Tuesday, September 11, 2012

First Step Done :D

Assalamualaikum dan selamat malam :)

Alhamdulillah selesai sudah tugasan yang pertama. Minggu ni semua student praktikal akan dikunjungi pensyarah mereka masing-masing seperti yang telah ditetapkan. Tujuan lawatan ini dilakukan bagi menilai sendiri dan untuk memastikan sejauh mana prestasi pelajar sepanjang mereka menjalani latihan praktikal di tempat masing-masing, serta sesi menemubual penyelia kami. Dan hari ini hari yang cukup mendebarkan bagi diriku dan yang lain (Raja Azlinda dan Mohd Zullatfi) kerana hari yang dinantikan tiba jua. Dan kami juga perlu menyediakan slide tentang aktiviti-aktiviti / tugasan yang kami lakukan sepanjang latihan praktikal selama 14 minggu :D kejap je rasa, dah berada di minggu ke13.

Kami dapat melaksanakan tugas yang diberikan dengan baik dan sempurna, presentation yang kami persembahkan memuaskan hati Dr, opsss lupa nak perkenalkan pensyarah aku yang sudi datang dari jauh semata-mata untuk menjenguk dan menyempurnakan tugasan kami. Nama pensyarah aku DR. SuhartoTeriman. Beliau baru aje tamatkan pengajiannya, dan sepanjang aku di UITM memang langsung tak pernah berjumpa dengan beliau, hanya sekadar mengenali namanya :D Mula-mula aku dapat tahu Dr ni akan datang ke MDB, aku dah mula fikir macam-macam. Dr ni oke ke? Dia garang ke, tegas ke..macam-macam laa bermain di fikiran. Dan kesimpulannya, semua yang aku fikirkan tentang dia, segalanya sangat berbeza. Dr ni sorang yang sangat-sangat sporting dan sangat baik, bertolak ansur, dan lain-lain la. Menyebabkan aku begitu teruja dan semangat semasa membuat pembentangan tadi. Huhuhu. Selalunya kalau time presentation, aku memang akan berdebar dan hanya tuhan je yang tahu perasaan aku pada masa tu. Huh! Tapi dengan Dr, semua tu hilang dengan sekelip mata. Hahaha. Dr ur so cool person. I like :))

Masa pembentangan tadi my boss tak dapat turut serta kerana terpaksa menghadiri mesyuarat mengejut. Terkilanlah jugak mula-mla tu tapi nasib baik kak Lily ada gantikan kak Yuni. Thank you kak Lily for today :) Pejam celik pejam celik, minggu depan adalah minggu terakhir aku sebagai budak praktikal. :D Sedih laa pulak nak tinggalkan warga-warga MDB. Entah bila laa dapat jumpa dengan diorang semua.Huhuhu so sad !!
* Next esimen- report..( kena mula dah ni) t boleh pergi Perak awal. Tak sabar nak jumpa my engedik..Lalalaa

nitess semua :) Take care
^_^


No comments:

Post a Comment