Saturday, April 27, 2013

What should i do ?

Assalamualaikum :)

Korang-korang pernah tak rasa macam apa yang aku rasa sekarang ni. Ngeee. Janji dengan kawan baik korang dan tup tup last-last minutes cancel. Perhhhh memang sakitkan. Sumpahh aku tak tahu nak cakap macam mana. Siyessss akuuuuuuuu terlalu lalu lalu sedih dan teramat la serba salah.

Actually, hari ni aku ada date dengan my cayam. Sempena nak sambut birthday aku semalam. Dah 4 5 hari dah dia ajak aku keluar, sebab aku memang dah lama gilaaa tak jumpa dengan dia, hampir 2 bulan tapi sejak-sejak aku balik ni, memang susah nak spend time dengan dia, sebab kena amek budak-budak kat sekolah, hantar dorang balik hostel dan sebagainya. Maybe waktu tu dia paham  dan cuba memahamilah kan, dan tibanya hari ni, aku memang confident habiss laaa, hari ni target memang nak jumpa dia. Sebelum itu, semalam dia ada mesej tanya jadi tak sebab dia nak beli barang nak mintak En Chef kesayangan dia masak untuk aku hari ni.  Wahhh rasa bangga sangat. Dah lama mengidam nak rasa air tangan En Chef tu. Dan aku baru perasaan yang lesen kereta aku tamat tempoh semalam iaitu 26.04.2013. Memang dalam hati dah terpikir memang harapan lah abah nak bagi kan aku keluar. Tapi aku cuba sedapkan hati jugak, doa ni dalam hati mintak-mintak abah sejuk hati nak bagi aku keluar esok.

Bangun pagi tadi, baca bismillah terus pergi cakap kat abah

Me : Abah kak mira nak pergi umah Mimi ni, bolee laa x?
Abah : Lesenkan tak hidup tu. Kan ada polisss, macam mana?
Me : Hmmm *muka dah sedihh

Terus masuk bilik dengan airmata dah mengalir keluar, mesej kat Mimi dengan hati yang dup dap dup dap. Hanya tuhan je yang tahu macam mana perasaan aku masa tu, cakap jugak la nak tak nak pun tak boleh pergi. Dan macam yang aku pikirkan dia memang betul-betul kecewa. Yelaa semua barang dah beli tunggu nak masak je. Aku apa lagi lah laju airmata mengalir, time tu memang serba salah yang teramat sangat. Time-time macam ni laa lesen nak tamat tempohhh. Down teruss. Takpe aku cari jugak alasan pujuk abah, dan abah pun bagi. Aku pergi sana dengan motor. Ok, senyum selebar-lebarnya. Alhamdulillah sangat-sangat. Terus cepat-cepat mesej kat Mimi, bagitahu abah bagi aku pergi. Kejap bagi kejap tak, aku pun pening. Turun dari katil pergi mandi makan dan terus ciap.

Tup tup tup.
Again, again and again
****
Abah : Kak mira tak payah pergi la yee, cakap kat Mimi lain kali. 
Bukan abah tak bagi tapi takut ada polis.
Me : Alaaaa, lalu kat jalan Panji mesti takde polis.
Abah : Sabaa laa, nanti dah ciap lesen jumpa la nak jumpa pun, abah tak kisahh.
Me : *dushhh.

Terus call engedik, mengadu kat dia hurmmm kena bebel terus sekaligus kena marah. Ngeee. Engedik pun suruh aku mesej Mimi cakap leklok dengan dia. Hmmm dalam hati cedihh dan takut sangat. Mesti dia marah gilaaa, bukan mesti tapi P A S T I. Huh! Nak tak nak aku kena mesej jugak sebab kan dia tertunggu-tunggu pulak, dan macam yang aku bayangkan, memang dia marah walaupun dia hanya balas, "tak pelah", "dah tak pelah." Hmmmm. Sobs sobss. Memang aku tak tahu dah nak balass apaa. Seram sejuk je rasa. Sumpahh tak pernah rasa macam ni, bukan selalu aku tak jadi keluar dengan dia, ada jugak kadang-kadang keadaan yang tak dapat dielakkan, cuma kali ni aku pun tak tahu kenapa sedih sangat dan grrr tak tahu la nak cakap macam mana. Siyesss aku sedihh teramat sangat, maybe sebab aku harap sangat-sangat dapat jumpa dengan dia hari ni. Memang dah lama sangat aku tak jumpa dia.  Teramaaat rinduuu. Macam-macam ingat nak story mory hari ini. 

To My Cayam :

Maafkan diri ini telah membuat kamu terluka, 
 Maafkan diri ini telah membuat kamu kecewa, 
Maafkan diri ini sekiranya telah menyakiti hatimu, 
Maafkan diri ini telah menyusahkan kamu,
Maafkan diri ini telah mungkiri janji.
Maafkan diri ini terpaksa batalkan semuanya :'(
I'm really really sorry dear. Tak niat pun nak buat semua ni.

p/s : Segala yang telah dirancang tidak akan sempurna atau berjalan dengan lancar sekiranya Dia tidak mengizinkan.

Monday, April 22, 2013

Berakhirnyaaaaa..

Assalamualaikum 

Alhamdulillah selama 3 tahun selesai sudah tugas aku sebagai seorang mahasiswa di UITM Perak. Insyaallah kalau takde paper yang sangkut aku bakal mengenggami segulung diploma pada hujung tahun ini. :) Dan aku berharap takkan ada  mana-mana paper yang fail. Tak meletakkan harapan yang tinggi sebab takut akan kecewa. Hmm

Tadi baru sampai umah pukul 7.30. Sakit gilaaa pinggang, rasa nak amek cabut letak dalam almari. Grr. Lama sangat duduk dalam kereta. Jamm kejap. Hoho. Sepanjang perjalanan rasa berat sangat sangat hati ni nak berpisah dengan kawan-kawan yang telah hampir 3 tahun menemaniku, menjadi teman suka duka. Harap persahabatan kami ni tak akan terputus begitu saja.


Jalan2 buat kali terakhir, sebelum balik ke negeri masing-masing. Yang tinggal hanya kami berempat je selama 3 hari. Yang lain semua dah balik. :( So kami jelaa yang sakan berjalan. 
Dan ni ialah esimen yang terakhir, alhamdulillah sebelum balik tadi dah hantar. 


My thesis : Kemudahan tempat letak kereta di Jalan Pintu Pong, Kota Bharu

Ok laa tu aja nak share. Takde motif pun saja je nak menaip malam ni. 
Nantikan entry seterusnya ALKISAH KAMI. Insyaallah 
Buibui. Nighttt 
:)

Wednesday, April 10, 2013

Our date :)

Assalamualaikum.

Hang out with my lovely friend pada hari Jumaat lepas ke Teluk Batik. Dah lama sebenarnya mengidam nak naik banana boat. Akhirnya kami ke sana walaupun masih lagi dalam mood exam. Huhu. Semata-mata nak naik benda alah tu -,-


Readyy!!!


Goooo!!


Jatuh sudahhh !!!


Dushhhh! 

Muka hepi selepas kena campak dalam air yang teramat masin. Huhu


Naik boat melawat pulau yang berdekatan. :) 
Muka semua excited, orang tak pernah naik boat kan. 
Hoho. Termasuk diri ini. Lalala. 
Dalam kepala macam-macam dok pikir. Grr

Hari Terbuka TLDM :) Di Pangkalan TLDM
Tempat ku membesar dan bermain selama 6 tahun. Mindu sangat..


Dulu selalu pagi2 bangun tidur tengok abah tengah bersiap-siap untuk ke tempat kerja dengan uniform Navy serba putih. Hensemmm sangat2. :) Sekarang dah pencen. 


  Muka saya bolattt. Hoho. Tertinggal scraf. T__T 


Tetamu undangan kami :) #uyusoda a.k.a Nur Zafirah

Taman Paya Bakau
Aku dengan Kak Asmani je yang turun menikmati keindahan taman paya bakau ni.
Yang lain semua tak turun takut, sebab tempat ni ada monyet. :) Macam mana last-last sem aku baru nak jejak kaki kat cini. Aisshhhh. Jom tengokk gambarrr.


Muka dah gelap, gara-gara berendammm tadi. Huwaaa. *bukan memang dah gelap ke??
Huh!


Peace..my comeyyy :) 



Me n Kak Asmani. Mindu akak. Huwaaaa.



Jom naik titi gantung :) Tempat ni tersangat la luas. Tengok dari luar macam kecik je. Sekali masuk. fuhhh! Tak larat nak jalan nak habaq hang. Sempat lagi duk pikir nak bawak engedik datang sini. Hoho. Sempat dengan tak sempat je laaa. Grrr


Ala2 model titi gantung gitu. >,<


:)
Buibuiii.
Have a nice day people.

Wednesday, April 3, 2013

Permata Yang Dicari ~ Lirik je


Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniann Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya 
Kematangannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

:)
Night. Assalamualaikum