Tuesday, June 26, 2012

Awak Suka Saya Tak ?

"Awak suka saya tak ? Lebih sopan..lebih manis..untuk kita yang belum ada apa-apa ikatan. Cinta bagi saya hanya untuk orang yang sah dan halal iaitu isteri saya. Saya nak halalkan dulu perhubungan kita, baru saya cakap I love you,"

Cinta bagi saya..saya mencintai seseorang kalau ia boleh menghampirkan saya kepada Allah. Cinta itu terlalu suci bagi saya. Cinta ialah memelihara dan menjaga kesucian wanita yang saya suka. Saya tidak akan menyentuhnya selagi dia belum sah menjadi isteri saya. Cinta saya ialah membelai dan menyayangi dia sepenuh hati. Saya tidak akan menyakitinya, apa lagi melukakan hatinya. Saya mahu menjadi pendengar setianya. Dia hanya untuk saya dan saya untuk dia. Matanya hanya memandang saya, bukan untuk orang lain.

Cinta bukan berpegangan tangan, bercumbuan...itu nafsu. Cinta bukan sentiasa berjumpa dan bertemu sampai larut malam membawa ke pagi. Itu juga nafsu. Terlalu banyak nak dijelaskan mengenai cinta. Berbillion manusia di dunia, maka berbillion la rasa cinta dan takrif masing-masing. Bagi saya senang saja, semua cinta ada maknanya tersendiri dan eksklusif untuk setiap orang. Ia tak sama antara satu sama lain. Tidak mengapa, memang Allah ciptakan kita berbeza, sedangkan cap ibu jari pun berbeza. Asalkan cinta itu tidak melanggar kesucian cinta saya. Saya mahu bercinta dengan Intan dengan cara yang beradab, bermaruah dan terpelihara. Kalau cintakan seseorang pasti awak akan jaga maruah dan kesucian dirinya. Awak takkan menyentuh apa lagi merosakkannya. Kemudian dia tinggalkan. Itu bukan cinta, itu nafsu.

 if you do not love others, you never be loved 


* Petikan ayat dari novel ' AWAK SUKA SAYA TAK ? ' m/s 293-294. Suka dengan prinsip cinta Hilman Yong kepada Intan Zulaikha :))) Ok nak sambung balik baca novel..
Take Care bai :D

3 comments: