Thursday, January 24, 2013

Apabila jari jemari ku menari.

Assalamualaikum..

Ramai yang bertanya kepada aku kalau-kalau suatu hari nanti apa yang aku harapkan tidak seperti yang aku inginkan. Dan mungkin juga sesuatu yang aku inginkan akan dapat juga walaupun agak lama untuk aku mengecapi semua itu. Aku tak tahu kenapa aku boleh jadi sekuat dan setabah ini. Walaupun kadang-kadang hati ini menangis sendirian. Salahkah aku cuba mempertahankan sesuatu yang aku rasa ia adalah untukku? Salahkah aku cuba mengharapkan sesuatu yang aku rasa ia adalah pelengkap hidupku? Salahkah jika aku mencintai dan menyayanginya walaupun agak sukar untuk aku menggapainya? Mungkin suatu hari nanti aku yang sengsara dan sakit. Aku tahu ianya menyakitkan dan aku tahu ianya sangat pedih sekiranya segala yang aku harapkan dan inginkan tidak seperti yang aku impikan. Tapiiiii entahlah, aku pun tak pasti bolehkah aku hadapi semua? Aku tahu apa yang aku tahu, dan apa yang orang lain tak tahu.
*Dah macam penulis novel kan. Doakan yee suatu hari nanti kalau ada rezeki. Insyaallah. 

***********
Si A : Setianya budak ni ?
Si B : Ha'a kan, setia sangat. Tapi entah orang sana setia ke x?
Aku : Alaaa kitorang bukan ada pape pun.
Si A dan Si B elehhh, yelah tu. Tak de pape konon. Tapi kami doakan hangpa dua ada jodoh. Because both of you so funny and sweet. Kembang kejap bila kena puji :P Aminnnn #eh. Dalam otak sempat berfikir macam mana aku nak terangkan dekat dorang ek. Nak terangkan macam mana aku sendiri pun pening. Lol.

Si C : Weh, kalau dia ajak hang kapel, hang nak dak ?
Aku : Ngee.. Taktahu. *dulu tak boleh terima tapi sekarang i'm good girl and understanding person. Huhu (sila muntah)
Terlalu ramai dah yang tanyakan soalan tu dekat aku, sampai aku rasa macam artis je. Hahaha *pengsan kejap. Takmau kapel-kapel nak kahwin terus. -,- Bercintan lepas kahwinkan best. Wahhh gituuu !!! Peace no worr uollsss.

Tapi, alhamdulillah aku bahagia sangat dengan kehidupan aku sekarang ni. Walaupun kadang-kadang rasa macam terumbang-ambing kejap. Huhu. Bersyukur sangat-sangat aku masih lagi diberi kesempatan untuk bersama-sama mereka yang aku sayangi. Lol. Soal isi hati aku ni, biarlah dulu yoo. Kalau ada ada, kalau takde sila gigit telinga :P


Semalam aku baru je habis baca novel di atas. Nak share cikit. Novel ini tersangat sangat-sangat sweet. Aku bagi 9 bintang. Winkwink. Sambil-sambil tu kena bebel dengan engedik sebab aku beli novel baru. Meh nak habaq mai cikit kenapa Suamiku, Encik Perfect 10! 

 " Ada 10 ciri-ciri yang ada pada abang yang menepati ciri-ciri suami pilihan Leeya.
 Beriman, baik, romantik, sensitif, kelakar, pandai masak, hormat orang tua, 
pandai memujuk, pandai merajuk dan sabar. " 
Petikan dari novel tersebut. :D

p/s : Rasa-rasa engedik ada tak dalam 10 ciri-ciri tersebut. :)))) Jeng jeng jeng. Dulu selalu berdua, sekarang ku sendirian. Miss him so muchhh. 
Take care people.
Salam.
Buibui


1 comment: