Sunday, September 30, 2012

Lumut wif Classies

Assalamualaikum n Happy Sunday :)

Disebabkan taktahu nak buat apa, 
 kerajinan pulak tetiba datang menjelma maka aku terasa nak meng'update sesuatu..:) sambungan entry semalam..


Sebelum semua pulang ke rumah masing-masing esok iaitu 29.9, kami meluangkan masa bersama-sama dengan jalan-jalan habiskan duit :D Kalau diikutkan perancangan yang sebenarnya, kami semua akan berkumpul pada 4.10, tapi disebabkan kawan gurlss aku nak datang awal seminggu dari tarikh yang telah ditetapkan oleh en Luqman Hakim jadi aku pun ke sana pada 26.9.

Cedih juga tak dapat jumpa kesemuanya tapi takpelaa masa LDK aritu aku dah jumpa sebahagian kelas aku, jadi tak terasa sangat laa kalu tak jumpa dengan diorang diz week..^_^ giler kejam. Tapi hangout kali ni lain cikit sebab takde en hubby a.k.a Mohammad Syafiq. Selalunya kalau kteorang keluar orang yang tidak akan kami tinggalkan mesti beliau, Syafiq tak dapat datang sebab demam, cedih jugak tak dapat jumpe :( rasa tak lengkap geng kami..huhuhu.


saya sayang mereka semua :D Oh yeee, Zafrin n Nizam tu aku tak kenal sangat sebab diaorang lain kelas dengan aku, tapi bila dah kenal, so far so good. Diaorang sangat sporting :) Nizam tu satu tempat praktikal dengan cheq. Yelah tak semestinya aku tak sekelas dengan diorang kita tak boleh berkawankan..Malam tu aku ada 2 orang kawan baru.. Grrrr

Gelagat kami ^_^  


Maaf banyak gambar orang yang pakai baju purple kan..hihihi (orang tu suka bergambar). Di sekitar kawasan Lumut Waterfronk. Selalu lepak-lepak kat sini, tak pernah pun nak bergambar tapi malam tu, fuhhh! semua nak jadi model..Huhuhuhu Sahabat Sejati katakan..Lalalalala

Singgah mengisi perut di MCD Manjung :D Muka engedik kelihatan sangat penat ok..huhuhu terima kasih, walaupun minggu depan dah nak exam, sanggup korbankan masa study untuk kami..Hohoho

 Konon-konon sebelum balik nak jumpa semua tapi sayang aku tak sempat nak jumpa dengan engedik dan yang lain, sebab aku mati-mati ingat bas kol 9.30 am, nasih baik lepas mandi tergerak hari nak tengok tiket, terkejut beruk tengok tiket kol 9,tengok jam 8.55..cepat-cepat ajak cheq g hentian bas. Dengan wawa pun x sempat jumpe, mase tu dia tengah mandi..Fuh! so carelesss kan. Sampai je bas dah ada dan terus naik bas, dan tup tup ad mesej masuk..


* shah rindu kt miera..hope dpt jmp lagi teman kesayanganku..syggggg miera...mmuuaahhh
(dengan tanpa dipaksa airmata terus berlinangan) buat malu je nanges lam bas..sobs sobs


:) 
Salam


Saturday, September 29, 2012

Sempurna :D

Assalamualaikum..

Alhamdulillah setelah 4 hari aku berkampung di Seri Iskandar tepat pukul 7 petang tadi aku selamat sampai Kelantan :D Untuk semester 5 ni aku telah selesaikan tugasan-tugasan yang diberikan dengan jayanya. Eceh2, harap result untuk semester ni tak menghampakan..^_^ terima kasih kepada engedik, shah, nizam, zafrin, cheq, cha n wawa..berikan kenangan yang teramat indah semalam..misss u all so muchh..Next entry nak cter pasal dyeowg pulak..:D

# cuti 2 bulan nak buat apa yee ??? Hurmmm..


ada citer nak di citerkan di sebalik gambar ni :D

nitesss :)

Saturday, September 22, 2012

Practice Done !!

Assalamualaikum :D

20 September 2012..hari terakhir aku sebagai pelajar praktikal di Majlis Daerah Bachok.
Hari yang ditunggu telah tiba, mula-mula dulu bukan main lagi nak cepat abis, macam-macam dalam otak ni. Tak best laa, boring, takde keje, bla bla bla..Tapi tup tup dah duduk sini selama beberapa minggu rasa jiwa ni dah serasi dengan suasana dekat sini. Hoho (gilaa berbelit ayat aku) :D

Alhamdulillah aku diberikan mereka-mereka yang sangat baik dan sporting habiss, terima kasih sebab sudi berikan segala ilmu dan tunjuk ajar kepada diri ni. Halalkan semua yang telah diberikan. Insyaallah ada masa dan umur yang panjang pasti bertemu kembali. Terima kasih to my boss puan Yuni, Abang Wan a.k.a Abah, Kak Siti dan Kak Laili..Love u all so muchhh. Cian Kak Suzi sorang-sorang tanpa aku dan Linda..huhuhu

*takde mood hari ni, hanya ini je mampu aku tuliss..^_^






Tuesday, September 11, 2012

First Step Done :D

Assalamualaikum dan selamat malam :)

Alhamdulillah selesai sudah tugasan yang pertama. Minggu ni semua student praktikal akan dikunjungi pensyarah mereka masing-masing seperti yang telah ditetapkan. Tujuan lawatan ini dilakukan bagi menilai sendiri dan untuk memastikan sejauh mana prestasi pelajar sepanjang mereka menjalani latihan praktikal di tempat masing-masing, serta sesi menemubual penyelia kami. Dan hari ini hari yang cukup mendebarkan bagi diriku dan yang lain (Raja Azlinda dan Mohd Zullatfi) kerana hari yang dinantikan tiba jua. Dan kami juga perlu menyediakan slide tentang aktiviti-aktiviti / tugasan yang kami lakukan sepanjang latihan praktikal selama 14 minggu :D kejap je rasa, dah berada di minggu ke13.

Kami dapat melaksanakan tugas yang diberikan dengan baik dan sempurna, presentation yang kami persembahkan memuaskan hati Dr, opsss lupa nak perkenalkan pensyarah aku yang sudi datang dari jauh semata-mata untuk menjenguk dan menyempurnakan tugasan kami. Nama pensyarah aku DR. SuhartoTeriman. Beliau baru aje tamatkan pengajiannya, dan sepanjang aku di UITM memang langsung tak pernah berjumpa dengan beliau, hanya sekadar mengenali namanya :D Mula-mula aku dapat tahu Dr ni akan datang ke MDB, aku dah mula fikir macam-macam. Dr ni oke ke? Dia garang ke, tegas ke..macam-macam laa bermain di fikiran. Dan kesimpulannya, semua yang aku fikirkan tentang dia, segalanya sangat berbeza. Dr ni sorang yang sangat-sangat sporting dan sangat baik, bertolak ansur, dan lain-lain la. Menyebabkan aku begitu teruja dan semangat semasa membuat pembentangan tadi. Huhuhu. Selalunya kalau time presentation, aku memang akan berdebar dan hanya tuhan je yang tahu perasaan aku pada masa tu. Huh! Tapi dengan Dr, semua tu hilang dengan sekelip mata. Hahaha. Dr ur so cool person. I like :))

Masa pembentangan tadi my boss tak dapat turut serta kerana terpaksa menghadiri mesyuarat mengejut. Terkilanlah jugak mula-mla tu tapi nasib baik kak Lily ada gantikan kak Yuni. Thank you kak Lily for today :) Pejam celik pejam celik, minggu depan adalah minggu terakhir aku sebagai budak praktikal. :D Sedih laa pulak nak tinggalkan warga-warga MDB. Entah bila laa dapat jumpa dengan diorang semua.Huhuhu so sad !!
* Next esimen- report..( kena mula dah ni) t boleh pergi Perak awal. Tak sabar nak jumpa my engedik..Lalalaa

nitess semua :) Take care
^_^


Sunday, September 9, 2012

Posing, posing

Assalamualaikum semua :) 
Nak kongsi beberapa gambar semasa majlis jamuan hari raya pada hari khamis 6.9.2012 dekat tempat aku pratikal, sambil-sambil nak perkenalkan pekerja-pekerja yang sentiasa membuat aku semakin berat hati nak tinggalkan tempat ini..:( Tinggal 2 minggu lagi aku akan menamatkan latihan industri aku. Huhu sedihnyaa..Jom layan

Wif kak suzi :)

KAMI budak praktikal..Huhu
wif kak tie
raja azlinda, kak suzi,my lovely bos kak yuni n me
aku dan en mustaqim...kami berdua selalu kena usik dengan staf-staf kat pejabat ni..
mama mengandung. Kak lily
Banyak mulut. En Herman :D

nitessss :D