Thursday, February 21, 2013

Outing Aeon Seri Manjung

Assalamualaikum semua :)

Ku kira agak lama tak mengarang. Ku kira agak lama jugak tidak menanyakan khabar kalian semua. Ku kira kalian pun sudah lupa akan kewujudan blog ini. *macam la femes sangat.oho 
 Ku haruslah menikmati cuti yang diberikan selama seminggu dengan sebaik-baiknya, sebab lepas ni dah takde cuti dan susah nak balik kalau setakat saja-saja suka suka nak balik -,- Kerja bakal menghantuiku dan meminta untuk disiapkan dengan kadar yang segera.
:P

Entry kali ni nak citer tentang kegilaan kami keluar jalan-jalan di Aeon baru di Seri Manjung. 
Tujuan asalnya hanya nak pergi makan dekat area Seri Iskandar je sebab baru sampai jadi malas nak masak jadi buat keputusan makan dekat luar je. Kebetulan pulak sebab sepanjang perjalanan kami tu, kami tak berhenti makan, just hanya berhenti isi minyak dan solat je. Makan makanan ringan-ringan jelah dalam kereta. Mestilah laparkan. Dari pagi tak makan. Hoho. Bincang punya bincang tup tup terlajak sampai ke Manjung. -,- Konon nak habiskan sisa baki cuti yang tak habis lagi dan nak kenal Aeon baru. *tu pun nak pergi kenal ke. Grrr. Tapi disebabkan kami ni memang kaki jalan dan tak pernah kenal erti penat. 
Redah je. -.- Padahal esoknya ada kelas. 


Sebelum jalan-jalan tawaf satu Aeon tu, kami singgah makan dulu. Tanya nak makan apa, pikir punya pikir last-last Secret Recipe menjadi pilihan kami. Demand gilerr. Lol.


Taaadaaaaaaa :)


Muka kanak-kanak ribena kekenyangan macam ni la jadinya. =)


Kami gila gambar. Hoho. Pantang nampak tempat yang menarik, terus nak berposing. Tak peduli dah dengan orang sekeliling duk tengok-tengok. Lalalala






Ala-ala mak datin gitu. Ada peluang tak dorang ni??


Siti Nur'Aisyah, Raja Azlinda, Me, Hafidzah dan Nur Najwa
Sahabat untuk selamanya,
bersama untuk selamanya,
kau dan aku sahabat untuk selamanya setiaaaaaaa.

Lepas semua penat bergambar dan  pusing-pusing jelajah satu Aeon, kami  pergi tengok wayang kat Sitiawan pulak. Sampai sana tengok kebanyakkannya semua movie-movie cerita cina. Almaklumlah, raya dorang tak habis lagi. Movie pun semua cerita-cerita dorang la kan. Blur kejap nak tengok cerita apa, last-last 'A GOOD DAY TO DIE HARD'  menjadi sasaran kami berlima. -,-


A Good Day to Die Hard inimenceritakan aksi seorang ayah, John Mc Clane (Bruce willis) yang sedang berlibur ke Russia untuk membebaskan sang anak, Jack (Jai Courtney) dari penjara. Bukannya membebaskan Jack, namun sang ayah malah ikut serta dalam rencana sang anak- yang merupakan anggota CIA - untuk membebaskan sang tahanan politik Yuri Komarov (Sebastian Koch) beserta berkas yang disimpan oleh Yuri. 

Namun di tengah-tengah upaya pembebasan sang napi, Keluarga Mc Clane ini terhambat oleh putri Komarov sendiri yaitu Irina (Yuliya Snigir) yang bekerja untuk Chagarin (Sergei Kolesnikov)- rival Yuri – yang ingin menguasai berkas yang di simpan Yuri. Dan akhirnya Yuri di tawan oleh Irina dan anak buah Chagarin.

Usaha penyelamatan Yuri pun kembali dilakukan, namun John dan Jack mengetahui kebenarannya saat membebaskan Yuri dari tangan Irina dan Charigan. Ternyata Yuri dan Irina merupakan bagian dari teroris Rusia yang telah merencanakan sesuatu sebelumnya untuk membunuh Charigan dan Menguasai Nuklir yang telah di simpan oleh Yuri selama 5 tahun. Akhirnya dua McClanes ini pun berusaha menemukan cara untuk melawan dan menghentikan kejahatan itu.

*Sumber dari encik google :). Best sangat-sangat. Rasa nak tengok lagi.
Cerita yang penuh dengan aksi keganasan. Hoho

:)
Jumpa lagi di next entry. Adiossss

No comments:

Post a Comment