Friday, May 18, 2012

Kalau Aku Dah Jadi Minah Jiwang Inilah Hasilnya :)

Kadang-kadang bila berada di depan mata, kita rasa dia lah orang yang sangat memahami, boleh membuat kita gembira, dia juga tempat kita luahkan segala-galanya, tempat kita hilangkan rasa kesedihan, kebosanan, ibarat dialah segala-galanya dalam hidup ini, kita tidak pernah jemu kalau sentiasa berada disisinya,,kerana kita akan rasa sangat bahagia kerana berada disisinya :D,,Istilah bosan,jemu, menyampah tidak akan pernah terlintas dalam diri kita walaupun berjuta-juta tahun kita bersama si dia kan :) Kerana dialah kawan, teman, sahabat, kekasih, suami, isteri buat kita. Kita juga tidak akan malu sekiranya bersama si dia,, tidak ada istilah 'nak cover-cover' apabila bersama si dia,,baik buruk dia / kita semuanya sama..

Kadang-kadang juga bila berjauhan, kita akan rasa sesuatu yang lain,,kita rasa si dia jauh dengan kita,,kita akan rasa sesuatu yang tidak lengkap,,hari-hari kita sentiasa mendung dan tidak bermaya,,kita sentiasa mengharapkan panggilan atau SMS daripada si dia,,setiap hari menunggu si dia ibarat 'nyawa dibawa pergi' hanya jasad yang menemani kita *macam pelik je ayat tu,,,errrr biar laaa. Walaupun kita tahu itu semua mustahil apabila berjauhan seakan-akan kita sudah dibuang jauh-jauh dari hidupnya. Itu semua kerana kita sudah terbiasa dengan si dia ada didepan mata mungkin belum pernah berjauhan dan kini segala-galanya berubah maka kita mula membuat andaian yang bukan-bukan. Biasalah kita sebagai manusia tidak pernah lari daripada sikap curiga bukan..:) tetapi kita sentiasa menyejukkan diri kita dengan memikirkan bahawa mungkin si dia sibuk, mungkin si dia ingin spend time dengan keluarga, mungkin...mungkin..mungkin dan mungkin akan terus bermain di fikiran kita. Kita tidak minta untuk semua itu terjadi tetapi sebagai manusia kita juga ingin disayangi dan dikasihi macam insan yang lain.

Mungkin suatu hari nanti kita akan rasa betapa ruginya kita sekiranya kita tidak menghargainya, tidak melayannya dengan baik, tidak cuba untuk memahaminya, tidak cuba untuk dekatinya, selami hatinya, tidak cuba untuk mencipta sebuah kenangan yang terindah bersama-samanya kerana di fikiran kita sentiasa memikirkan si dia tidak akan pergi jauh,tetapi setelah berjauhan dalam tempoh yang agak panjang pasti kita akan mengalami satu perasaan yang sukar untuk kita gambarkan dengan kata-kata iaitu 'RINDU'. Setiap manusia pasti akan merasai perasaan ini tidak kira siapa pun dia,, :D dan memori yang selama ini dicipta bersama akan terbentang kembali. Saat itu kita hanya mampu termenung dan menangis.*orang lain tak kot aku je yang tak habis-habis nak menangis.:P

Tetapi kadang-kadang juga turut menyapa dalam diri kita. Tertanya-tanya siapa kita dalam diri si dia selama ini?? Kadang-kadang juga tertanya-tanya penting ke si dia dalam hidup ini?? Kadang-kadang penting ke kita  dalam diri si dia?? Siapa kita yang sebenarnya dalam hidupnya?? Bahagiakah dia dengan kehadiran kita atau kehadiran kita hanya membuatkan hidupnya lebih porak-peranda ?? Apa yang diharapkan dalam penghujung persahabatan atau percintaan ini?? Adakah kita hanya tempat si dia melepaskan kerinduan, kebosanan, kesedihan atau apa?? Ikhlaskah si dia menjalinkan perhubungan ini?? Kenapa selepas kita mengecapi kebahagiaan si dia pergi menjauhkan diri tanpa sepatah kata,,membuat kita tertunggu-tunggu dan mengharapkan kehadirannya seperti dahulu?? 

Aku hanya menulis apa yang terlintas di dalam hati. Entry di atas tidak ada kaitan dengan sesiapa walaupun yang hidup atau pun mati..:D It all just my personal opinion dari hati kecilku ini yang telah lama ingin ku lontarkan ke dalam DIARICIKGEDIK..kalau ada yang terasa maafkan saya yee :) Actually aku pun tak sangka apa yang aku tulis nie,,mana datang segala  kata-kata merapu meraban nie aku pun tak tahu laa..agak panjang jugak kan..hanya sekadar mengisi masa lapangku je.

:)


4 comments:

  1. Replies
    1. hihihihi,,biase2 aje,,nak jadi novelis x dpt lagi,,soo luah kn blog je lerr :)

      Delete
  2. nice..teruskan berblogging ye..http://fasyayummy.blogspot.com/2012/05/i-love-hijab-contestcepattttttttt.html

    done follow u :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mekasih dear :) done follow u too cayam :D hope u enjoy my blog..

      Delete