Sunday, November 25, 2012

My Holiday Story II

Assalamualaikum

Next entry nak citer pasal kawen. Grr. Siapa kawen aku ke ? *Perasan je :P
11.11.12 aku ke Shah Alam untuk menghadiri satu majlis perkahwinan sepupu Umi. Sebab aku je ada aku lah yang mewakili bagi pihak keluarga. :) Kami mewakili rombongan pengantin lelaki.

We're ready !! Maksu, my cousin n me.

Seriously, sepanjang hidup aku ni kan, aku tak pernah pun rasa suasana perkahwinan dalam kalangan keluarga aku sendiri. Macam mana nak rasa dah tak kawen lagi kan. Ape daaa!! Bukan macam tu maksud saya -,- tak pernah rasa or tengok orang akad nikah macam mana, suasana di malam berinai, lihat persiapan pengantin macam mana, sanak-saudara bertungkus-lumus menyediakan keperluan-keperluan untuk hari perkahwinan, suasana bungkus-bungkus coklat, suasana buka-buka hadiah pada malamnya. Aishhh mesti meriah kan dapat berkumpul ramai-ramai. 
Majlis pertunangan pun tak pernah tengok. Kalau dalam TV tu ada la. Aku nak rasai sendiri. Nak berada jugak dalam suasana macam tu. 

Hurmm actually nak sangat rasa, macam mana nak rasa suasana macam tu, ahli keluarga aku semuanya dah kawen tinggal pakcik dan maksu je sebelah Umi. Tu pun dorang takde calon lagi. Lambat lagi la jawabnya. *wink wink. Sebelah abah semua dah kawen. Nak tunggu cousin aku pulak, semua kecik- kecik lagi. Sebab kalau sebelah Umi, aku cucu sulung dan cousin yang paling tua sekali :D Tahun depan nak masuk 21 Tahun :) Tua dah rasa. -,- Jeles sebenarnya takde cousin yang ramai dan lebih tua dari aku. Sobs sobs. Ishhh dah lari tajuk ni. Nak buka buku sedih pulak.

Sampai je rumah Toksu, angkat barang-barang hantaran masuk dalam kereta. Dan ia merupakan pengalaman pertama bagi aku. Dapat jugak la merasa suasana tu ye tak walaupun tak sepenuhnya ! Kami seramai 13 buah kereta. Sampai rumah pengantin dalam pukul 2.30. Tema pink + white. Mesti ad warna kegemaran gue. Huhu. Layan gambar la yee :)


We're familia :D 
Dari atas Maksu, Maklong, Makngah. My cousin Siti Nur Farzana, Ciksu (ibu pengantin lelaki merangkap tok sedara saya :D ) , aku dan Siti Syaza Liyana. Sepupu2 aku tu anak-anak pakngah n makngah. Dua orang je anak dorang :) Yang baju ungu tu tak tahu lah sapa. Huhu


Rombongan hantaran. Peaceee ! Aku pun terkena jugak :P Ingat dah jadi kamerawomen tak kena. Grr nasib kena yang ringan. Suka-suka pengalaman :D


 Maksu.
 Macam berjanji pulak baju maksu dengan warna tema hantaran tu. Huhu



Ngeee...


Tu je yang sempat amek. Tak sempat pun amek gambar dengan pengantin. Huhu
Abang Afnan dan isterinya nama...lupa lah. -,-


Antara hidangan yang disediakan oleh pihak pengantin perempuan untuk kami :D 
Enak banggat. Lama betul nak makan, kena tunggu pengerusi habis cakap dan baru boleh makan. Perut masa ni memang tersangat-sangat la lapar T__T


Paklong n maklong. Love them so much.

Lepas habis je terus ke Midvalley. Jalan-jalan cuci mata. Tuhan je tahu keadaan aku masa tu. Terseksa sangat2. Dengan kasut tinggi. Tempat pulak ramai orang. Grrrr. Kaki pun dah sakit sangat-sangat. Memang rasa nak buat keje gler je masa tu. Buka kasut jalan kaki ayam. Huhu. Kan famous pulak. Masuk dalam youtube 'Gadis berbaju kurung berkaki ayam di Mid valley'. Haha taknak- taknak malu eh. Ok lah. Maaf jika ada yang pening baca entry ini. Aku rasa aku tulis dah macam apa entah. Kalau x faham buat-buat faham je ye :D

4 comments: