Sunday, November 25, 2012

My Holiday Story II

Assalamualaikum

Next entry nak citer pasal kawen. Grr. Siapa kawen aku ke ? *Perasan je :P
11.11.12 aku ke Shah Alam untuk menghadiri satu majlis perkahwinan sepupu Umi. Sebab aku je ada aku lah yang mewakili bagi pihak keluarga. :) Kami mewakili rombongan pengantin lelaki.

We're ready !! Maksu, my cousin n me.

Seriously, sepanjang hidup aku ni kan, aku tak pernah pun rasa suasana perkahwinan dalam kalangan keluarga aku sendiri. Macam mana nak rasa dah tak kawen lagi kan. Ape daaa!! Bukan macam tu maksud saya -,- tak pernah rasa or tengok orang akad nikah macam mana, suasana di malam berinai, lihat persiapan pengantin macam mana, sanak-saudara bertungkus-lumus menyediakan keperluan-keperluan untuk hari perkahwinan, suasana bungkus-bungkus coklat, suasana buka-buka hadiah pada malamnya. Aishhh mesti meriah kan dapat berkumpul ramai-ramai. 
Majlis pertunangan pun tak pernah tengok. Kalau dalam TV tu ada la. Aku nak rasai sendiri. Nak berada jugak dalam suasana macam tu. 

Hurmm actually nak sangat rasa, macam mana nak rasa suasana macam tu, ahli keluarga aku semuanya dah kawen tinggal pakcik dan maksu je sebelah Umi. Tu pun dorang takde calon lagi. Lambat lagi la jawabnya. *wink wink. Sebelah abah semua dah kawen. Nak tunggu cousin aku pulak, semua kecik- kecik lagi. Sebab kalau sebelah Umi, aku cucu sulung dan cousin yang paling tua sekali :D Tahun depan nak masuk 21 Tahun :) Tua dah rasa. -,- Jeles sebenarnya takde cousin yang ramai dan lebih tua dari aku. Sobs sobs. Ishhh dah lari tajuk ni. Nak buka buku sedih pulak.

Sampai je rumah Toksu, angkat barang-barang hantaran masuk dalam kereta. Dan ia merupakan pengalaman pertama bagi aku. Dapat jugak la merasa suasana tu ye tak walaupun tak sepenuhnya ! Kami seramai 13 buah kereta. Sampai rumah pengantin dalam pukul 2.30. Tema pink + white. Mesti ad warna kegemaran gue. Huhu. Layan gambar la yee :)


We're familia :D 
Dari atas Maksu, Maklong, Makngah. My cousin Siti Nur Farzana, Ciksu (ibu pengantin lelaki merangkap tok sedara saya :D ) , aku dan Siti Syaza Liyana. Sepupu2 aku tu anak-anak pakngah n makngah. Dua orang je anak dorang :) Yang baju ungu tu tak tahu lah sapa. Huhu


Rombongan hantaran. Peaceee ! Aku pun terkena jugak :P Ingat dah jadi kamerawomen tak kena. Grr nasib kena yang ringan. Suka-suka pengalaman :D


 Maksu.
 Macam berjanji pulak baju maksu dengan warna tema hantaran tu. Huhu



Ngeee...


Tu je yang sempat amek. Tak sempat pun amek gambar dengan pengantin. Huhu
Abang Afnan dan isterinya nama...lupa lah. -,-


Antara hidangan yang disediakan oleh pihak pengantin perempuan untuk kami :D 
Enak banggat. Lama betul nak makan, kena tunggu pengerusi habis cakap dan baru boleh makan. Perut masa ni memang tersangat-sangat la lapar T__T


Paklong n maklong. Love them so much.

Lepas habis je terus ke Midvalley. Jalan-jalan cuci mata. Tuhan je tahu keadaan aku masa tu. Terseksa sangat2. Dengan kasut tinggi. Tempat pulak ramai orang. Grrrr. Kaki pun dah sakit sangat-sangat. Memang rasa nak buat keje gler je masa tu. Buka kasut jalan kaki ayam. Huhu. Kan famous pulak. Masuk dalam youtube 'Gadis berbaju kurung berkaki ayam di Mid valley'. Haha taknak- taknak malu eh. Ok lah. Maaf jika ada yang pening baca entry ini. Aku rasa aku tulis dah macam apa entah. Kalau x faham buat-buat faham je ye :D

Thursday, November 22, 2012

Nilai Air Mata Seorang Lelaki..

Assalamualaikum


Air mata seorang lelaki, 
Andai mengalir kerana kecewa dengan cinta wanita,
Maka hilanglah sifat pemimpinnya.

Air mata seorang lelaki,
Andai mengalir kerana kecewa dengan dunia, 
Maka hilanglah sifat redhanya.

Air mata seorang lelaki, 
Andai mengalir kerana tidak sanggup melihat kesusahan orang tuanya, 
Maka terbitlah sifat belas ehsannya.

Air mata seorang lelaki, 
Andai mengalir kerana terluka, 
Maka hilanglah sifat kekuatannya.

Air mata seorang lelaki, 
Andai mengalirnya kerana takutkan Allah S.W.T,
Maka bergembiralah, 
Kerana air mata yang sedikit itu mampu, 
Memadamkan api neraka kelak.

:) Wassalam.

Wednesday, November 21, 2012

Kena Surprise dari Engedik.

Assalamualaikum !!

Geram, Geram, Geram, Geram !!!!!! Suka sangat buat surprise macam tu. Huh!  Actually aku cedih sangat ye la, aku kan baru sampai kelantan pada Ahad lepas iaitu 18 aribln. Tup tup engedik mesej dia nak pergi Perak keesokkan harinya iaitu semalam 19 aribln dan maybe akan balik pada 26 aribulan iaitu Khamis. Dia cakap banyak urusan yang kena selesaikan sebelum di Praktikal pada awal bulan 12. Aku punyalah sedih, yelah takut tak sempat jumpa, sebab kali ni aku kena ke Perak awal iaitu 28 aribln. Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Grrr (padahal malas nak bagitahu) Huhu. Pujuk jugak lah dia balik awal. Tapi dia pulak suruh aku pergi sana. Huh! 

Pagi tadi dapat mesej dari dia.

Engedik  : Lin, ad nak g mana2 tak hari ni. Nak mintak tolong ?
Aku        : Takde, tapi petang nak atar Ati kat kampus. Bole, nak tolong apa ?
Engedik : Leh tak jumpa adik ling, amek barang dengan dia, lepas tu pos kat ling?
Aku       : Barang apa ? Nak pos sekarang ke?
Engedik : Adalah. T jumpa kat mana2 ok..
*aku pelik gk barang apa yang dia suruh pos sampaikan umi n abah tak leh poskan..

Dan bla bla bla blaa.................Tup tup, adik aku nak pergi kampus pagi. Sebab petang dia kena pegi Terengganu, ada khusus. Maklumlah orang MPP kan. Huhu Mesej lah balik kat engedik tak jadi. Petang tadi dalam pukul 6 lebih dia mesej. 

Engedik : Mlm ni bole kua x? amek barang ngn adik ling..
Aku : Jap nak tanye umi..
*Tanye2 umi pun bagi. Aku ajak umi teman. Sebab tak berani nak drive sorang-sorang malam-malam :D
Aku pun bagitahu dia cakap jadi. Pahtu aku cakap la bawak umi sekali.
Engedik : So, dtg ngn umi la ? alamak, xpyh la lau cmtu.
*aku dah pelik. Nape pulak ? Mesej2 punya mesej last2 dia setuju aku bawak adik teman. Ikutkan dia suruh aku pergi sorang memang taklah. Dah la aku tak kenal adik dia. Segan -,-

Siap-siap cakap kat umi tak jadi bawa umi, nak bawak adik. Umi pun tanpa banyak soal hanya mengiyakan aje :) Janji nak jumpa pukul 9. Tapi aku bertolak pukul 8.40. Dah la dari rumah nak ke Kubang Kerian ambil masa 45 minit. Risau dah dalam hati takut adik dia tunggu lama. Sian pulak kat budak tu. Drive-drive tepat 9.15 aku sampai ditempat yang dijanjikan. Iaitu di Restoren Mirian. Sampai je mak aii ramai glerr manusia. Malu aku dan adik nak masuk. Jadi aku ambil keputusan untuk tunggu dalam kereta aje, sambil menanti adik engedik.

Tunggu punya tunggu. Adik cakap "K.mira tu bukan arm popo ke ?" Tengok kat tingkap arggghhhhh!!!! Rasa nak menjerit je. Sengal betul. Iya-iya je aku ni, patutlah tak bagi bawa umi. Fuh! Geram betul. Dalam geram hati suka sangat. I really appreciate it. Mekasih :))) Sempat lagi tu dia call umi bagitahu. Haha terkejut umi. Bertuahkan budak ni :P. Bukan aku dan engedik je kawan kami pun ad jugak kat sana. Terubat rindu kat dorang semua. Thanks Luqman dan Adam. Tapi kejap jelah aku terpaksa balik awal sebab perjalanan ku masih jauh lagi.. :) Sampai rumah tepat pukul 11.20. Thank you so much :) Terubat linduuu. Haha *Maklumlah 3 minggu aku tak jumpa dia. 

So gediksssss :D
 Salam




Monday, November 19, 2012

My Holiday Story I

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah semalam selamat sampai rumah setelah hampir 3 minggu berkampung di Kajang rumah ayah ngah dan mak ngah :) Orang lain cuti spend time dengan family, aku, hahaha. Family juga apa, cuma dengan my uncle dan my cousin :D Aku pergi sana dengan ayah ngah masa time hari raya korban hari tu. Jadi kegedikan aku nak ikut dia balik Kajang :) Umi dan abah pun bagi aku pergi. Maklumlah dah 6 bulan aku duk umah tak pergi mana-mana kan, sebab praktikal. Bosan jugak, jadi nak keluar ambil angin bandoorrr pulak. Grrrr

Kami balik tak ikut laluan Gua Musang, kami ikut Terengganu. Agak jauh sedikit daripada Gua Musang. Kami sempat singgah di  bandar Terengganu untuk makan tengahari. Maklumlah cuti, memang banyak la kereta time tu, jem sangat.



 Singgah pantai mana entah lupa -,-. Makan sotong celup tepung + minum air kelapa sambil menikmati keindahan pantai yang membuat aku rasa nak mandi je..:) Dalam perjalanan tu, dapat jugak la tengok tempat tinggal or daerah kawan-kawan aku tinggal. Dalam hati, "Ohh sini la Setiu", "Oh sini la Marang kampung Zati", "Dungun ini kampung Naim". Habis keluar nama kawan-kawan aku yang tinggal di Terengganu di sepanjang perjalanan hari tu. Huhu. Time tu mulalah rindukan mereka semua :(

Dan tempat yang aku paling paling paling teruja dan jakun la kejap. Apabila kami melalui bandar Kerteh. Sepanjang jalan kiri kanan aku tengok pusat bahan api iaitu Pusat Pelapisan Minyak Petronas. First time tengok, kagum sangat. Kalau diberi peluang nak sangat masuk dalam tu, tengok macam mana diorang proses dari A to Z. Dah simpan angan-angan nak buat pra perkahwinan dekat area kawasan ni. Hahaha. Baru gempak kan..:D Orang selalu kat pantai, tasik, taman, ladang. Aku kat pelantar..(berangan je tahu) Dalam hati kalau meletup ni, memang satu bandar hancur. (mulut bukan maen lagi kan) :D


Tak sempat nak amek gambar, terlampau khusyuk tengok pemandangan. Jadi copy dari en google je :P

Kami sampai agak lewat iaitu pukul 12 lebih sebab dari Gambang sampai tol mana entah, Jem sangat-sangat. Rupanya ada accident dekat Genting Sepah. Lori terbalik. Disebabkan accident kami terpaksa mengharungi satu kesesakan yang agak teruk. Sampaikan tandas kat plus pun beratur panjang. Huhu Ok la itu aje untuk entry yang pertama. Next entry will be coming :) 

Salam.


Wednesday, November 14, 2012

Aku Insan....

Aku insan yang tidak sempurna,
Aku insan yang serba kekurangan,
Aku insan yang tidak pernah bersyukur,
Aku insan yang tidak berdaya,
Aku insan yang lemah,
Aku insan yang tidak kuat,
Aku insan yang hina, 
Aku insan yang tersangat alpa dengan dunia ciptaanMu,
Aku insan yang tidak takut akanNya,
Aku insan yang tidak pernah serik melakukan dosa,
Aku insan yang sentiasa ingkar dengan perintahnya,
Aku insan yang sentiasa melalaikan segala urusanNya.

Sekadar hiasan :D
Tetapi...
Aku ingin berubah, 
Aku ingin berjaya, 
Aku  ingin menjadi kesayanganMu,
Aku ingin sentiasa dirahmatiMu,
Aku ingin menjadi sebahagian dari ahli2 syurgaMu,
Aku ingin jadi yang terbaik,
Aku ingin jadi yang sempurna.
 Aku ingin memperbaiki setiap kelemahan-kelemahan yang ada,
Ya Allah, aku bersyukur kerana masih diberi kesempatan
untuk terus menjalani kehidupan sebagai hambamu dimuka bumi ini
sebelum aku dikembalikan kepadaMu.
Kau berikanlah aku jalan yang diredhaiMu,
pimpinlah tangan ini ke haluan yang sebenar-benarnya,
sedarkanlah aku sebelum aku hanyut dengan duniawiMu ini. 
Kerana aku masih gagal menjadi hamba yang sempurna.
Subhanallah.



Tuesday, November 6, 2012

Padan muka..

Assalamualaikum n good morning  :)

Semalam aku dan engedik dah kembali macam biasa.
Setelah hampir 3 minggu kami senyap seribu bahasa. Huhu
Tapiiii......
Semalam aku tersilap cakap, membuatkan dia terasa dengan aku..grrrrrr

p/s : Kepada yang sedang memduduki SPM, good luck yee..If you do good in your SPM, you get good result, it is actually a step further to success.Sebelum jawab baca bismillah terlebih dahulu. Dan yang penting pohon restu kepada kedua ibubapa kita :D To my dear, Rabiatul Adawiyah..do the best..make your parent proud of  you.

Me n Cikda a.k.a Rabiatul Adawiyah
:)

Thursday, November 1, 2012

1st November 2012

Assalamualaikum :)
Olla November baibai Oktober..:D


My Mr. Smurf :D


Bersandar kejap..Huhu

*miss my engedik..dia dah lupakan saya buat seketika. So sad. Hurmmm tidurku kini tanpa ditemani dia..Hoho celalunya kalau nak tidur mesti dengar dia membebel dulu, sekarang dah lebih 2 minggu tak dengar suara dia. Sampainya hatimu menyeksa diriku..(perghh ayat aku..*wink wink)

p/s : Semoga bulan baru ini dapat memberikan 
seribu kekuatan, ketabahan, kejayaan, dan kebahagiaan dalam  apa jua aspek. Semoga kita menjadi insan yang tabah dan sabar dalam menempuhi ujian dariNya.
may Allah bless u all :) 
Adiosss