang.. kan ku cuba untuk dapatkan angka 3 tuuu...saya nak jugak kamu..!! Ya Allah terima kasih untuk semuanya.. :)
*hari ini aku berjalan sakan..memang penat..tq abah n umiii..muahhhssssss!!! gambar tak sempat nak upload..nanti ada masa aku upload okeee :D

salam
nitess people

Thursday, April 26, 2012

AMIRAH ABD SHUKOR Dah 2O Tahun :)

HAPPY BIRTHDAY AMIRAH ABD SHUKOR :)

Hari yang menginsafkan buat aku..dan ini bermakna semakin dekat untuk menemui-NYA..aku tidaklah alim ulama yang pandai berkata-kata mengenai hal Agama,,tapi aku ada kesedaran ke arah itu. Urmmm tak sangka aku dah semakin tua..dan ini menunjukkan aku harus menjadi seorang yang matang dan tak boleh nak manja-manja lagi (kata my BFF )..lalalalalala..harus belajar untuk berdikari okeh :D

Mungkin ramai yang melihat aku seorang yang sangat HAPPY GO LUCKY, peramah, ceria, tapi hakikatnya bukan senang untuk CREATE diri aku sendiri..susah sebenarnya untuk menjadi insan yang bernama Amirah  seperti mana yang korang kenal dan lihat...aku juga seperti sesetengah manusia yang lain pernah ditomah , dikritik , dicaci , difitnah yang perlu aku harungi untuk menjadi diri aku sendiri..(cehhh ayat sedihlah) aku nie kan..bukan apa aku bersyukur dengan kehidupan dan kebahagiaan yang ALLAH bagi kepada aku..dan ini semua adalah sebahagian tugas dan tanggungjawab aku sebagai insan yang bergelar manusia dan seorang khalifah ALLAH di muka bumi ini..itu semua adalah sebahagian cabaran dan dugaan yang aku harus tempuhi untuk mendapatkan sesuatu kebaikan..

Ya Allah..di sini aku sebagai hambamu yang paling hina , paling keji, paling kerdil dan segala paling ingin memanjatkan kesyukuran ke atas diri -MU atas segala kerahmatan dan nikmat yang KAU berikan kepadaku.Aku tahu aku bukan hambaMU yang terbaik, tapi aku akan berusaha untuk menjadi sebutir mutiara di akhirat kelak. Ya Allah , tidak kira seteruk mana sekalipun dosa yang aku lakukan, KAU tetap berada disampingku. KAU selalu membantu aku ketika aku lemah longlai dengan segala masalah dunia. TERIMA KASIH atas umur yang kau berikan padaku ini. Selama 19 tahun dan (kini 20 tahun) kehidupan aku di dunia pinjamanMU ini.. Ya Allah, aku tahu dan aku sedar, aku banyak mempersia-siakan segala peluang yang kau berikan kepadaku...Ya Allah, ampunkan segala dosa-dosa ku..tidak terluah dek kata-kata untuk memohon kemaafan dari-MU Ya Allah. Andai laut itu menjadi dakwat untuk aku senaraikan segala dosa-dosa ataupun menulis denda seperti di zaman sekolah dulu, aku percaya ianya pasti tidak cukup bukan? Aku berjanji Ya Allah..untuk tidak terus mempersia-siakan hidup aku ini..Ya Allah..andai kata esok lusa usia aku setakat ini sahaja, blog ini menjadi saksi bahawa aku mempunyai kesedaran untuk memperbaiki diri ini.. dan Andai kata esok lusa umurku bernoktah di sini, aku pohon rakan-rakan yang membaca blog ini agar menyedekahkan Al- Fatihah yang tidak terhingga ke atas rohku..moga diriku ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman lagi solehah..
Amin..amin..amin..
Kepada keluarga (Abah,Umi,Ati,Ada dan Adik) yang sentiasa berada disisi aku dikala suka dan duka..terima kasih untuk segala-galanya..maafkan k.mira jikalau diri ini ada melakukan kesilapan secara sengaja ataupun dalam keadaan yang tidak sedar mungkin ketika itu berada di luar jangkaan diri ini..pape pun k.mira sayang kamu semua..CINTASAYANG hingga ke hujung nyawa..

Buat kengkawan di sekolah rendah,menengah dan sekarang kengkawan di Unversiti ( cehhh macam dyeowg tahu kewujudan blog nie,,biarlah aku nak tulis juga) yang juga tidak pernah jauhi diri ini..kalian di samping aku dan sentiasa melayani kerenah aku yang kekadang membuatkan kalian meluat melihatnye bukan?? terima kasih sudi menjadi sahabat aku selama ini..menjadi teman tempat aku meluahkan segala-galanye..menjadi teman tika aku dalam kesusahan dan kesedihan,,menjadi teman tika aku dalam kegembiraan,,menjadi tempat aku gelak ketawa dan seumpama dengannya..terima kasih sangat2..sayangkorangsemua :) muahhhhhssss

okeiii lahh setakat nie je aku nak tulis..jumpa lagiii untuk entry yang akan datang..
*Jumaat result pulak keluar..hurmmm harap tidak menghampakan :)
take care people
salam





Saturday, April 21, 2012

Ikhlas,Redha & Tersenyumlah




Belajarlah BERSYUKUR walau KEKURANGAN
Belajarlah IKHLAS walau TAK RELA
Belajarlah TAAT walau BERAT
Belajarlah MEMAHAMI walau TAK SEHATI
Belajarlah SETIA walau BANYAK GODAAN
Belajarlah MEMBERI walau TAK SEBERAPA
Belajarlah MENGASIHI walau kau DISAKITI
Belajarlah TENANG walau kau sedang GELISAH
Belajarlah PERCAYA walaupun SUSAH
Percaya bahawa Allah SWT masih sanggup menolongmu..
Berterima kasihlah pada orang yang telah..
☑ MELUKAI HATI mu kerana dia telah membuat HATIMU KUAT
☑ MEMBOHONGI mu kerana dia membuat HIDUP mu makin BIJAKSANA
☑ MEMBENCI mu kerana dia yang MENGASAH KETEGARAN mu…
☑ Dan MENYAYANGI mu kerana itulah ANUGERAH TERINDAH dalam hidupmu..
Senyumlah andai dirimu dilukai
Senyumlah andai dirimu dilupai
Senyumlah andai dirimu dikhianati
Senyumlah andai dirimu ditindasi
Senyumlah andai dirimu dibebani
Senyumlah andai dirimu disakiti
kerana senyum itu pengubat segalanya :)


*credit by pakar cinta 
take care all
:)

Sunday, April 15, 2012

Hang out with my 'boyfriends'

Haiii agak lama aku tak update blog kan2???minduu pulak rasa..biase lah sejak aku duduk tanam anggur aje kat umah..dah tak tahu nak buat ape..menyebabkan aku xde mood nak menaip..dahsyat sungguhh penderitaannye kan2..memang aku mengalami masalah jiwa yang sangat kritikal..hahahaha
bosaannn kot duduk umah time-time tengah cuti nie..kalau ade benda nak buat takpelah jugakkan..pulus pun masuk,,niee haram..hurmmm

okeiii kuat jugak aku merapukan..berbalik pada topik yang asal..hari ini aku dengan boyfriends a.k.a kawan lelaki okeee (jangan salah paham aku masih single lagi..dyeowg nie sume dah ade cinta hati masing2 ) EG, AKIF n KIRIN pergi mencari kerje di Kubang Kerian..lalalalala..mula-mula takut jugak nak gthu umi dan abah..yelah dah lama aku tak keluar umah kan tetiba nak kuar..dengan perlahan-lahan aku keluar dari bilik menuju ke ruang tamu..aku melihat umi dan abah syok tengok tv..dengan jantung berdebar-debar aku pun mulakan..

aku : umii,,k.mira nak keluar..
umi : nak pegi mane?? dengan sape??
aku : nak pegi KK (Kubang kerian) dengan eg,,akif,,n k.linni..nak g cari keje
umi : hahahahah (sakan glerr umii gelak kat aku) geramm betull..

umi memang tak caye tetiba aje aku nak keje...pelik lah kot kan..tahu lah anak dara umii seorang nie pemalas *ada kalanya rajin tau..hahahahaha dan aku pun berciap-ciap..turun tengok abah dah start kereta untuk panaskan enjin..hihihihihi thanks you umii abah..sesangat memahami..kecian tengok anak dye asik duduk umah je...sooo hari ini aku diberi kebebesan..lalalalalala..macam burung dah aku nie kan..sudaa terlalu lama di sangkar..:D

kami sampai sana dalam pukul 4..sebab datuk2 nie kalu berciap mengalahkan datin-datin..geram sungguh odeng..aku kuar umah kol 2 kot..sejam tunggu dyeowg ciap..fuhhhh!!!! cari parking then kami pun mulakan misi mencari iklan JAWATAN KOSONG memang banyak..tapi macam takde harapan aje..semua suruh isi borang dan tunggu dyeowg call balik..tengok dalam buku mak aiiii banyaknye name orang mintak keje..macam tak nak amek aje...entah lorhhh hurmmm setelah sejam di area KK...Kirin ajak g KBMALL mengidam nak makan mee sizling pulak..lepas makan kiteowg jalan-jalan area KBMALL dan kami bertolak balik dalam pukul 6.30..aku sampai umah tepat pukul 8 malam..

hari ini memang sangat seronok dah lama aku tak keluar dengan dyeowg..gelak ketawa sama2..tq guys for everthing today...*rasa nye aku hanya akan menanam anggur aje di rumahh...:D
cedihh mimi x dapat join..dye ade hal laen hari ini..selalunye dye mesti ade kalau aku kuar dengan dyeowg
okeii lahhh penat dah nak menaip..cukuplah untuk hari ini..nanti ade masa aku update lagii...

take care and have a nice day people
nitesssszzzz 
:)

Friday, April 6, 2012

insan yang kebOsanan

fuhhh!!! agak lama  menyepikan diri..dah 06.04.2012 dah baru aku nak update untuk bulan baru nie kan..
mindu cikgedik x?? ~ perasan glerr aku nie..siapalah ada masa nak rindu kat aku nie kan..hahahaha
pejam celik pejam celik dah dekat 2 minggu lebih aku kat rumah..so far so bad..huhuhuhu..
memang aku kebosanan yang teramat sangat..tak tahu nak buat ape..tak balik salah..balik pun salah..tak dapat balik merungut pulak nak balik...dah balik bosan pulak..ape lah sebenarnya kau nak cikgedik oii..entah lerr labuu..huhuhu 

cumilll sangat lerr tu.. :D

short entry for me tonight..
welcome APRIL!!! :)
papai..take care people