Sunday, January 27, 2013

I'm Sorry


Assalamualaikum semua.


 This is all i want u to know. I AM SORRY. Didn't mean to hurt u my dear friend.
nak mintak maaf sangat kat kawan saya. Seorang sahabat yang penah berkongsi masalah dengan saya.
Awak...
Ingat tak dulu kite selalu share2 cerita. Time saya sedih, awak dengar luahan hati saya. Dan bila awak sedih, saya jadi good listener awak. Walaupun kite mengadu semua itu dalam fon je. Saya sayang awak sahabat.
Ingat tak awak pernah tetibe je menangis time saya call awak. Saya pun jadi menangis.
Menangis pun kite kongsi apatah lagi gelak ketawa.
Sangat bahagia sebab punya teman yang setia dan memahami time tu.
Saya harap awak tak lupa semua itu. Semua kenangan itu saya takkan lupa sampai bila-bila kecuali kalau saya hilang ingatan atau saya dah takde kat dunia ni.
saya MINTAK MAAF awak.
Percayalah, ape yang saya buat, satu je niat saya. Saya nak awak BAHAGIA dan tak pernah terlintas nak jadi seperti ini semua. Maybe it become worst, bukan lagi better :'(
Saya taknak hilang awak sebagai kawan. Tapi saya dapat rasakan yang saya dah pun kehilangan awak. Apa-apa  pun, saya sentiasa doakan kesejahteraan awak, kejayaan awak di dunia dan akhirat. Lagi sekali mintak maaf. SORRY

Saya sayang awak dari A sampai Z!!

Salam..

Thursday, January 24, 2013

Apabila jari jemari ku menari.

Assalamualaikum..

Ramai yang bertanya kepada aku kalau-kalau suatu hari nanti apa yang aku harapkan tidak seperti yang aku inginkan. Dan mungkin juga sesuatu yang aku inginkan akan dapat juga walaupun agak lama untuk aku mengecapi semua itu. Aku tak tahu kenapa aku boleh jadi sekuat dan setabah ini. Walaupun kadang-kadang hati ini menangis sendirian. Salahkah aku cuba mempertahankan sesuatu yang aku rasa ia adalah untukku? Salahkah aku cuba mengharapkan sesuatu yang aku rasa ia adalah pelengkap hidupku? Salahkah jika aku mencintai dan menyayanginya walaupun agak sukar untuk aku menggapainya? Mungkin suatu hari nanti aku yang sengsara dan sakit. Aku tahu ianya menyakitkan dan aku tahu ianya sangat pedih sekiranya segala yang aku harapkan dan inginkan tidak seperti yang aku impikan. Tapiiiii entahlah, aku pun tak pasti bolehkah aku hadapi semua? Aku tahu apa yang aku tahu, dan apa yang orang lain tak tahu.
*Dah macam penulis novel kan. Doakan yee suatu hari nanti kalau ada rezeki. Insyaallah. 

***********
Si A : Setianya budak ni ?
Si B : Ha'a kan, setia sangat. Tapi entah orang sana setia ke x?
Aku : Alaaa kitorang bukan ada pape pun.
Si A dan Si B elehhh, yelah tu. Tak de pape konon. Tapi kami doakan hangpa dua ada jodoh. Because both of you so funny and sweet. Kembang kejap bila kena puji :P Aminnnn #eh. Dalam otak sempat berfikir macam mana aku nak terangkan dekat dorang ek. Nak terangkan macam mana aku sendiri pun pening. Lol.

Si C : Weh, kalau dia ajak hang kapel, hang nak dak ?
Aku : Ngee.. Taktahu. *dulu tak boleh terima tapi sekarang i'm good girl and understanding person. Huhu (sila muntah)
Terlalu ramai dah yang tanyakan soalan tu dekat aku, sampai aku rasa macam artis je. Hahaha *pengsan kejap. Takmau kapel-kapel nak kahwin terus. -,- Bercintan lepas kahwinkan best. Wahhh gituuu !!! Peace no worr uollsss.

Tapi, alhamdulillah aku bahagia sangat dengan kehidupan aku sekarang ni. Walaupun kadang-kadang rasa macam terumbang-ambing kejap. Huhu. Bersyukur sangat-sangat aku masih lagi diberi kesempatan untuk bersama-sama mereka yang aku sayangi. Lol. Soal isi hati aku ni, biarlah dulu yoo. Kalau ada ada, kalau takde sila gigit telinga :P


Semalam aku baru je habis baca novel di atas. Nak share cikit. Novel ini tersangat sangat-sangat sweet. Aku bagi 9 bintang. Winkwink. Sambil-sambil tu kena bebel dengan engedik sebab aku beli novel baru. Meh nak habaq mai cikit kenapa Suamiku, Encik Perfect 10! 

 " Ada 10 ciri-ciri yang ada pada abang yang menepati ciri-ciri suami pilihan Leeya.
 Beriman, baik, romantik, sensitif, kelakar, pandai masak, hormat orang tua, 
pandai memujuk, pandai merajuk dan sabar. " 
Petikan dari novel tersebut. :D

p/s : Rasa-rasa engedik ada tak dalam 10 ciri-ciri tersebut. :)))) Jeng jeng jeng. Dulu selalu berdua, sekarang ku sendirian. Miss him so muchhh. 
Take care people.
Salam.
Buibui


Tuesday, January 8, 2013

Update kejap !!!

Assalamualaikum dan selamat tengahari :)

Hari ni mood agak sentimentol cikit. Tak tahu benda apa yang masuk ke dalam otak gua dan memberi aku mood yang ngeee sengall je aku rasa. Huhu -,- Entri kali untuk peringatan untuk anda, anda dan juga anda, juga termasuk untuk diri saya sendiri :D

Disaat kamu ingin melepaskan seseorang, ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya..
Disaat kamu mulai tidak mencintainya, ingatlah saat pertama kali kamu jatuh cinta padanya..
Disaat kamu ingin menduakannya, bayangkan jika dia selalu setia,
Disaat kamu ingin menbohonginya, ingatlah disaat dia jujur padamu.
Maka kamu akan merasakan erti dia untukmu.
Jangan sampai disaat dia sudah tidak disisimu, kamu baru menyedari semua erti dirinya untukmu.

Yang indah hanya sementara
Yang abadi adalah kenangan
Yang ikhlas hanya dari hati
Yang tulus hanya dari sanubari
 Tidak mudah mencari yang hilang,
Tidak mudah mengejar impian,
 Namun yang lebih susah mempertahankan yang ada,
 kerana walaupun tergenggam erat pasti terlepas juga.

Ingatlah pada pepatah,  
 "Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini"

Jangan terlalu membuat penilaian
Jangan hanya mahu menang sendiri
Jangan suka sakiti sesama apalagi terhadap mereka yang berjasa kepada kita
Belajarlah tiada hari tanpa kasih
Selalu berlapang dada dan mengalah
Memaafkan mereka yang pernah berbuiat salah kepada kita,
Berdoalah kebahagiaan mereka, tidak perlu ada satu perasaan dendam,
kerana ia hanya akan membinasakan diri sendiri.
*Hargailah mereka yang kita sayang selagi mereka masih ada.

p/s  : sempat lagi meng'update walaupun kejap lagi ad kelas pukul 2.00pm. -,-

Ok mandi kejap. 
Salam and have a nice day ! 
1.08 pm.

Tuesday, January 1, 2013

1st January 2013

Assalamualaikum :) Hye semua.

Apa kabo semuanya, harap semua sihat-sihat belako lah yo :) Serious teman rindu bebenor dengan blog teman yang tercintam ni. Lama giler rasa tinggalkan dunia blogger yang sangat awesome ni :D. Maaf sejak masuk semester akhir ni, terasa diri ini tidak tentu arah. Banyak sangat kerja yang datang tanpa sempat diri ini berehat. Ngee. Ayat klasik gitu *sila menyampah


Syukur Alhamdulillah, kita semua masih diberikan peluang oleh Allah swt untuk bernafas di muka bumi ini. 1st of January 2013, rasa macam sekejap sangat masa berlalu kan? Rasanya macam tak percaya 365 hari tahun 2012 sudah berlalu pergi meninggalkan kita.

Hurmm Ini je kot entry untuk awal tahun bagi tahun 2013. Sejak akhir-akhir ni otak aku teramat la beku, tak tahu la kenapa. Wahai idea-ideaku kemana kau menghilang ??? -,- Walaupun aku hari ni cuti sempena Tahun Baru tapi aku hanya di rumah sambil menghadap kerja-kerja yang perlu diselesaikan. Hmm. Cuti tak rasa macam cuti pun. So sadd. Nak pergi jalan. Grr. Update ni pun sambil-sambil buat esimen sebenarnya. Itu yang idea takde.*semangat gitu nak meng'update blog :D
p/s : Semoga tahun baru lahir azam yang baru ok engedik :P

Peace. Baibaiii