Saturday, June 30, 2012

One day :)


Sepang Gold Coast - Golden Plam Tree
:)








# Hope 1 day, i will come this place wif my lovely or family. Insyaallah.

Thursday, June 28, 2012

Ada aku kesah !

Disebabkan tak tahu nak buat apa. Aku telah mengadakan 'photoshoot' dengan jayanya.

Pakaian : Sendirian Berhad
Jurukamera : My partner ( Azlinda )
Lokasi : Bilik Boss Majlis Daerah Bachok :)
Tema : Kegedikan Melanda..Huhu
Fokus-fokus !!
:P
Bajet ayu laa tukan duk tepi tingkap..Huhu

Nak jugak posing : p

:) nitess

Wednesday, June 27, 2012

Terima Kasih :)


Bestt sangat novel ni memang tak jemu kalau nak baca banyak kali pun..:)) Terima kasih to my engedik sebab tolong saya listkan novel yang terbaru (bulan 5 lagi engedik bagi list novel tapi minggu lepas baru ada kesempatan nak pergi beli :D itu pun masa aku pergi Perak. Huhu, dan semua novel yang engedik pilih semuanya best- best belaka, cayaaa laaa lalink :P.


Novel pertama yang engedik pilihkan untuk aku KU RELA CINTA INI BERTAMU, sangat best juga. Masa tu aku duk mengada-ngada nak beli novel *sambil hentak kaki :D, jadi ajak engedik temankan ke Popular di Ipoh Parade :) Disebabkan malas nak dengar aku merengek macam budak kecik, engedik pun setuju teman dan siap tolong pilihkan lagi. :)

Tuesday, June 26, 2012

Awak Suka Saya Tak ?

"Awak suka saya tak ? Lebih sopan..lebih manis..untuk kita yang belum ada apa-apa ikatan. Cinta bagi saya hanya untuk orang yang sah dan halal iaitu isteri saya. Saya nak halalkan dulu perhubungan kita, baru saya cakap I love you,"

Cinta bagi saya..saya mencintai seseorang kalau ia boleh menghampirkan saya kepada Allah. Cinta itu terlalu suci bagi saya. Cinta ialah memelihara dan menjaga kesucian wanita yang saya suka. Saya tidak akan menyentuhnya selagi dia belum sah menjadi isteri saya. Cinta saya ialah membelai dan menyayangi dia sepenuh hati. Saya tidak akan menyakitinya, apa lagi melukakan hatinya. Saya mahu menjadi pendengar setianya. Dia hanya untuk saya dan saya untuk dia. Matanya hanya memandang saya, bukan untuk orang lain.

Cinta bukan berpegangan tangan, bercumbuan...itu nafsu. Cinta bukan sentiasa berjumpa dan bertemu sampai larut malam membawa ke pagi. Itu juga nafsu. Terlalu banyak nak dijelaskan mengenai cinta. Berbillion manusia di dunia, maka berbillion la rasa cinta dan takrif masing-masing. Bagi saya senang saja, semua cinta ada maknanya tersendiri dan eksklusif untuk setiap orang. Ia tak sama antara satu sama lain. Tidak mengapa, memang Allah ciptakan kita berbeza, sedangkan cap ibu jari pun berbeza. Asalkan cinta itu tidak melanggar kesucian cinta saya. Saya mahu bercinta dengan Intan dengan cara yang beradab, bermaruah dan terpelihara. Kalau cintakan seseorang pasti awak akan jaga maruah dan kesucian dirinya. Awak takkan menyentuh apa lagi merosakkannya. Kemudian dia tinggalkan. Itu bukan cinta, itu nafsu.

 if you do not love others, you never be loved 


* Petikan ayat dari novel ' AWAK SUKA SAYA TAK ? ' m/s 293-294. Suka dengan prinsip cinta Hilman Yong kepada Intan Zulaikha :))) Ok nak sambung balik baca novel..
Take Care bai :D

Monday, June 25, 2012

Special For U :))


Entry kali ini khas untuk my lovely sis JALWATI ABD SHUKOR. :) Today her birthday yang ke 19. Happy birthday dear :) Maap sangat-sangat kak mira lupa yang hari ini birthday kamu. Siyesss kak mira memang lupa..nanti kamu balik i belanja u oke ^_^. Ok,,disebabkan entry ini khas untuk adik aku,jadi nak story la sedikit pasal dia :) *Walaupun keinginan untuk meng'update tersangatlah malasss, tapi demi birthday girl aku ini, aku gagahkan jua diri ini. :D

Jalwati nama diberi, beliau dilahirkan di Pasir Puteh Kelantan pada 25,06,1993 pada hari Jumaat. Just call her Atiey or Cikti oke :)). Sekarang beliau masih menuntut di UITM Machang dalam bidang Sains Kuantitatif sem yang ke 3.

Ok, dalam adik-adik aku dia laa yang boss, beliau sangat laa garang (tegas) dan mudah terasa orangnya. Adik-adik aku pun takut dengan dia termasuklah diriku. :D Tegasnya bertempat laa, if ada benda yang dia tak suka dan kami buat jugak memang melenting laa dia. Dulu aku dan dia suka sangat gaduh, memang tak boleh jumpa mesti sorang jadi anjing sorang jadi kucing. Asal bertegur je mula laa nak berperang. But now, aku dah boleh share problem aku, dah boleh gurau senda, biasalah dulu budak-budak lagi mana tahu apa-apa yaa dakk.Kadang-kadang ingat balik nak ketawa pun ada. Ramai orang cakap Atiey ni kakak aku dan aku ini adik, maybe sebab dia kelihatan lebih matang daripada aku yang kebudak-budakan ni,,ecehceh bangga kejap,,Huhu

Sudahh malas nak bercerita, aku memang takde mood sekarang ni, tak tahu kenapa sejak aku praktikal mata asyik mintak nak tidur aje, nak kata penat tak pulak sebab kat ofis takde keje, laen la kalau ada kan. Maybe penat duduk saje kot dekat ofis tu..Entah apa yang aku merapu tak tahu laa kat atas tu, hope korang semua faham apa yang aku tulis, kalau terasa entry aku ni berbelit-belit macam ular harap maaf iyee,,aku dah bagitahu awal-awal aku malas nak menaip tapi disebabkan my lovely sis punya birthday aku kuatkan diri.

Lastly, to my sis HAPPY BIRTHDAY semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki serta dikurniakan kesihatan yang berpanjangan agar dapat menjalani kehidupan untuk hari-hari yang mendatang. Kak mira sayang kamu sangat-sangat. :) Maaf jika ada salah dan silap dalam entry ini,yang mungkin menyinggung kamu i'm sorry. If nak kenal adik aku ni silalah ke blog Story Of My Life. (promote cikit)

:)

Wednesday, June 20, 2012

Bebas Sekejap :)

Morning guys :) 
Hari ni aku dan my partner bebas seketika, kami boleh buat sesuka hati sebab my boss n dua orang kerani dia takde hari ni, yang tinggal hanya seorang aje. Best laa jugak kan xde orang, bole on9, tido, merayap n soon. Huhu. Takde laa mana boleh buat macam tu yaa dak, no no hipokrit ok.:) Actually , bosan glerr xde keje nak buat, selalunya my boss akan bagi keje untuk dilaksanakan, but today nothing to do bcoz my boss pergi meeting at Kota Bharu.

Dalam minggu ni banyak perkara yang telah berlaku dalam hidup aku, tanpa aku sedari. Aku anggap ini semua satu ujian untuk diri aku. Harap lepas ni semuanya akan kembali seperti biasa. Oh lupa, semalam my dad birthday yang ke 52. Happy Birthday to Abah, i love u so much, u're the amazing person that i have not meet before. Nanti ada masa yang lebih terluang aku akan ceritakan sedikit sebanyak about my Abah :)) *Oh ! my english..Hukhuk sekarang tak sempat nak story morry, (waktu pejabat)

Oke, see u later guys !
Take care :)

Sunday, June 17, 2012

Bila Lelaki Kehilangan Tulang Rusuk

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku.

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan meciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya..

Setelah berkahwin, pasangan ini mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain.

Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak " Kamu tidak cintakan saya lagi!!!"

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak " Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!" Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. " Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing."

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA.

WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang warga asing dan bercerai.

LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya. Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit dihatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI : Apa khabar?
WANITA : Baik.. Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI : Belum.
WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telefon saya kan? Tidak ada yang berubah.
WANITA tersenyun manis, berlalu di hujung lafaz " Selamat Tinggal.."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali sakit dihatinya.

Akhirnya dia sedar bahawa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah bodohnya dia patahkan.

* Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat..
*Jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai?
*Berfikirlah, apakah kata-kata yang dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??

Salam semua, nitess :)

Friday, June 15, 2012

always in my mind

Duduk sorang-sorang aku tergerak hati nak tengok gambar-gambar budak-budak kelas aku. Sejujurnya aku telah mula merindui mereka semua *sobs sobs. Siyess aku rindu kan mereka semua. Nasib baek teknologi dah canggih jadi Facebook laa tempat kami saling berhubung buat masa sekarang ni. Walaupun jauh disudut hati aku nak jumpa dorang face to face tak nak hanya di alam maya, tapi nak buat macam mana masing-masing dah duduk di negeri masing-masing kan. Ini laa kehidupan :) I bet i can't get these awesome friends anywhere else :')

kami Part 1


my ensom boy's 
Site visit
kenakalan mereka :)
Jamuan berbuka puasa wif my classmate
gurlz hangout 
Siyess saya rindu kalian semua :'((( nak jumpaa !!!!! *miss my ENGEDIK too. Sekarang masing-masing tengah praktikal alhamdulillah dorang semuanya sihat-sihat dan dah mula sesuaikan diri dengan suasana kerja. Happy working  :)))

First & Second Day at Majlis Daerah Bachok

Alhamdulillah hari ni masuk hari ke 4 aku praktikal di Majlis Daerah Bachok. Dan selama 4 bulan aku dan mypartner RAJA AZLINDA akan berkhidmat disana :) Aku dan my partner diletakkan dibawah Unit Perancang dan Bangunan. Malam ni baru ada kesempatan nak story moryy. Sangat sibuk dan penat. Malas nk citer panjang-panjang layan je laaa yee gambo-gambo yang sempat diambil :D

* Hari pertama 11.06.2012 (Isnin )

:)

Raja Azlinda 
* Hari kedua (Ada gotong-royong)

Banyak gler barang nak kena kemas. Fuhh khusyuk glerr buat keje kan..lalala
Meja kami :) 
Bilik bos (Puan Yunishah) . Kami duduk dengan bos tau :) Kelass gitu
Staf-staf semuanya baik dan sporting. Bos aku pun baik glerr, first day dah belanja kami makan. Ok lah tu aje kot dulu nak citer, Actually, banyak nak share tapiiii kemalasan mula menguasai diri ini. Insyaallah kalau ada masa kita jumpa di entry yang berikutnya. Haha ayat aku..perhhhh :P

nitess :)

Tuesday, June 12, 2012

Segmen Tambah Follower dan Rakan Blogger

Bosan !!! Ape lagi keje yang boleh aku buat selain membaca blog kawan-kawan aku hilang jugak bosan aku nie :) Baca punya baca tup tup aku terbaca entry "SEGMEN TAMBAH FOLLOWER DAN RAKAN BLOGGER " di blog En Syakir Rahman. Membuat aku tertarik untuk join :D macam rugi laa pulak kalu tak join kan..

http://1.bp.blogspot.com/-U5w5Qh6Lhtw/T9ZQCSyUvWI/AAAAAAAAdYY/7f5lS2X5Ilk/s1600/blogger+hasrulhassan1.jpg

Nak join boleh klik kat cnie :) Syarat-syaratnya senang aje :

  • Tempek badge ini dalam entri anda, dan link ke entri ini.
  • Tajuk entri anda: Segmen Tambah Follower dan Rakan Blogger
  • Berikan nama blog anda, link blog anda, bila mula berblogging, kenapa berblogging dan seterusnya siapa idola dan ikutan anda dalam dunia blog.
  • Siap je, terus berikan url entri anda itu di ruangan komen.
  • Andai sudi, jadilah follower blog ini.
  • Anda perlu berbuat demikian sebelum jam 5 petang, 13 Jun 2012.


  • NAMA BLOG : DIARI CIK GEDIK

    LINK BLOGhttp://peacemuah.blogspot.com/

    BILA MULA BERBLOGGER : 16.11.2010, baru 2 tahun lebih :D

    KENAPA BERBLOGGER : Ingin berkongsi kegembiraan, kesedihan, kekecewaan dan sebagainya. Blog adalah tempat yang boleh saya lontarkan segala-galanya.

    SIAPA IDOLA DALAM DUNIA BLOG INI : Sis Fatin Liyana my awesome people :)

    Saturday, June 9, 2012

    Lucut Sudah Gelaran :)

    06.06.12 hari terakhir aku sebagai GADISBURGER :) 
    Terima kasih kepada En Hafizi a.k.a Eg atas pengalaman yang diberikan kepada aku, banyak yang aku pelajari, cara-cara potong sayur, layan pelanggan contoh yang Eg ajar : Kalu orang beli kena cakap 'TERIMA KASIH, JUAL YA' , sampaikan aku pergi beli barang kat kedai pun aku cakap jual, yang xtahan aku yang beli tapi aku yang pergi cakap 'Jual'. Malu gler aku masa tu. Haha dah terbiasa kot nak buat macam mana kan !! Huhu , mengajar aku erti kepenatan, keletihan, kemalasan, kesabaran, kegembiraan dan lain-lain.

    Pada malam itu, aku dan rakan-rakan berBBQ di hadapan rumah. Tema : Pink / Purple. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar walaupun dalam keadaan yang cukup serdahana dan kebanyakkan mengikut tema acara :) Huhu sweet aku tengok budak laki pakai baju warna Pink :D

    gurlz yang join :)
    Pink boy by Akif, Eg n Ise :)
    en partner EG..cumilkan tu pakai pink..haha

    khusyuk sangat dengar citer masing-masing. Maklum laa lama x jumpa
    Hisyam. Mr k-pOP kami :)

    sejak bila minat kucing ni ???
    060612 jugak hari yang sangat bermakna buat kami sekeluarga. Selamat Ulangtahun Perkahwinan jugak buat Abah dan Umi yang ke- 21 :) 

    okeii take care :)

    Sunday, June 3, 2012

    Thinking of You

     I was cleaning up my room and then i found this,


    Yang nie masa aku dalam kelas Engedik kebosanan dye pun tulis ciri-ciri aku..ada 5 tau jom tengok :
    1. Penakut ( semua orang ade perasaan tu betul x )
    2. Manja ( manja ke )
    3. X mandi ( pandai-pandai je cakap aku tak mandi :P )
    4. Suke nanges *Gulp..Huhu
    5. Lembik ! Oh nooo, lembik ke erkk ontahh laaa

    Lukis nie aku paling suka sebab dye panggil aku Mialin (sedap laa pulak) hihi, macam-macam Engedik ni kan..ada-ada je akalan dye :) Umi pun suka dengan lukis ni. Kawan-kawan aku selalu jugak tanya tak pening ke panggil Ling, Lin..bunyi sama tapi ejaan je laen. Tak keliru ke nanti ? Huhu. Lau lam mesej tu memang laa paham,sebab kita tahu dye tujukan untuk sape tapi aku sendiri pun kadang-kadang susah nak guna ling or lin time nak cakap face to face..aku ingat dye panggil aku, dye pun ingat aku panggil dye,,dah bahasa nama dua-dua nak sama cuma sorang ada G sorang lagi takde G..hahaha Kalau ingat balik lucu betul :D


    Dua-dua lukis tu Engedik yang lukis, masa tu kelas CTU tiap kali masuk kelas CTU Engedik dengan Pakcik mesti mintak pen n kertas..nak melukis laa tu,,:D dan  setiap kali ada kelas CTU aku akan sediakan kertas lebih. Lukis pertama yang aku tak boleh tahan. Dari atas sampai bawah di perhatikan aku punya pakaian hampeh betul !! Fuh. 

    Second, tu dye saje lukis takde kena mengena pun dengan aku..(hampa sebenarnya) Haha acah aje. Jangan pikir bukan-bukan yee..Aku kan suka kumpul lukis yang orang lukis dan ia salah satu hobi aku, simpan sebagai kenangan. Nanti dah tua-tua esok teringat balik semua tu. Kalau u alls nak tahu aku masih lagi simpan lukis-lukis aku dari sekolah rendah sampai menengah..hahaha lucu kalau tengok balik hasil seni aku melukis, mewarna entah pape. Nanti kalau ada masa aku tunjukkan yee :)


    Jam tangan pink sempena my bufday yang ke 19. Angry bird  Engedik menang main game apa entah masa tu dekat Lumut (lupa sudaa). White bear tu aku beli dekat Bandar U masa keluar dengan my friend, tetiba ternampak bear tu cumill sangat aku pun beli 2, satu untuk aku, satu untuk Engedik..:) sweet x *blink blink mata berkelip-kelip (aku kan xde pakwe jadi pakwe orang pun aku bedal ) Huhu jahat gleeerrr gue rupanya. Entah ada lagi ke xde bear tu dengan Engedik..aku pun tak tahu, tak tanya-tanya pulak..aku beli bear yang cumill tu sebab masa tu aku ada gaduh cikit dengan Engedik..konon nak pujuk gitu. Huhu. Tapi yang aku happy sangat Engedik tak malu nak pakai..:))) Mekasihhh

    Okeii papai
    Take care people.

    Friday, June 1, 2012

    No Idea

    Wahh !! (excited terlebih) rasa dah lama giler aku tak update blog. Dah berkarat dah blog nie aku rasa :D Maaflah blog ku yang tercinta. Aku sibuk sangat,,kau kan tahu aku sekarang dah jadi tauke burger (bangga kejap) dan cikit lagi dah nak bungkus lalala. Soo busy la cikit..tutup pun dah lewat jadi kemalasan aku untuk menaip terserlah di situ,arghhh apa aku merepek nie.

    Malam nie aku terasa nak meng'update tapiiiiiiiiiiiiiiii.......aku tak tahu nak tulis apa. Takde motif pun sebenarnya tapi jari ini nak juga aku menaip, takde topik aku nak citer malam ni. No idea sejak kebelakangan nie aku pun tak tahu kemana hilangnya semua itu,,bla bla bla. Aku tak tahu nak tulis apa makin lama makin merapu je. Dan aku terasa mengulangi ayat-ayat yang sama. Huhu hangpa nampak ke idak cek takde idea sebenaknya ni..

    Umm baik laaa sebelum cek merapu lebih parah lagi baik cek chauu dulu laa nohh..maaplaaa takde apa pun yang menarik dalam entry kali nie..cek ketandusan idea malam nie..* sobs sobs. Esok dah masuk bulan Jun, aishhh cepat pulak masa berlalukan. Tak lama dah lagi ada orang nak tinggal aku. Hurmmm hampir lupa pulak nak gthu, semalam birthday my engedik. May Allah always bless you :) Sedih birthday kali nie aku tak dapat sambut sama-sama dengan engedik, hadiah pun tak bagi :( bukan xnak bagi tak sempat nak cari hadiah. Insyaallah nanti ada kot..Nak bagi apa yee ?? ~ Pikir-pikir. Ummm

    My little sis n Me

    okeiii laaa 
    nitess semua 
    :)