Monday, November 19, 2012

My Holiday Story I

Assalamualaikum :)

Alhamdulillah semalam selamat sampai rumah setelah hampir 3 minggu berkampung di Kajang rumah ayah ngah dan mak ngah :) Orang lain cuti spend time dengan family, aku, hahaha. Family juga apa, cuma dengan my uncle dan my cousin :D Aku pergi sana dengan ayah ngah masa time hari raya korban hari tu. Jadi kegedikan aku nak ikut dia balik Kajang :) Umi dan abah pun bagi aku pergi. Maklumlah dah 6 bulan aku duk umah tak pergi mana-mana kan, sebab praktikal. Bosan jugak, jadi nak keluar ambil angin bandoorrr pulak. Grrrr

Kami balik tak ikut laluan Gua Musang, kami ikut Terengganu. Agak jauh sedikit daripada Gua Musang. Kami sempat singgah di  bandar Terengganu untuk makan tengahari. Maklumlah cuti, memang banyak la kereta time tu, jem sangat.



 Singgah pantai mana entah lupa -,-. Makan sotong celup tepung + minum air kelapa sambil menikmati keindahan pantai yang membuat aku rasa nak mandi je..:) Dalam perjalanan tu, dapat jugak la tengok tempat tinggal or daerah kawan-kawan aku tinggal. Dalam hati, "Ohh sini la Setiu", "Oh sini la Marang kampung Zati", "Dungun ini kampung Naim". Habis keluar nama kawan-kawan aku yang tinggal di Terengganu di sepanjang perjalanan hari tu. Huhu. Time tu mulalah rindukan mereka semua :(

Dan tempat yang aku paling paling paling teruja dan jakun la kejap. Apabila kami melalui bandar Kerteh. Sepanjang jalan kiri kanan aku tengok pusat bahan api iaitu Pusat Pelapisan Minyak Petronas. First time tengok, kagum sangat. Kalau diberi peluang nak sangat masuk dalam tu, tengok macam mana diorang proses dari A to Z. Dah simpan angan-angan nak buat pra perkahwinan dekat area kawasan ni. Hahaha. Baru gempak kan..:D Orang selalu kat pantai, tasik, taman, ladang. Aku kat pelantar..(berangan je tahu) Dalam hati kalau meletup ni, memang satu bandar hancur. (mulut bukan maen lagi kan) :D


Tak sempat nak amek gambar, terlampau khusyuk tengok pemandangan. Jadi copy dari en google je :P

Kami sampai agak lewat iaitu pukul 12 lebih sebab dari Gambang sampai tol mana entah, Jem sangat-sangat. Rupanya ada accident dekat Genting Sepah. Lori terbalik. Disebabkan accident kami terpaksa mengharungi satu kesesakan yang agak teruk. Sampaikan tandas kat plus pun beratur panjang. Huhu Ok la itu aje untuk entry yang pertama. Next entry will be coming :) 

Salam.


No comments:

Post a Comment