Sunday, July 29, 2012

Aiskrim Goreng :)

Assalamualaikum :)

Nak share satu resipi yang sangat mudah, pantas, ringkas, dan bla blaa kat korang. Meh tengok cara-caranya yang serba ringkas.

pic by cikepalo6

Baru je cuba tadi, ada bahagian yang terbuka jadi aiskrim keluar. Hurmmm masih belum pass. Pape pun memang cedap :) 

Selamat Mencuba !!!

* Tq engedik sebab datang tadii :))

Friday, July 27, 2012

Miss Both of You

Assalamualaikum dan Selamat Berpuasa :))

Tetiba teringatkan kedua orang bidadari kesayangan hamba ni.


Suka buat aku jeless, ciap tag lagi nama aku tu, aku tengok gambar dorang terus aku menangis. Sumpah aku rindukan mereka. Mentang-mentang aku takde kat sana. * Tak puas hati dengan ayu sebab time mira ada sana tak nak keluar pun. Jelesss yang teramat sangat.

Yang bertudung Pink namanya Nur Azimah Ahmad a.k.a akak tengah berasal dari Ipoh, Perak (dekat aje) dan sebelahnya Nur Hidayu Abdul Mutalib a.k.a akak sulung berasal dari Alor Satar, Kedah :)))

* Gambar-gambar di atas adalah gambar terbaru mereka yang ingin membuat aku kejelesan dan kedengkian.Hurmmm memang nak kena. Argghhhhh

Meh aku citer serba sedikit pada mereka berdua. Dorang adalah roomate aku ketika aku jejak kaki ke UITM :) Aku sebilik dengan dorang sampai la semester 3. Pada semester 4 aku masih sebilik dengan akak sulung, cuma akak tengah duduk luar masa tu, jadi kami jarang sangat jumpa. Walaupun jarang jumpa kami still lagi berhubung kan akak tengah :) Dan semester ni aku pula yang takde sebab praktikal akak tengah pulak duduk dengan akak sulung. Jeless nyaaaa :( Semesta ni Ayu last di Uitm sebab dye sampai semesta 5 je, dan aku sedih nanti semester 6 aku dah tak dapat jumpa dye. Oh lupa, nak bagitahu kos dorang. Ayu study bahagian Office Managament dan Ag dalam bidang Interior Design. 

Ayu seorang yang agak pendiam tapi kalau dah mula bercerita memang tak berhenti daa, my second sis seorang yang sangat nakal dan periang. Aku masih ingat kata-kata azimat dye yang selalu menjadi kebanggaan nya iaitu 'AG AZIMAH YANG BRUTAL' :) Dan dye sukaaaa sukaaa sangat bulii akuuu. Part ni memang aku tak tahan. Huhu. (teringat tragedi di bilik air ) Tapi walaupun dye selalu buli aku,time nak tidur aku kena cari dye jugak buat peneman. Haha ( saya penakut ) :P

p/s : Kepada kalian berdua, rindu sama kamu berdua. Insyaallah kalau ada rezeki kita jumpa yee :) Jaga diri elok-elok. Ingat daku dalam doamu :) Selamat Berpuasa * Tahun ni tak dapat puasa sama-sama kan :( Sayang korang sangat-sangat, nak peluk ciummmmm :(( Aishhh da keluar daaa :((((
*Salam sayang dari adik bongsu untuk akak sulung dan akak tengah. 




Saturday, July 21, 2012

Entri Bergambar :)

Assalamualaikum :)


HI-TEA SEMANIS RASA PASIR PUTEH
di Tok Aman Bali Beach Resort pada 12 julai 2012
baru nak update :)

Kad Jemputan dari PUSPANITA DAERAH PASIR PUTEH

Kelicinan berserta kelaparan :)








Dapat hadiah cabutan bertuah. Linda kuning dan saya biru :)

Ramadhan Datang Lagi :)

Assalamualaikum n good morning everyone :)

Alhamdulillah hari ni 1 Ramadhan 
dan ni bermakna hari pertama semua umat islam menjalani ibadah puasa
dan aku bersyukur sangat-sangat kerana masih diberi kesempatan
 untuk menikmati bulan yang mulia ni bersama keluarga terchenta pada tahun ni. 
So, kena menikmatilah kesempatan ni. :D 
Moga Ramadhan tahun ni akan memberi kita lebih makna dan
 lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya. 
Insyaallah.

Selamat Menyambut Ramadhan semua :)
have nice and full of barakah day.
selamat berpuasa !!



Tuesday, July 10, 2012

Jalan-Jalan di Hari Sabtu :)

Assalamualaikum :)

Hye guys, lama tak jumpa kan ? Cihat ? Hope semuanya baik-baik saja. Hari ni baru ada kerajinan nak meng'update blog. Oke, balik pada tajuk asal, pada hari sabtu 7.7.12, hang out with my friends. Jalan-jalan pergi KBMALL aje.

Makan dulu :)
Lepas tu en Luqman Hakim bawak kami ke Tambatan di Raja :) Tempat tu memang cantek, first time aku menjejakkan kaki ke sana walaupun hampir 7 tahun aku menjadi rakyat sejati Kelantan :D


Sebenarnya sabtu hari tu, kawan aku ni ada exam  dekat Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail (1) dekat Kota Bharu. Alang-alang dah dekat Kota Bharu, tu yang aku ajak mereka-mereka yang berada di Kota Bharu keluar. Nak lepaskan rindu kepada rakan-rakan aku ( macam laa ramai benor yang keluar hari tu) dan bagi mengeratkan hubungan yang agak jauh. :) Lepas habis dia exam, kami pun jalan-jalan cari makan. Ayu aje dia hari tu, pakai baju kurung :D Budak amek exam kan kena la sopan santun sedikit. Kadang-kadang cantek jugak kalau sesekali keluar pakai baju kurung. Nampak lebih keayuan dan kewanitaan gitu lorh.


Nurul Zafirah. Bekas classmate aku. Aku baru je rapat dengan dia, tup tup tup tup dia berhenti sebab dapat tawaran bekerja sebagai Juruteknik di JPBD negeri Kelantan :) Walaupun jarang jumpa tapi kami masih lagi berhubung di antara satu sama lain. 


En Luqman Hakim B Anis. Beliau salah seorang classmate aku di Uitm. Orang yang sangat siyes :D

Berlatar belakang kan Sungai Kelantan 


Menara Jam. 
Model : Zaa Uyu :)


Masing-masing dah posing ala-ala model gitu. Haha

:)

ready, cut n action :)

Ok tu jela tak tahu nak story apa dan letak gambar mana. Banyak sangat :) Peace !! 
*Pape pun mekasih u all..nanti ada masa kita keluar lagi. Kalau ada Afiq n engedik kan bestt..:(

Friday, July 6, 2012

Da Sebulan Rupenye

Assalamualaikum semua :) Selamat Hari Jumaat. Alhamdulillah kita masih diberikan kesempatan untuk mengecapi keindahan ciptaan Ilahi. Syukur sangat :) Dah lama tak update blog kan ? Cik Meera cibuk laa skunk nie.. Huhu

Alhamdulillah semalam genap sebulan aku dan rakan-rakan seperjuangan menjalani Latihan Industri di tempat masing-masing. Kejap aje aku rasa tup tup dah sebulan rupanya. :D begitu pantas masa berlalu. Okei laa itu aje nak story, actually takde idea laa nak citer apa. Kekeringan idea buat sementara waktu :P

* Tomorrow hang out wif my friends :D



Wednesday, July 4, 2012

Malam Nisfu Syaaban


MALAM NISFU SYAABAN
Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban. Maka, Nisfu Syaaban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaabantahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.
Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.” Baginda Rasulullah sendiri telah menggalakkan kita agar beramal pada malam kemuliaan nisfu syaaban dengan sabdanya :
Ertinya : “ Apabila tiba malam Nisfu Syaaban , maka hendaklah kalian bangun pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya, ini kerana Allah swt (turun merahmati hamba-hambaNya) pada malam tersebut mulai dari terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah swt berfirman ” Adakah dari kalangan hamba-hambaKu yang memohon keampunan, maka akan Ku ampunkannya. Adakah dari kalangan mereka yang memohon rezeki , maka akan Ku turunkan rezeki untuknya. Adakah dari kalangan mereka orang yang ditimpa bala, maka akan Ku sejahterakannya. Adakah dari kalangan mereka yang begini dan adakah dari kalangan mereka yangt begini sehinggalah terbit Fajar “.
Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a.“Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”
Hari nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 hb Syaaban sebaik sahaja masuk maghrib).
Pada malam Nisfu Syaaban digalak memperbanyakkan beristighfar (memohon ampun) dan taubat dari segala dosa-dosa besar dan kecil serta mohon diampunkan Allah dosa-dosa ibu bapa dan keluarga kita. Antaranya;



Saya ingin memohon maaf sekiranya ada salah dan silap yang disengajakan atau tidak disengajakan. Ya Allah aku hambamu yang sangat kerdil dan hina. Ampunkanlah segala dosa-dosa ku, kau tetapkanlah iman ku untuk terus berada di jalan lurusmu :'(

#Sumber dari Google.