Thursday, July 25, 2013

Feeling Wonderful :)


Semoga rasa dan kebahagiaan ini akan kekal untuk selama-lamanya :) Alhamdulillah.
Have a great day lovely people! Life's short, live happy yaa!
p/s : #takdemotif. huhu.
;)

Saturday, July 20, 2013

Bukan..Mampu

bukan ku pinta jadi begini
bukan ku pinta untuk seperti ini
bukan ku pinta untuk lari dari semua ini
bukan ku pinta untuk mencintai dirimu
bukan ku pinta untuk merindui dirimu
bukan ku pinta untuk tangisi dirimu
bukan ku pinta untuk hadir dalam dirimu
bukan ku pinta untuk mengharapkanmu

mampukah aku bahagia
mampukah aku tersenyum
mampukah aku bertahan
mampukah aku melawan kesakitan
mampukah aku berhenti merinduimu
mampukah aku berhenti mencintaimu
mampukah aku berhenti menyayangimu
mampukah aku merelakan pemergianmu
mampukah aku merelakan semua ini

aku redha dengan ketentuan ini tapiii ikhlaskah aku???


Friday, July 19, 2013

Tampil Menawan Dengan FCC Raya Promotion

Assalamualaikum.

Hari ni terasa kerajinan cikit nak mengupdate tapi kali ni bukan nak story mory pasal empunya diri, kita nak story pasal satu produk yang cukup terkenal di kalangan para wanita, para remaja diluar sana. Asyik cerita pasal diri sendiri jekan. As a  blogger (walaupun tak se'famous blogger-blogger yang laen -,-) kita bukan sahaja cerita pasal kisah hidup kita, tetapi juga jadikan blog ni sebagai satu tempat untuk menyampaikan infromasi- informasi yang terkini dari semasa ke semasa. Ye dakk? Walaupun aku sendiri jarang update hal-hal semasa ini. T_T. Bagi para adam maap lar yeee, takde lagi setakat ni. Huhu.

Famous tau produk ni nak habaq hang, laris macam goreng pisang pun ada (pisang goreng ke goreng pisang) siapa yang tak tahu teramatlah rugi dirinya. Ngeh ngeh. Tetiba rasa excited sangat-sangat nak tulis pasal produk ni. T__T. Sempena raya yang bakal tiba tidak lama lagi (laju ko Meera bukan main lagi kan! puasa tak sampai 20 hari dah story mory pasal raya)  Takpela sekali sekala iyooo dop yop. Sambung balik. Farmasi Colour Cosmetic sedang mengadakan promosi untuk para wanita yang gemarkan barangan kosmetik untuk tampil menawan di hari raya nanti.




Oh ye mesti korang nak tahu jugakkan serba sedikit, sejarah macam mana asal usul dia kan. Meh chaq habaq sat noh. FCC ni adalah jenama kosmetik antarabangsa yang berasal dari Istanbul, Turki dan telah bertapak di Malaysia selama 5 tahun. Dan produk FCC tersangatlah berpatutan dari RM6.90 hingga RM69.90. FCC ni mempunyai 2 sijil Halal dari Turki. Dan mereka tengah mendapatkan kelulusan dari Malaysia pula. Mungkin sekarang dah dapat kelulusan dari Malaysia :)

Bagaikan memahami keperluan wanita Muslim di Malaysia yang mementingkan kebersihan dan status halal produk kecantikan untuk ditatarias, oleh itu FCC ni seharusnya menjadi pilihan terbaik anda!!! Bak kata pepatah "Wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan dan setiap masa, mereka ingin tampil menarik dengan solekan yang bersesuaian." Oleh itu, FCC bakal memenuhi permintaan anda kerana semua produk yang dikeluarkan ini halal dan boleh digunakan ketika solat. Nampakkan kehebatan produk ini :) Sebenarnya ia telah memberi peluang kepada wanita di negara ini untuk menggunakan kosmetik ini tanpa was-was. Dijamin halal 100%. Jadi jangan pikir 30 kali 40 kali 50 kali untuk memilikinya. Melampau kau Meera!! 

Ok! Rasa macam dah membebel agak panjangkan. Maafkan saya. Korang mesti tak sabar nak tahu apa dia kan? Meh aku nak ceritakan promosi yang sangat awesome ini. Terdapat 2 promosi yang disediakan oleh pihak FCC untuk korang di hari raya yang bakal tiba ini. Jeng jeng jeng jeng!! Mempersembahkan. Over kau ekk? Hahaha
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

FCC PROMOTION RAYA




1. FCC ADORA SET


Bagi yang ingin tampil menawan di hari raya FCC Adora Set bakal memenuhi citarasa anda. Dengan hanya pembelian serendah RM115 sahaja korang boleh memiliki produk FCC Adora Set ini. Malah dengan pembelian FCC Adora Set ini juga, korang akan menerima 2 barangan LIMITED EDITION secara percuma dari FCC : Money Packet dan Tote Bag hanya pada promosi ni je korang boleh dapat 2 barang percuma tersebut. 

TOTE BAG!

Antara produk yang terdapat di dalam FCC ADORA SET ini adalah :
  1. CC cream / BB cream (pilih salah satu)
  2. Advanced Styling Mascara / Starlook Mascara (pilih salah satu)
  3. Deep Look Eye Dipliner / Kohl Kajal Pencil (pilih salah satu)
  4. Rouge Lipstick
  5. Wet Wipes Make Up Remover
  6. Tender Blush On
Macam mana berbaloikan! Memang tak rugi pun korang beli set ini. Siyess tak akan menyesal! Cepat-cepat dapatkan FCC ADORA SET SEKARANG!!!!

PROMO DURATION : 1 JULY 2013 - 11 AUGUST 2013


2. FCC DUIT RAYA FEVER


FCC Duit Raya Fever ini korang berpeluang memenangi hadiah utama berupa wang tunai bernilai RM1000. Huwaaaa mesti meriah raya tahun ni! Manakala wang tunai bernilai RM200 juga disediakan untuk 5 pemenang saguhati. Terbuka kepada semua dengan pembelian mana-mana produk FCC dan pembelian boleh dibuat di mana-mana cawangan FCC di seluruh negara termasuk pembelian secara online. Kat mana pulak nak beli secara online ni? Takpe kejap lagi kita bagitahu yee ^_^ Oh ye, promosi ini sah untuk pembelian sepanjang 1 Julai 2013 -  4 Ogos 2013. Jadi tunggu apa lagi, moh la kita serbu cawangan FCC yang berdekatan.

3. LANGKAH MUDAH UNTUK MENANG

Langkah 1 :

Hantarkan NAMA PENUH, NO TELEFON, ALAMAT EMAIL, URL BLOG (jika ada)dan NAMA FB anda bersama-sama bukti pembelian melalui PM FCC FB PAGE atau emailkan kepada marketing@naturalifesolution.com

Langkah 2 :

Buat 1 ulasan produk / testimoni / komen / gambar / video tutorial / atau apa- apa sahaja berkenaan produk FCC melalui FCC FB PAGE dan kongsikan ulasan anda kepad keluarga dan rakan-rakan.*kalau korang ad blog, korang boleh tulis review di blog dan tag FCC FB PAGE. Lagi banyak korang share, peluang untuk korang menang teramatlah besar ok!

Langkah 3 :



Korang mestilah like FCC FB PAGE dan jangan lupa follow #FCCMALAYSIA jugak ok! Maklumlah, FCC ni suka buat event and contest! Jadi sentiasa mengikuti perkembangan mereka dari semasa ke semasa.

(Pemenang akan diumumkan pada 12 AUGUST 2013)


http://fcc.m1.my/

FCC jugak baru melancarkan website dorang baru-baru ini. Jom lerr kita usha apa yang ada dalam website ini. Korang pun boleh beli secara online juga di website ini :) Semuanya berada dihujung jari anda sahaja. Mudah, cepat, dan tangkas gitu lorhh!

Senang je kan. Jadi apa tunggu lagiii!! 

p/s : Sekalipun mahu kelihatan cantik, wanita Muslim perlu berhati-hati supaya tidak terjebak menggunakan produk kosmetik tidak halal.

Happy shopping guys!
Good Luck!

Thursday, July 11, 2013

2 Ramadhan 1434H :)

Assalamualaikum.

Alhamdulillah hari ni masuk hari yang ke 2 berpuasa. Mulakan hari ini dengan senyuman yee :) Dah nak tengahari dah meera oiii. Grr. 

Alhamdulillah, ramadhan kali ini aku berkesempatan untuk melakukan ibadah-ibadah sunat. Dan berkesempatan melakukan amalan-amalan yang digalakkan pada bulan ramadhan. Syukur alhamdulillah ya Allah, kau kurniakan aku kenikmatan ini yang jarang aku perolehi :) Subhanaallah. 


Berharap amalan ini akan kekal bukan sahaja pada bulan ini tetapi pada masa yang akan datang. Insyaallah.


Ya Allah..Dekatkanlah aku kepada keredhaan-Mu dan jauhkanlah aku dari kemurkaan serta balasan-Mu. Berilah aku kemampuan untuk membaca ayat-ayat Mu dengan rahmat Mu, wahai Maha Pengasih kepada semua pengasih.

p/s : Jiwa yang tenang datang dari kehidupan yang tenang.

Sunday, July 7, 2013

Lirik lagu ~ Sajak Dari Hati

Malam tak nampak indah bila tiada rembulan
Gelap menabur sunyi hampa tanpa cahaya
Seperti hidupku akan sunyi bila tanpamu

Kering seperti guruh tanpa hujan menyapa
Hampa melanda hati jauh dari dirimu
Rindukan hadirmu bagai hujun di gurun jiwaku

Jangan pernah kau menjauh dariku
Jangan pernah kau tinggalkan diriku
Walau hanya di dalam khayalan di dalam fikiran

Ku tak bisa jauh dari dirimu
Ku tak bisa tiada di sisiku
Walau hanya di dalam khayalan di dalam fikiran
Ku akan setia

Kau adalah jantungku
Kau adalah nafasku
Kita takkan pernah bisa tak selalu bersama







Saturday, July 6, 2013

demi kerana bahagia......




Demi kerana bahagia, ku pujuk hati sendiri
Demi kerana bahagia, ku lepaskan dia pergi
Demi kerana bahagia, ku relakan perpisahan ini
Demi kerana bahagia, ku pendam rindu ini
Demi kerana bahagia, ku telan segala kesakitan ini
Demi kerana bahagia, ku menangis berteman sepi
Demi kerana bahagia, ku kuatkan semangat dalam diri
Demi kerana bahagia, ku kumpulkan tenaga untuk kembali berdiri
Demi kerana bahagia, ku gagahkan diri untuk terus berlari.
Demi kerana bahagia, ku akan kembali.
Demi kerana bahagia, ku pasti ini yang terbaik.


Thursday, July 4, 2013

7 : JULAI : JULY :)

Assalamualaikum.

ALHAMDULILLAH syukur masih lagi diberi keizinan untuk menumpang dibumi Allah ini. Pejam celik pejam celik dah berada di pertengahan tahun 2013 dah rupanya. Kejap je masa berlalu. Kan kan kan? Syukur mudah-mudahan diri ini diberikan kesempatan dan kesihatan tubuh badan agar dapat menunaikan ibadah puasa dengan sempurna pada tahun ini. Insyaallah. 


dan pada bulan ini juga!!! jeng jeng jeng
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Foto ini kita rembat dari miss Cuna Mohd Zubir :P

Debaran kian terasa!!! 
*macam nak masuk pertandingan akhir je ^_^
Semoga ada rezeki untuk sambung belajar ke peringkat yang seterusnya (degree). 
Doakan yeee :)