Friday, August 30, 2013

56 MERDEKA

Assalamualaikum dan salam jumaat :)

Pagi-pagi lagi macam dah terasa rajin nak menaip. Padahal dah pukul 10.07 am. Huhu. Tadi bangun sempat jugak tengok rancangan Nasi Lemak Kopi O kat TV9 tu. Tahukan? Mestilah ramai yang dah tahu ye dakk. Hoho. Esok negara kita akan menyambut hari kemerdekaan yang ke 56. Wah, dah lama rupanya negara kita bebas dari penjajahan.

Tapikan, tapikan kenapa aku tak rasa semangat nak sambut merdeka ek? Dalam banyak-banyak peristiwa-peristiwa yang berlaku hari merdeka nilah hari yang aku takde semangat langsung untuk menyambutnya, tak macam hari raya, hari jadi, hari aidiladha dan sebagainya. Nak jugak selit hari jadi, apa kes?? Mesti orang akan cakap aku takde semangat cintakan negarakan. Hello, ada tapi.......ngeeee entah lah. Hahaha. Kebanyakannya aku tengok bukan aku je orang lain pun sama, eh nak jugak selit orang lain!

Walaupun macam yang aku cakap tadi, aku tak rasa semangat nak sambut merdeka bukanlah takde langsung ada kereta aku dah ada bendara, dan alhamdulillah aku dikurniakan seorang ayah yang bersemangat waja gitu :) Ada jugakan semangat dan sokongan untuk menunjukkan kecintaan kepada negara. Jadi secara tak langsung aku tahu juga tentang ni semua. Cuma nak lebih penghayatan tu tak dapat nak dipupuk. Tapi aku berazam ingin lebih menghayatinya. Ngehngeh. Dalam-dalam aku takde semangat pun aku tahu tema hari kemerdekaan pada tahun ni. Yang ni memang nak bangga kejap. Huhu. Tanpa media sosial aku rasa kita takkan tahu apa-apa.



Cuma kadang-kadang aku tertanya, kenapa rata-rata generasi muda kini hanya melihat kemerdekaan tanpa memahami erti sebenar sebaliknya, kebanyakan daripada kita menganggap hari kemerdekaan sebagai hari untuk bersukaria bersama teman-teman, meraikan kebebasan diri dan melaungkan perkataan merdeka denga megah, tapi tidak menghayatinya. Dan ini aku akui! (termasuk aku pada ketika dahulu)

Tanpa ilmu pengetahuan yang tinggi, kemerdekaan yang diperolehi akan menjadi sia-sia. Perpaduan yang terbina semenjak kemerdekaan diperolehi perlu diteruskan dan disemai supaya hubungan rakyat menjadi semakin kukuh.

Hanya sekadar peringatan buat diri sendiri juga. Sama-sama kita hayati dan fahaminya :) Orang lain boleh kenapa kita tak boleh, ye dop? Maaf kalau ada yang terguris dan entry agak lancang berkata-kata..semangat tetiba!! Peace!

Selamat Menyambut hari kemerdekaan yg ke 56 Malaysia. 
We Love Malaysia!

No comments:

Post a Comment