Sunday, June 9, 2013

Don't Give Up!!

Assalamualaikum dan happy sunday!

Pagi-pagi lagi dah datang idea nak menaip, harapnya tak merapu yang bukan-bukanlah. Aku ni kadang-kadang suka bebenor lari dari tajuk asal. Macam biasa, bangun je dari tidur buka lappy, terus ke laman sosial network : facebooking sama twitterking. Hahaha, mandaii je kau ye Meera bagi nama :P

Dan terbaca satu status dari kawan aku yang tercayam kat group kelas kami. Cayam ok semua kawan-kawan aku, tanpa mereka semua siapalah diri ini. Ayat selaluh (bak kata orang tu) Grr. Yang berbunyi macam gini : sat nak g print screen. -,-

Inilah status dia, sorry kena tutup nama, tak pasal-pasal dia marah aku tayang nama dia. Orangnye garang tapi masih ada bunga-bunga di taman yang bersembunyi di sebalik lubuk hatinya. Hukhuk. Apa yang sedang aku merepek ni. Opsss maaf yaaaa. Baca je terasa cedih sangat dan terharu pun ada. Suka dia cakap "Sahabat Dunia Akhirat"  Insyaallah. Mudah-mudahan ikatan ini akan kekal hingga ke Jannah. Cedih sebab aku terlalu rindukan mereka semua, dah hampir 4 bulan masa berlalu, dan 4 bulan juga la aku dan kawan-kawanku berpisah. Sentiasa rindukan gelak, ketawa, gurau senda mereka semua.

Masa aku menjejakkan kaki ke UITM, aku terpikir di sini kami bermula bersama-sama, dan diakhirnya nanti kami akan mengakhirinya bersama-sama, siapa cakap aku tak sedih, masa aku tengok result, dalam hati menangis sebab aku tak dapat grad sama-sama dengan rakan-rakan yang masih terkandas dek kerana masalah yang tidak dapat dielakkan, kalau di kira-kira tak sampai 15 orang kelas aku yang akan grad nanti, aku nak sangat kami semua dapat merasainya kejayaan yang selama 3 tahun susah senang kami lalui bersama-sama. Tapi rencana Allah tiada siapa dapat menghalangnya. Hari ini kami masih lagi boleh ketawa bersama, hari esok tiada siapa yang tahu apa yang bakal terjadi. Aku percaya semua yang terjadi dan berlaku pasti ada hikmahnya. Cuma semua itu cepat atau lambat je. 

Peringatan buat diri sendiri dan rakan-rakanku juga! 

Doaku sentiasa mengiringi kalian semua, tak kira di mana kalian berada.
Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. 
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian.
Mungkin hari ini aku senang, mungkin juga hari esok aku jatuh.
Kita hanyalah ujian dariNya sahaja.


Sahabat untuk selamanya :) Love them forever.

p/s :Semoga berjaya dalam apa juga bidang yang kalian bakal tempuhi, lakukan dengan penuh kesungguhan dan penuh keikhlasan. Insyaallah kejayaan pasti milik kalian semua. Ku pasti kita semua akan kecapi impian dan kejayaan bersama-sama. Aminn. Semester baru dengan azam yang baru ok!! 

No comments:

Post a Comment