Saturday, October 20, 2012

Pengsan di Hospital

Assalamualaikum..
Have a nice Saturday.

Alhamdulillah tuhan masih berikan kesempatan untuk aku menikmati kehidupan sebagai hambaNya dimuka bumi ini. Masih diberi peluang untuk terus dekatkan diri kepadaNya dan merebut peluang yang ada selagi nyawa dikandung badan :) Peristiwa itu memang takkan dapat aku lupakan. Kali pertama dalam hidup aku pengsan. Huhu

Actually, yesterday 19/10/2012 aku nak ke majlis pertunangan kawan sekolah tapi tak sempat sebab majlis dah habis, lepas tu tak tahu nak pergi mana tup tup terlintas nak g tengok Eyda kat hospital. Aku tahu Eyda sakit daripada my cayam Nursyamimi. Aku pun mesej kat dak kecik tapi dia kepenatan baru sampai rumah. Dia cadang suruh aku pergi hari ni. Tapi alang-alang dah keluar baik terus pergi tengok. Aku ke sana ditemani my sis, iaitu Kak Suzie. Kami sampai lebih kurang dalam pukul 4.30 petang. Sampai je terus cari wad Mawar. Orang pun ramai sangat masa tu maklumla masa melawat kan..

Sampai je kat Eyda, sayu rasa tengok dia dalam keadaan macam tu. Tapi dia masih boleh bercakap. Dan aku sempat sembang-sembang dengan dia. Alhamdulillah dia baru je selamat dibedah. Ketumbuhan dalam perut dia pecah itu sebab dia ditahan di wad. Semua yang datang melawat dia kebanyakannya kenal aku, sebab rumah kami dekat aje dan aku dengan Eyda pun dah lama kenal sejak dari Tingkatan Satu. Dan Eyda la orang pertama yang aku kenal masa mula-mula aku pindah Kelantan masa tu aku tingkatan 1 kenal di tempat mengaji..:)) Tapi tak sangka pulak sekolah dan kelas kami sama sehingga ke Tingakatan 5..tapi sebab masing-masing duduk jauh dan sibuk dengan study kami jarang berjumpa.

Gambar masa muda-muda dulu..Grr..Form 1
Eyda dan aku :))

Ok berbalik pada cerita asal, sembang-sembang dengan Eyda, dia cakap nak minum air sakit tekak, ma dia pun bagi air dan sapu ubat dekat leher dia. Ubat minyak cap kapak. Tup tup aku dah mula rasa tak sedap badan. Aku cakap dekat Sis, dan dia suruh aku duduk kat kerusi. Masa tu aku dah nampak semuanya hitamm, dann....duniaku gelap..Huhuhu

Aku tak sedar bila aku terjaga. Kesian sis kena jaga aku. Maaf sangat susahkan kamu. Lama tu aku tengok En. Herman a.k.a abg Man datang. Rupanya Kak Suzie call Abg Man suruh datang amek aku, lagipun sis tak tahu drive dan terlintas kat kepala dia Abg Man je. Abah nak datang tak boleh sebab aku bawa kereta. Sis cakap doktar bagitahu takde pape cuma kurang rehat dan tak makan. Maybe sebab tu aku pengsan. Hurmmm Aku selamat sampai rumah pukul 8 lebih. Dan semalam aku tidur awal..Grrrr. Maaf sangat2 dah susahkan kalian semua. Termasuk abah n ma eyda. Anak dia sakit aku pun sakit sama. Terkejar-kejar diaorang semua..

p/s : Jagalah kesihatan walau sesibuk mana pun anda :))) *Peringatan buat diri sendiri juga.
Ape daa tengok orang sakit last-last aku yang sakit..Grr buat malu je..

:) 
Baibai

2 comments:

  1. semoga rakan awk cepat sihat :)

    jemput join contest didiey ye...hihi

    psst~~takut lah nak publish karya pertama tu...hukhuk

    ReplyDelete
  2. Amin,,alhmdulillah dia dah beransur pulih..alaaa xsbar ni...publish plssss

    ReplyDelete