Saturday, April 27, 2013

What should i do ?

Assalamualaikum :)

Korang-korang pernah tak rasa macam apa yang aku rasa sekarang ni. Ngeee. Janji dengan kawan baik korang dan tup tup last-last minutes cancel. Perhhhh memang sakitkan. Sumpahh aku tak tahu nak cakap macam mana. Siyessss akuuuuuuuu terlalu lalu lalu sedih dan teramat la serba salah.

Actually, hari ni aku ada date dengan my cayam. Sempena nak sambut birthday aku semalam. Dah 4 5 hari dah dia ajak aku keluar, sebab aku memang dah lama gilaaa tak jumpa dengan dia, hampir 2 bulan tapi sejak-sejak aku balik ni, memang susah nak spend time dengan dia, sebab kena amek budak-budak kat sekolah, hantar dorang balik hostel dan sebagainya. Maybe waktu tu dia paham  dan cuba memahamilah kan, dan tibanya hari ni, aku memang confident habiss laaa, hari ni target memang nak jumpa dia. Sebelum itu, semalam dia ada mesej tanya jadi tak sebab dia nak beli barang nak mintak En Chef kesayangan dia masak untuk aku hari ni.  Wahhh rasa bangga sangat. Dah lama mengidam nak rasa air tangan En Chef tu. Dan aku baru perasaan yang lesen kereta aku tamat tempoh semalam iaitu 26.04.2013. Memang dalam hati dah terpikir memang harapan lah abah nak bagi kan aku keluar. Tapi aku cuba sedapkan hati jugak, doa ni dalam hati mintak-mintak abah sejuk hati nak bagi aku keluar esok.

Bangun pagi tadi, baca bismillah terus pergi cakap kat abah

Me : Abah kak mira nak pergi umah Mimi ni, bolee laa x?
Abah : Lesenkan tak hidup tu. Kan ada polisss, macam mana?
Me : Hmmm *muka dah sedihh

Terus masuk bilik dengan airmata dah mengalir keluar, mesej kat Mimi dengan hati yang dup dap dup dap. Hanya tuhan je yang tahu macam mana perasaan aku masa tu, cakap jugak la nak tak nak pun tak boleh pergi. Dan macam yang aku pikirkan dia memang betul-betul kecewa. Yelaa semua barang dah beli tunggu nak masak je. Aku apa lagi lah laju airmata mengalir, time tu memang serba salah yang teramat sangat. Time-time macam ni laa lesen nak tamat tempohhh. Down teruss. Takpe aku cari jugak alasan pujuk abah, dan abah pun bagi. Aku pergi sana dengan motor. Ok, senyum selebar-lebarnya. Alhamdulillah sangat-sangat. Terus cepat-cepat mesej kat Mimi, bagitahu abah bagi aku pergi. Kejap bagi kejap tak, aku pun pening. Turun dari katil pergi mandi makan dan terus ciap.

Tup tup tup.
Again, again and again
****
Abah : Kak mira tak payah pergi la yee, cakap kat Mimi lain kali. 
Bukan abah tak bagi tapi takut ada polis.
Me : Alaaaa, lalu kat jalan Panji mesti takde polis.
Abah : Sabaa laa, nanti dah ciap lesen jumpa la nak jumpa pun, abah tak kisahh.
Me : *dushhh.

Terus call engedik, mengadu kat dia hurmmm kena bebel terus sekaligus kena marah. Ngeee. Engedik pun suruh aku mesej Mimi cakap leklok dengan dia. Hmmm dalam hati cedihh dan takut sangat. Mesti dia marah gilaaa, bukan mesti tapi P A S T I. Huh! Nak tak nak aku kena mesej jugak sebab kan dia tertunggu-tunggu pulak, dan macam yang aku bayangkan, memang dia marah walaupun dia hanya balas, "tak pelah", "dah tak pelah." Hmmmm. Sobs sobss. Memang aku tak tahu dah nak balass apaa. Seram sejuk je rasa. Sumpahh tak pernah rasa macam ni, bukan selalu aku tak jadi keluar dengan dia, ada jugak kadang-kadang keadaan yang tak dapat dielakkan, cuma kali ni aku pun tak tahu kenapa sedih sangat dan grrr tak tahu la nak cakap macam mana. Siyesss aku sedihh teramat sangat, maybe sebab aku harap sangat-sangat dapat jumpa dengan dia hari ni. Memang dah lama sangat aku tak jumpa dia.  Teramaaat rinduuu. Macam-macam ingat nak story mory hari ini. 

To My Cayam :

Maafkan diri ini telah membuat kamu terluka, 
 Maafkan diri ini telah membuat kamu kecewa, 
Maafkan diri ini sekiranya telah menyakiti hatimu, 
Maafkan diri ini telah menyusahkan kamu,
Maafkan diri ini telah mungkiri janji.
Maafkan diri ini terpaksa batalkan semuanya :'(
I'm really really sorry dear. Tak niat pun nak buat semua ni.

p/s : Segala yang telah dirancang tidak akan sempurna atau berjalan dengan lancar sekiranya Dia tidak mengizinkan.

1 comment: