Thursday, May 24, 2012

Pinky's Day :)

Olla semua :)

Ahaaa sudaaa tengok tajuk mesti ade sesetengah tu ngerikan,,mesti cakap "apa hal minah ni buat tajuk entry cmtu"..huhu. Hari ini tetiba je rasa nak update blog tapi aku tak tahu nak citer pasal apa. Chaq tak tau mau habaq pasai benda apa. Chaq kehabisan idea sekarang ni jadi chaq nak habaq pasai warna kegemaran chaq laa noh pada hampa semua..dengan sepantas lipas terbang aku pun cepat-cepat search google cari tentang pink house,,dan wahhhh aku tergamam sedetik,,sedetik je lepas tu sengal balik,,kuang3 :D Jom tengok !!




Sesangat laaa cantekk,,dalam banyak-banyak gambar aku suka yang ketiga (rasa macam hotel je pic tu) cumill ciap ade swimming pool lagi. Tak payah susah-susah aku nak buat toiletkan,,terus je mandi dalam kolam tu,,jimat cikit,,satu kaum kerabat mandi sama-sama,,(nak bayang cikit cmner suasana) hahaha bongong :P Ada ke orang buat macam tu erk ?? takde kan..takde kan. Kalau takde aku laa orang yang bakal mencipta sejarah..lalala. Dan belum ada lagi rakyat Malaysia buat rumah warna Pink cmni kan ??


Ruang tamu yang sangat simple dan cumill kan. Alaaahaaiii bila laaa aku nak dapat buat semua ni ye..hurmmm

Simple but Elegant..the colour very soft :) yummmy


Bestt sangat dapat tidur dalam bilik yang cantik nie,,hari-hari aku terperuk dalam ni pun takpe :) Bilik kanak-kanak sangat sangat cantik memang sesuai untuk budak-budak yang cumil. Tapi aku rasa macam semak cikit bilik dia..huhu

lawa pulak putih + merah hati ni kan:) tak pasti laa kaler apa tu..

cepat kotor laa gamaknya dapur aku nanti lau pink lembut cmnie..tapi aku masak ke x erkk  nanti..hahaha
pegang pisau pun fail lagi..(malu)


Again..best jugak dapat rendamkan diri dalam toilet cmne with ........ :) terpesona deh gue dengan warna putih macam dapur kat atas tu kan..nak buat toilet kaler macam ni laaa satu hari nanti :) Blog ini menjadi saksi..hahaha

kete pun nak pink jugak 

Ade ke yang akan memenuhi impian aku nie. Susah jugak nak cari lelaki yang suka pink ni kan. Siap laa bakal suami aku nanti..kecian dia kena terima semua ini..kejam sungguh hahaha. Kena laa terima kalau sayangkan aku ye dak..Ini hanyalah angan-angan yang mustahil untuk aku kecapi..huhu. If one day i got all this i adalah orang yang paling bertuah..:) *teruskan angan-angan kosong nie oke :D

Adioss

Suka Sangat :) Enjoy guys

Friday, May 18, 2012

Kalau Aku Dah Jadi Minah Jiwang Inilah Hasilnya :)

Kadang-kadang bila berada di depan mata, kita rasa dia lah orang yang sangat memahami, boleh membuat kita gembira, dia juga tempat kita luahkan segala-galanya, tempat kita hilangkan rasa kesedihan, kebosanan, ibarat dialah segala-galanya dalam hidup ini, kita tidak pernah jemu kalau sentiasa berada disisinya,,kerana kita akan rasa sangat bahagia kerana berada disisinya :D,,Istilah bosan,jemu, menyampah tidak akan pernah terlintas dalam diri kita walaupun berjuta-juta tahun kita bersama si dia kan :) Kerana dialah kawan, teman, sahabat, kekasih, suami, isteri buat kita. Kita juga tidak akan malu sekiranya bersama si dia,, tidak ada istilah 'nak cover-cover' apabila bersama si dia,,baik buruk dia / kita semuanya sama..

Kadang-kadang juga bila berjauhan, kita akan rasa sesuatu yang lain,,kita rasa si dia jauh dengan kita,,kita akan rasa sesuatu yang tidak lengkap,,hari-hari kita sentiasa mendung dan tidak bermaya,,kita sentiasa mengharapkan panggilan atau SMS daripada si dia,,setiap hari menunggu si dia ibarat 'nyawa dibawa pergi' hanya jasad yang menemani kita *macam pelik je ayat tu,,,errrr biar laaa. Walaupun kita tahu itu semua mustahil apabila berjauhan seakan-akan kita sudah dibuang jauh-jauh dari hidupnya. Itu semua kerana kita sudah terbiasa dengan si dia ada didepan mata mungkin belum pernah berjauhan dan kini segala-galanya berubah maka kita mula membuat andaian yang bukan-bukan. Biasalah kita sebagai manusia tidak pernah lari daripada sikap curiga bukan..:) tetapi kita sentiasa menyejukkan diri kita dengan memikirkan bahawa mungkin si dia sibuk, mungkin si dia ingin spend time dengan keluarga, mungkin...mungkin..mungkin dan mungkin akan terus bermain di fikiran kita. Kita tidak minta untuk semua itu terjadi tetapi sebagai manusia kita juga ingin disayangi dan dikasihi macam insan yang lain.

Mungkin suatu hari nanti kita akan rasa betapa ruginya kita sekiranya kita tidak menghargainya, tidak melayannya dengan baik, tidak cuba untuk memahaminya, tidak cuba untuk dekatinya, selami hatinya, tidak cuba untuk mencipta sebuah kenangan yang terindah bersama-samanya kerana di fikiran kita sentiasa memikirkan si dia tidak akan pergi jauh,tetapi setelah berjauhan dalam tempoh yang agak panjang pasti kita akan mengalami satu perasaan yang sukar untuk kita gambarkan dengan kata-kata iaitu 'RINDU'. Setiap manusia pasti akan merasai perasaan ini tidak kira siapa pun dia,, :D dan memori yang selama ini dicipta bersama akan terbentang kembali. Saat itu kita hanya mampu termenung dan menangis.*orang lain tak kot aku je yang tak habis-habis nak menangis.:P

Tetapi kadang-kadang juga turut menyapa dalam diri kita. Tertanya-tanya siapa kita dalam diri si dia selama ini?? Kadang-kadang juga tertanya-tanya penting ke si dia dalam hidup ini?? Kadang-kadang penting ke kita  dalam diri si dia?? Siapa kita yang sebenarnya dalam hidupnya?? Bahagiakah dia dengan kehadiran kita atau kehadiran kita hanya membuatkan hidupnya lebih porak-peranda ?? Apa yang diharapkan dalam penghujung persahabatan atau percintaan ini?? Adakah kita hanya tempat si dia melepaskan kerinduan, kebosanan, kesedihan atau apa?? Ikhlaskah si dia menjalinkan perhubungan ini?? Kenapa selepas kita mengecapi kebahagiaan si dia pergi menjauhkan diri tanpa sepatah kata,,membuat kita tertunggu-tunggu dan mengharapkan kehadirannya seperti dahulu?? 

Aku hanya menulis apa yang terlintas di dalam hati. Entry di atas tidak ada kaitan dengan sesiapa walaupun yang hidup atau pun mati..:D It all just my personal opinion dari hati kecilku ini yang telah lama ingin ku lontarkan ke dalam DIARICIKGEDIK..kalau ada yang terasa maafkan saya yee :) Actually aku pun tak sangka apa yang aku tulis nie,,mana datang segala  kata-kata merapu meraban nie aku pun tak tahu laa..agak panjang jugak kan..hanya sekadar mengisi masa lapangku je.

:)


Monday, May 14, 2012

Sewaktu Cinta Tidak Dibalas


Sebagai mausia biasa, kita tidak dapat menafikan rasa ketertarikan terhadap jantina berlawanan. Sebagai manusia biasa mungkin pernah merasakan magnet yang begitu dahsyat,getaran hebat,desiran kuat, dan sebagainya, saat kita bertemu seseorang yang kelihatan luar biasa menurut pandangan kita. Kecantikannya, kesolehannya, dan pelbagai faktor lain yang seringkali tidak dapat difkir secara logik, kerana cinta tak kenal logika.

Kadangkala tanpa disedari, terselit rasa yang manusiawi, sebuah anugerah Allah. Saya tidak kata untuk segera membunuh rasa itu, tetapi pandai-pandailah mengatur anugerah terindah itu. Ungkapkan jika kamu mampu dan berani, lalu melangkahlah ke level yang berikutnya segera. Jika tidak, simpanlah rasa itu, dekatkan diri pada Pemilik Rasa, wallahualam apa yang terjadi berikutnya adalah urusan dengan-Nya.


“Tetapi tak semudah itu!!  Kalau aku nyatakan rasa cinta ini terus diterima takpe, kalau ditolak?”

Kalau di tolak, pasrahlah. Percayalah Allah akan memberi yang lebih baik. Meskipun seringkali hasrat untuk hidup bersama sang pujaan begitu bergelora, namun apakan daya jika cinta bertepuk sebelah tangan?

Pendamlah rasa itu, kuburlah, simpan di suatu kotak kemudian kunci rapat dan letakkan kotak itu di sudut tergelap yang ada di hatimu. Kita harus yakin, Allah paling tahu apa yang terbaik bagi kita. Dia pasti akan mempertemukan kita dengan orang yang memberikan kebahagiaan seperti yang kita angankan. Bahkan mungkin lebih dari yang kita harapkan. Anggap saja ini sebahagian dari liku-liku kehidupan.

Suatu hari nanti, sewaktu kita telah berkahwin dengan orang lain – bukan dengan si dia yang kita idamkan,  nescaya kita akan takjub dengan kebahagiaan yang kita rasakan. Jodoh adalah perkara ghaib. Tanpa ada seorang pun yang tahu bila dan dengan siapa kita akan berjodoh. Cinta dan jodoh tidak mengenal status dan ciri fizikal. Bukan kerana kamu cantik maka para lelaki menyukaimu. Juga bukan kerana jejaka tersebut nampak alim dengan dakwah – dakwahnya lalu setiap wanita mendambakannya.

Bila hari ini Allah belum mempertemukan kita dengan orang yang kita cintai, insyaAllah ia akan datang esok atau lusa, atau bila – bila pun ia menghendaki, itu adalah sebahagian dari kekuasaanNya.

Terima Kasih Allah, Yang telah memberikan kenikmatan atas rasa ini dan menyelamatkan diri ini dari segala angan-angan kosong.

Just want to share,, :)

kredit: akuislam


Mother and Son


Hari ini merupakan hari yang cukup istimewa buat insan yang bergelar ibu,mama,mummy,bonda,emak, dan umi. HAPPY MOTHER'S DAY to all mother in the world..may Allah bless u forever,,,Amin :)

Buat ibunda tercinta Salehah Harun,,
terima kasih di atas segala-galanya..
terima kasih kerana menjagaku, membesarkanku, mendidikku, memberiku segala-galanya,,
umii terima kasih juga kerana menjadi kawan,sahabat,teman dan kekasih untukku curahkan segala-galanya,
termasuk menjadi pendengar masalah-masalah anakmu yang tak pernah-pernah tamat ini..
*mesti umi boring kan,,huhuhuhu
sentiasa menjadi peneman di kala aku suka dan duka serta tidak jemu melayan segala kerenah ku ini

umii,,halalkan segala air susumu yang mengalir di tubuh ini,,
maafkan segala salah dan silap diri ini yang tidak begitu sempurna,,
umiii,,diri ini tidak ingin meminta apa-apa darimu cukuplah hanya ku mampu melihat senyumanmu di setiap hari-hari yang mendatang,,tanpa dirimu disisiku siapalah insan yang kerdil ini,,
*kelasss gitu lorhh :D

Soo happy mother's day umi,i'm so proud to be your daughter,,love u Umiii :) 
terima kasih segala-galanya,,pengorbananmu tidak akan terbalas sampai bila-bila,,terima kasih sudah membesarkan kami adik-beradik,,kami sayang umii,,muaahhhsssss !!!!! 
U always in my heart now,tomorrow and forever..:D



Thursday, May 10, 2012

Ku Keciwa :(

hari dalam sejarah sejak aku cuti,,ni first time aku bangun sebelum kol 9..selalunya terlebih awal..huhuhuhu
aku memang semangat giler hari ni,,bangun-bangun terus mandi,,sebab hari ini kalau takde pape halangan or rintangan aku kan jumpa dengan engedik ( date lah konon kan :D ),,tapiii dah ready-ready tup tup tup,,,tak jadiii,,urmmmm cedih betul,,aku dah lah rindu sangat kat engedik,,lama jugak lah aku tak jumpa engedik,,ingat lepas jumpa nak melepak umah myBFF,,segala-galanya hancur berderai,,umi nak jumpa ENGEDIK auwwwwwwwwww...nangis satu baldi hari ni :(((( *ngada ehh minah nie terlebih over pulak..bia lah memang sedih betul  nie..

*maaf engedik,,sekali lagi saya mungkir janji..bencii bencii

Tuesday, May 8, 2012

kini AKUSIGADISBURGER :)

apeee bia betull ??? kenapa x percaya kaa..*wink wink
nie betul-betul realiti bukan fantasi atau hanya omong kosong okehhh :)
alhamdulillah hampir seminggu aku dan rakan kongsi menjual burger..ceh ayat..lalalala
disebabkan aku nie nak sangat bekerja dan kebetulan my partner pun tak tahu nak buat ape..asik duk melepak je keje,,,dia pun ajak aku jual burger..mula-mula aku macam x yakin sangat,,yelahh aku mana pernah buat keje-keje tu semua?? dalam otak aku dah pikir dah,,cmner nak potong sayur (nampak sangat jarang ke dapur,,jarang oke bukan tak pernah) ,,nak lipat bungkusan,,goreng daging burger,,amik order dan semua laaa..aku memang takde pengalaman tu semua,,pikir punya pikir dan aku gthu umi dan abah alhmdulillah diaorang tak kisah malah menggalakkan lagi ade la..soo aku pun setuju jadi rakan kongsi dia,,:)

ohh lupaa name kawan aku nie Mohamad Hafizi Abdullah tapi kiteorang panggil dia EG aje..EG nie kawan sekolah menengah aku,,dri form 3 until 5,,sekarang dia menuntut di UITM Machang dalam bidang Art & Design..*cehhh ayat aku tak tahan betul... aku dan dye memang rapat,,sama macam yang lain,,still ag rapat dan kalau nak g mane-mane dyeorang mesti join..*agak lama jugak aku dah tak keluar dengan dyeorang,,kan Nursyamimi ??? selalunya cuti je mesti kami semua akan pergi berkelah,,ber'BBQ'or shopping,,rindu pulak dengan dyeorang semua :) aikkk dah lari tajuk pulak..hahahaha oke2 balik pada cter asal okee,,maappp :D

dari bawah Hasbul,Hisyam,baju merah putih EG dan yang kecik cumill tu my bFF Syamimi :)

alang-alang aku sebut nama dye,,aku masukkan lah gambar dyeowg sekali..yang baju merah putih tu lah partner saya sepanjang saya berniaga hanya dalam tempoh sebulan..hahaha kejap je kan..okee dah kenalkan..jom sambung cter..

dan sudah 4 hari jugak aku tak niaga kerana cuaca tidak mengizinkan,,gerai aku pun dah dua kali musnah disebabkan angin yang begitu kuat sekali,,semalam sekali lagi gerai tempat aku niaga dilanda musibah,,cedih betoiii aku tengokk,,sejak akhir-akhir nie cuaca tak menentu tapi inilah risiko yang aku perlu hadapi kan?? sabar jelahh,,

ribut semalam,,:(

gerai ku...cian EG kena buat balik...niaga depan umah aku je..huhuhu

alhamdulillah hari ini aku dah start niaga balik selepas semuanya telah dibaiki,,walaupun hujan jugak tadi tapi takde lah lebat sangat masih boleh niaga,,:D kadang-kadang aku sendiri tak caye ape yang aku buat nie..hahaha jadi minah burger pulak aku nie,,ikut my BFF lah nie..nak sangat keje kan..sekarang keje jelah tanpa banyak songeh,,bak kata umii,,coz hari mula-mula aku dah mengeluh kepenatan..huhuhuhu

okeiii lahhh jumpe lagiii di next entry insyaallah :)
nitezzz people




Wednesday, May 2, 2012

Blaa..Blaaa..Blaaa :D

salam semua :)
Tap tip tup dah bulan 5 kan,,,hari nie dah pun 2.5.2010..bulan 4 sudah pun melabuhkan tirainya..:D sungguh pantas masa memintas kita..dan semakin dekat juga untuk kita ke alam realiti..semoga bulan yang lalu membawa kerahmatan,,kebahagiaan dan mendapat keredhaan dari-NYA aminn...~insaf sekejap

Minggu lepas aku abah umi n ati ke sekolah adik macam biaselah kan kalau anak-anak adik-adik duduk jauh kenalah pergi tengok sekali sekala iyee tak.:)..budak tu makin tombam ikut akak dye kot..hahahaha..lepas habis melawat adik dan masa pun awal lagi nak balik umah,,abah pun ajak ktorang singgah ke satu tempat nie..tempat nie baru je buka,,,tapi aku rasa tempat nie tak rasmi lagi,,rasa lah..tak tahu pun,,main cakap je nie fuhh!! Tempat nie sangat cantik kerana ia berdekatan dengan pantai,,kawasan paya bakau memang strategik lah tempat nie,,Selain itu kan kan kan kat sini juga terdapat pelbagai aktiviti seperti berkayak,berbasikal,ada taman permainan untuk kanak-kanak,snooker dan sebagainya..amat sesuai untuk aktiviti beriadah seisi keluarga..:D dah jom layan gamboo

 TOK AMAN BALI BEACH RESORT
tengok luar pun dah cantik belum masuk dalam lagii..

my sister :) Jalwati a.k.a ATI 



sangat cantek tempat nie..aman sangat..aku ade cakap kat umii..nanti aku kahwin nak buat kat cnie..umii hanya mampu senyum dan ikutlah kalau ada duit,,fuhh geram betoii..takpe-takpe..akan ku kotakan kata-kata ku ini..hahaha ~ bajet artis lah pulakkan..:D

my beloved mother ..tiada yang kedua,, ketiga,,keempat,,kelima dan keseratusribu..she the one n last for  me


muka sama kan..dah acuan sama,,ada daaa :D muahhssss
Cukuplah tu gambar..penat dah aku nak upload..mesti tertanya,,kenapa kteorang pakai baju kurung kan..sebenarnya sebelum aku ke tempat adik,,aku umi dan ati pergi menziarah orang sakit..abah tak ikut sebab ada mesyuarat..tu yang pakai baju kurung,,sopan kan sekali sekala posing berbaju kurung...hahahaha nak tahu keindahannya,,silalah jangan segan-segan bertandang ke Tok Aman Bali Beach Resort..soo,,aku dah simpan angan-angan nak datang lagii,,kepada my future boyfriend and husband (ade ke,,masih mencari) lalalala..nanti i nak wedding kita buat kat cnie..tak pun honeymoon pun it's ok :D entah bila lah kan..kekasih pun takde.~ hanya mampu berangan je laaa

Papai :) salam