Monday, June 25, 2012

Special For U :))


Entry kali ini khas untuk my lovely sis JALWATI ABD SHUKOR. :) Today her birthday yang ke 19. Happy birthday dear :) Maap sangat-sangat kak mira lupa yang hari ini birthday kamu. Siyesss kak mira memang lupa..nanti kamu balik i belanja u oke ^_^. Ok,,disebabkan entry ini khas untuk adik aku,jadi nak story la sedikit pasal dia :) *Walaupun keinginan untuk meng'update tersangatlah malasss, tapi demi birthday girl aku ini, aku gagahkan jua diri ini. :D

Jalwati nama diberi, beliau dilahirkan di Pasir Puteh Kelantan pada 25,06,1993 pada hari Jumaat. Just call her Atiey or Cikti oke :)). Sekarang beliau masih menuntut di UITM Machang dalam bidang Sains Kuantitatif sem yang ke 3.

Ok, dalam adik-adik aku dia laa yang boss, beliau sangat laa garang (tegas) dan mudah terasa orangnya. Adik-adik aku pun takut dengan dia termasuklah diriku. :D Tegasnya bertempat laa, if ada benda yang dia tak suka dan kami buat jugak memang melenting laa dia. Dulu aku dan dia suka sangat gaduh, memang tak boleh jumpa mesti sorang jadi anjing sorang jadi kucing. Asal bertegur je mula laa nak berperang. But now, aku dah boleh share problem aku, dah boleh gurau senda, biasalah dulu budak-budak lagi mana tahu apa-apa yaa dakk.Kadang-kadang ingat balik nak ketawa pun ada. Ramai orang cakap Atiey ni kakak aku dan aku ini adik, maybe sebab dia kelihatan lebih matang daripada aku yang kebudak-budakan ni,,ecehceh bangga kejap,,Huhu

Sudahh malas nak bercerita, aku memang takde mood sekarang ni, tak tahu kenapa sejak aku praktikal mata asyik mintak nak tidur aje, nak kata penat tak pulak sebab kat ofis takde keje, laen la kalau ada kan. Maybe penat duduk saje kot dekat ofis tu..Entah apa yang aku merapu tak tahu laa kat atas tu, hope korang semua faham apa yang aku tulis, kalau terasa entry aku ni berbelit-belit macam ular harap maaf iyee,,aku dah bagitahu awal-awal aku malas nak menaip tapi disebabkan my lovely sis punya birthday aku kuatkan diri.

Lastly, to my sis HAPPY BIRTHDAY semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki serta dikurniakan kesihatan yang berpanjangan agar dapat menjalani kehidupan untuk hari-hari yang mendatang. Kak mira sayang kamu sangat-sangat. :) Maaf jika ada salah dan silap dalam entry ini,yang mungkin menyinggung kamu i'm sorry. If nak kenal adik aku ni silalah ke blog Story Of My Life. (promote cikit)

:)

1 comment:

  1. tq sis..love u soo much sempat lgi ek nk mengata ati?? hahahaha

    ReplyDelete