Monday, May 20, 2013

One In a Million Moment

Assalamualaikum dan selamat malam :)

Pagi tadi aku dapat call dari no yang memang aku tak kenal and nak angkat dan dan pulak tak sempat nak sambut. Dan tadi dalam pukul 7.12 pm orang tu call balik.

Pemanggil : Salam ni Amirah ke?
Aku : Yee, saya bercakap. Ni sapa ye?
Pemanggil : Oh saya Kak Shakira dari FCC (Farmasi Colour Cosmetics) tahniah ye awak berjaya memenangi contest sempena hari ibu. Nanti jangan bagitahu mak tahu. Buat surprise kat dia. 
Aku : :) Haa grr mekasih :)
Pemanggil : Mekasih je *sambil ketawa. Tak terkejut ke?

Aku bukan tak terkejut cuma blur ckit masa tu, macam tak caye je dapat. Nak nanges pun ada. Huhu Alhamdulillah suka sangat-sangat :)

Kad jemputan :) 
Cantek sangat2.


Thanks kepada pihak FCC kerana memilih saya :)
Walaupun saya tak dapat join event ni disebabkan masalah yang tak dapat dielakkan.

Wednesday, May 15, 2013

Hanya Allah Yang Tahu

Ajal Maut..
Jodoh pertemuan..
Semua ditangan Tuhan.

Takut bila memikirkan tentang mati.
Tak kiralah ia tentang kematian ahli keluarga, orang tersayang, rakan-rakan ataupun diri sendiri
Namun, bila ditanya tentang persiapan dan bekalan untuk dibawa ke sana kelak, memang belum pernah cukup.

Bila bersendirian duduk di atas tikar sembahyang selepas solat.
Hati mula bertanya sendiri.
Bagaimana ya nasib di alam kubur nanti?
Bagaimana keadaan di sana?
Gelapkah? Terangkah?

Benarkah seperti yang digambarkan ustaz dan ustazah masa aku kecil-kecil dulu?
Benarkah cerita-cerita ular hitam besar akan datang melilit jika solatku tak pernah cukup?
Benarkah tanah kubur akan menghimpit tatkala diri ketandusan ibadah padaMu?
Ya Allah, tuhanku..lalainya aku.

Justeru tulisan ini ditulis sekadar untuk mengingatkan diri sendiri jua
Hidup di dunia hanya sekali.
Hidup yang kekal pasti di sana.
Kalau bukan perubahan itu dibuat sekarang, bila lagi kan?
Bimbang nanti tak sempat pula :(

Yang pasti
Ajal itu hanya Tuhan yang tahu.
Hidupku dan matiku hanya untukMu.

Sama bila disentuh soal jodoh.
Cukup-cukuplah bertanya.
Aku manusia biasa.
Yang punya rancangan
Namun tak bisa menolak rancangan Si Pencipta Alam Semesta.

Yang pasti.
Doa yang dipanjat
Moga dia yang dihajat.
Dipertemukan Allah di Jabal Rahmah kelak.
Amin, Insyaallah.

Ajalku, Mautku, juga jodohku..
Hanya Allah yang tahu :)

p/s : Tahniah kepada mereka yang melangsungkan perkahwinan hari ini.
        Takziah pula buat mereka yang kehilangan orang tersayang


*muhasabahdiri


Monday, May 6, 2013

My high school. Sekolah Menengah Kebangsaan Kandis.

Assalamualaikum 
:)

Semalam aku ke sekolah lama, teman umi pergi mengundi. Langkah je masuk rasa dah lain sangat. Sebak, pilu, cedih pun ada. Banyak sangat kenangan disini. Suka duka semua ada kat sini. Hmm. Rindu zaman-zaman sekolah dulu. Sekolah  pun dah banyak sangat berbeza. Makin cantik. :)  Umi pergi waktu tengahari jadi takde sangat orang. Tu yang sunyi je. Jom ikut aku jejak kasih sekolah meh! Haha


Jalan masuk ke dalam sekolah. Huhu 
Tetiba teringat jalan nak masuk U aku. Punya la jauh. -,-


Kantin. 


Kantin aku ni banyak kali dah ubah suai, sejak aku belajar kat situ sampai la sekarang. Sekejap macam tu sekejap macam ni. Hoho. Last-last macam tu je. Sepatutnya dulu ad art batu kat tengah-tengah tu, sekarang dah xde. Tempat ni jugak merupakan tempat datim (dating) aku suatu ketika dahulu, balik sekolah je tunggu pacar kat kantin. Port baik punya. Datim kat tengah-tengah orang lalu lalang. Aku je buat macam tu orang lain takde. Huhu. Nak gaduh pun kat situlah, menangis pun kat situ la. Orang tengok buat donno je -,- Biarlah kan dari duk datim tempat tersembunyi, seram jugak, kena tangkap nayee je. 


Dataran perhimpunan. 



Tempat aku dan rakan-rakan ku melepak dikala hari sukan or waktu rehat. Dan juga tempat aku dan Mimi membuat ketupat. Hahaha

Ok. Tu je nak share.
Have a nice day guys
Bye!

Saturday, May 4, 2013

Jom kita mengundi, jom kita mengundi.


Tomorrow is a big day for our country.
Dan ini kali pertama aku berkesempatan merasai suasana mengundi. Yelah dulu tak pernah pun nak ambik tahu pasal benda ni, sekarang pun dah umur 21 tahun, cuma masih tak layak lagi untuk mengundi. Sebab baru cukup umur bulan 4 haritu. Hoho (kelewatan) 


Abah ada 2  tanggungjawab esok. Good luck abah :)

p/s : Pape pun yang berlaku semoga kita semua masih berada di bawah lindunganNya. Jangan kerana politik kita bergaduh, Allah dah tetapkan mana baik mana buruk. Semua dariNya. Kita sebagai hamba hanya akur terima apa yang jadi.

All the best for tomorrow 
:)

Thursday, May 2, 2013