Thursday, April 26, 2012

AMIRAH ABD SHUKOR Dah 2O Tahun :)

HAPPY BIRTHDAY AMIRAH ABD SHUKOR :)

Hari yang menginsafkan buat aku..dan ini bermakna semakin dekat untuk menemui-NYA..aku tidaklah alim ulama yang pandai berkata-kata mengenai hal Agama,,tapi aku ada kesedaran ke arah itu. Urmmm tak sangka aku dah semakin tua..dan ini menunjukkan aku harus menjadi seorang yang matang dan tak boleh nak manja-manja lagi (kata my BFF )..lalalalalala..harus belajar untuk berdikari okeh :D

Mungkin ramai yang melihat aku seorang yang sangat HAPPY GO LUCKY, peramah, ceria, tapi hakikatnya bukan senang untuk CREATE diri aku sendiri..susah sebenarnya untuk menjadi insan yang bernama Amirah  seperti mana yang korang kenal dan lihat...aku juga seperti sesetengah manusia yang lain pernah ditomah , dikritik , dicaci , difitnah yang perlu aku harungi untuk menjadi diri aku sendiri..(cehhh ayat sedihlah) aku nie kan..bukan apa aku bersyukur dengan kehidupan dan kebahagiaan yang ALLAH bagi kepada aku..dan ini semua adalah sebahagian tugas dan tanggungjawab aku sebagai insan yang bergelar manusia dan seorang khalifah ALLAH di muka bumi ini..itu semua adalah sebahagian cabaran dan dugaan yang aku harus tempuhi untuk mendapatkan sesuatu kebaikan..

Ya Allah..di sini aku sebagai hambamu yang paling hina , paling keji, paling kerdil dan segala paling ingin memanjatkan kesyukuran ke atas diri -MU atas segala kerahmatan dan nikmat yang KAU berikan kepadaku.Aku tahu aku bukan hambaMU yang terbaik, tapi aku akan berusaha untuk menjadi sebutir mutiara di akhirat kelak. Ya Allah , tidak kira seteruk mana sekalipun dosa yang aku lakukan, KAU tetap berada disampingku. KAU selalu membantu aku ketika aku lemah longlai dengan segala masalah dunia. TERIMA KASIH atas umur yang kau berikan padaku ini. Selama 19 tahun dan (kini 20 tahun) kehidupan aku di dunia pinjamanMU ini.. Ya Allah, aku tahu dan aku sedar, aku banyak mempersia-siakan segala peluang yang kau berikan kepadaku...Ya Allah, ampunkan segala dosa-dosa ku..tidak terluah dek kata-kata untuk memohon kemaafan dari-MU Ya Allah. Andai laut itu menjadi dakwat untuk aku senaraikan segala dosa-dosa ataupun menulis denda seperti di zaman sekolah dulu, aku percaya ianya pasti tidak cukup bukan? Aku berjanji Ya Allah..untuk tidak terus mempersia-siakan hidup aku ini..Ya Allah..andai kata esok lusa usia aku setakat ini sahaja, blog ini menjadi saksi bahawa aku mempunyai kesedaran untuk memperbaiki diri ini.. dan Andai kata esok lusa umurku bernoktah di sini, aku pohon rakan-rakan yang membaca blog ini agar menyedekahkan Al- Fatihah yang tidak terhingga ke atas rohku..moga diriku ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman lagi solehah..
Amin..amin..amin..
Kepada keluarga (Abah,Umi,Ati,Ada dan Adik) yang sentiasa berada disisi aku dikala suka dan duka..terima kasih untuk segala-galanya..maafkan k.mira jikalau diri ini ada melakukan kesilapan secara sengaja ataupun dalam keadaan yang tidak sedar mungkin ketika itu berada di luar jangkaan diri ini..pape pun k.mira sayang kamu semua..CINTASAYANG hingga ke hujung nyawa..

Buat kengkawan di sekolah rendah,menengah dan sekarang kengkawan di Unversiti ( cehhh macam dyeowg tahu kewujudan blog nie,,biarlah aku nak tulis juga) yang juga tidak pernah jauhi diri ini..kalian di samping aku dan sentiasa melayani kerenah aku yang kekadang membuatkan kalian meluat melihatnye bukan?? terima kasih sudi menjadi sahabat aku selama ini..menjadi teman tempat aku meluahkan segala-galanye..menjadi teman tika aku dalam kesusahan dan kesedihan,,menjadi teman tika aku dalam kegembiraan,,menjadi tempat aku gelak ketawa dan seumpama dengannya..terima kasih sangat2..sayangkorangsemua :) muahhhhhssss

okeiii lahh setakat nie je aku nak tulis..jumpa lagiii untuk entry yang akan datang..
*Jumaat result pulak keluar..hurmmm harap tidak menghampakan :)
take care people
salam





No comments:

Post a Comment