Thursday, July 11, 2013

2 Ramadhan 1434H :)

Assalamualaikum.

Alhamdulillah hari ni masuk hari yang ke 2 berpuasa. Mulakan hari ini dengan senyuman yee :) Dah nak tengahari dah meera oiii. Grr. 

Alhamdulillah, ramadhan kali ini aku berkesempatan untuk melakukan ibadah-ibadah sunat. Dan berkesempatan melakukan amalan-amalan yang digalakkan pada bulan ramadhan. Syukur alhamdulillah ya Allah, kau kurniakan aku kenikmatan ini yang jarang aku perolehi :) Subhanaallah. 


Berharap amalan ini akan kekal bukan sahaja pada bulan ini tetapi pada masa yang akan datang. Insyaallah.


Ya Allah..Dekatkanlah aku kepada keredhaan-Mu dan jauhkanlah aku dari kemurkaan serta balasan-Mu. Berilah aku kemampuan untuk membaca ayat-ayat Mu dengan rahmat Mu, wahai Maha Pengasih kepada semua pengasih.

p/s : Jiwa yang tenang datang dari kehidupan yang tenang.

No comments:

Post a Comment