Sunday, August 12, 2012

Happy Birthday My Cayam :)

Assalamualaikum, hye semua !

Malam ni aku nak buat entry khas untuk my lovely friends iaitu Nur Syamimi bte Abd Aziz sebab semalam pada 10 OGOS merupakan ulangtahun kelahiran beliau yang ke 20. Aku nak buat entry ni sebelum birthday beliau tapi banyak sangat halangan yang membuatkan aku terpaksa tunda untuk meng'update entry ini. Biarlah dah lewat sehari aku tetap nak buat jugak.

Aku mula mengenali dirinya ketika aku berusia 14 tahun (giler sekma ayat aku) Huhu.
Masa tu aku form 2, untuk pengetahuan korang aku dan dia berlainan kelas dan kami diperkenalkan oleh kawan aku Nabila.(dia sama kelas dengan Nabila). Seingat aku, masa mula-mula aku kenal dia kami tidaklah rapat mana hanya sekadar kawan biasa, mungkin sebab aku rapat dengan Nabila dan dia pun kawan dengan Nabila menyebabkan kami sering kala berjumpa. Sekolah aku menyediakan kemudahan asrama, dan aku dipaksa untuk tinggal di asrama, dan hanya tuhan aje yang tahu perasaan aku masa tu, first time dalam hidup aku berpisah dengan parents, dah la aku baru je nak biasa-biasakan diri dengan suasana baru. Dalam keterpaksaan aku pun tinggal di asrama. Aku bersyukur dapat satu bilik dengan Nabila. Dan hubungan aku dan Mimi semakin rapat sebab dia duk ulang alik ke bilik aku. Aku ingat lagi dulu di suka sangat dengan patung nightmare. Semua barang dia mesti hitam putih. Huhu Seingat aku, sekali je aku sekelas dengan dia masa tu Form 3, selepas itu kami berdua berasingan kelas. Disitulah bermulanya persahabatan kami. Tq to Nabila kenalkan saya dengan dia :D

Alhamdulillah walaupun aku dan dia hanya rapat dalam waktu yang singkat, tetapi dengan hubungan jarak jauh inilah aku dan dia serapat-rapatnya sehingga ke hari ini. Dia la tempat aku mengadu, tempat tumpang happy or duka, tempat mengutuk, tempat gosip-gosip, tempat luah rahsia-rahsia peribadi, kepala pun sama-sama gila (cuma dia tak sekepala dengan aku warna fav aku) Hihihi. Siap kadang-kadang kalau cuti je mesti aku tido umah dia or dia akan tido umah aku, konon-konon nak bual-bual sampai malam, secret project laa apa laa..Hahaha. 

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN my freennnnnn !!!!
 Me love u..!!


Sedar tak sedar hampir 6 tahun persahabatan kita ni kan, dah macam-macam benda kita lalui bersama. Ok semoga u panjang umur, murah rezeki, bahagia wif en kekasih, semoga persahabatan kita berkekalan sampai mati ! I sayang u tauuu..sampai bila-bila pun kita kawan yee..susah senag kita bersama ok ! (kenapa aku dah macam nak sedih-sedih ni) Tahniah jugak dapat sambung belajar ke peringkat seterusnya, nanti jaga diri dan always remember me oke :(( Ishhhh cedihnyaaa orang tu nak tinggal sayaaa !!!


* nanti birthday i, u buat entry panjang-panjang macam ni oke :)) Huhu (paksa ni)
baibai

3 comments:

  1. thankz a lot dear....u make me cry again n again...nt i bt entry brsmbg kt u..bce smpai mntah..haha..

    ReplyDelete
  2. anyway, Happy birthday Kak Mimi ;)

    Semoga panjang umur, murah rezeki and cepat2 kawen ye =P

    ReplyDelete