Sunday, October 14, 2012

Likuan Hidup

Assalamualaikum..
:)


Ada masa dalam hidup kita ini kita rasa cukup sedih & down disebabkan perbuatan orang lain yang seterusnya memberi impak besar dalam hidup kita. Contoh yang paling dekat kita boleh ambil seperti love bite, friendship issue dan trust issue. Tiada orang kat dunia ini yang suka ditinggalkan, dianiaya, di tikam dari belakang, ditindas dan sebagainya.


Namun, kita kena ingat yang hidup ini tak tumpah seperti roda. Iye ramai yang kata hidup kita macam roda. Ada masa kita di atas, ada masa kita di bawah. Jika seseorang itu dah menyakitkan hati kita terutama orang yang kita percaya, orang yang kita sayang, tak mustahil satu hari nanti orang tu pula akan merasai perasaan yang sama seperti apa yang kita rasa akiibat perbuatan dia sendiri. Allah itu maha adil. Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Jadi, kita kena sentiasa positif dalam hidup. Walau sebesar mana pun dugaan yang kita harungi, kita kena sentiasa ingat yang Allah sentiasa bersama hamba-hambanya walaupun hambanya kadang kala terlupa kepada-Nya. Dia menguji kita dengan kesenangan dan kelapangan. Allah tidak sekali-kali membebani hambaNya dengan ujian yang mereka tidak mampu pikul..

  

No comments:

Post a Comment