Monday, June 3, 2013

Who next??

Assalamualaikum :) 

Dush dush dush. Tumbuk-tumbuk cikit habuk-habuk dalam ni. Agak lama blogger ni menyepikan diri. Grr bloggerkah?? Hahaha. Sejak habis je belajar ni, idea nak menulis dan menaip sudah hilang melayan entah kemana. -,- Nak kata kerja tak pun, duk rumah je makan tidur makan tidur. Kawan-kawan aku yang lain kebanyakannya adalah jugak pulus masyukkan. Aku ni je yang tak sedor-sedor :D

Alhamdulillah baru-baru ni pakcik baru je selamat mendirikan masjid. Semuanya berjalan dengan lancar. Dapat makcik baruuu!! Saya suka, saya suka. Tapi makcik aku ni pendiam cikitlah, maybe sebab tak biasa kot, masih malu-malu kucing gitu. Tak berapa nak mesra alam lagi. Hoho. Almaklumlah, anak-anak buah dia nikan semuanya terlebih mesra alam. Mulut tak reti nak duduk diam. Pot pet pot pet. Mesti dia terkejutkan, tetiba je kan. Tanya itu, tanya ini. Orang jakun baru dapat makcik baru memang macam tu. Over terlebih. -,- Oh ye, nama makcik aku Tuan Nur Anis binti Tuan Mokhtar. Tuan ok? Kau ada? Dan kami sepakat panggil beliau CikNis or CikAnis. Cantik, manis dan lemah lembut je orangnya. :) 

Aku sebenarnya dah melalut panjang dah ni, tujuan asal nak citer pasal perkahwinan orang lain. Ter'story' pasal pakcik pulak. Pasal pakcik kita cerita dalam entry lain okey! Tarikh yang sama dengan tarikh wedding pakcik pada 31.05.2013 kawan aku, kenal tak Raja Azlinda?? Alaa aku ada jugak sebut-sebut nama dia dalam blog aku ni. Tak caye or nak kenal, silalah jelajah satu-satu entry dalam blog aku ni :P Dah jadi PUAN!!! Tahniah dear. I'm so happy for you. Tak sangka kawan aku sorang ni dah pun bergelar isteri kepada En Zaidi Nordin a.k.a Edy. Selama 9 tahun mengharungi segala cabaran dan dugaan akhirnya sampai juga mereka ke jinjang pelamin. Indah sungguh percaturan Allah, tiada siapa yang menduga akan kehendak dan ketentuanNya.

Nak tengok tak gambar dia. Jomm!!

Akad nikah
30.05.2013.


Dup dap dup dap. Yeeee.


Alhamdulillah.
Hanya dengan sekali lafaz Raja Azlinda telah menjadi zaujah Zaidi Nordin :)


Masa akad nikah ni aku tak dapat datang :( Tengok gambar jelahh.


Mrs Raja Azlinda
* The greatest love stories are not those in which love is only spoken, but those in which it is acted upon.


Theme : Baby blue + baby pink  #pastel #colour



Every love story is beautiful 


  Love IS endless =)


Gambar saya takde. Huwaaa.
Antara kawan-kawan kami yang hadir. Miss them. Nasib sempat jumpa, lepas rindu kat dorang :)



Kejelesan. *sapa suruh balik awal.
Selamat pengantin baru dear, semoga ikatan suci ini akan kekal ke jannah
dan cepat2 dapat baby! #eh

p/s : Foto-foto credit oleh Nur Najwa a.k.a Wawa :)

Lepas ni giliran siapalah pulak. Jeng jeng jeng.

2 comments: