Wednesday, August 7, 2013

Aktiviti sekitar 2 minggu sebelum berakhirnya Ramadan.

Assalamualaikum.

Apa khabar semua? Macam mana persiapan untuk menyambut hari raya esok lusa ni? Harap-harap semua dah selesai :) Sedihkan nak tinggal Ramadan, rasa macam cepat sangat Dia datang, semoga kita dapat bertemu lagi pada ramadan-ramadan yang akan datang, insyaAllah.

Bukan main panjang lagi tajuk entry aku hari ni. haha. Sedar tak sedar, dah hampir 2 minggu aku kat rumah, setelah sekian lama merantau di negeri orang selama hampir 2 bulan, padahal KL je pun. Dan bermulalah tugas ku menjadi driver kesayangan umi dan Cik Cactus :)) Tiap-tiap hari ada je aktiviti dia mengajak aku keluar. Ada aku umi memang pandang sebelah mata je dekat abah, cian abah selalu kena tinggal. Tambah-tambah lagi  nak dekat raya ni kan, abah pulak memang jenis tak suka sesak ni, nantikan mulalah dia cepat-cepat nak balik. Biasalah kalau laki ikut pergi shopping, mana tahan tunggu lama-lama, nak shopping pun tak senang ye dakk? Lainlah kalau yang kaki shopping sama naik dengan kita, itu dipersilakan. Ngehngeh. Jadi sebaiknya lelaki tak usah ikut duk ghumah saja la :P (kijammm sungguh)

30.07.2013 : Bermula pada satu pagi ni (ceh ayat), aku terbangun awal, jadi terasa macam nak ikut abah dan umi keluar. Katanya nak pergi cari lauk dan barang2 keperluan untuk hari raya nanti. Tup tup, macam lain pulak tempat ni, baru aku perasan setelah sekian lama tempat ni siap, ni baru kali pertama aku jejakkan kaki ke sini 'Pelabuhan Perikanan LKIM, Tok Bali'.



Nak masuk tempat ni harus bayar tol dulu ye, x mahal pun murah je. Siya jah. Mu pehe dop siya tu gapo? Tau doh kang :P Pelabuhan ni baru je beroperasi tahun ni, kira baru lagi la tempat ni, bangunan baru, persekitaran dia pun cantek :) Hijau je!!


Meriah sungguh noh tempat ni, masing-masing kalut duk pilih ikan yang baru saja naik. Aku yang pertama kali datang rasa macam jakun kejap. ngee. Kawasan ni terbahagi kepada 2 bahagian, aku rasa macam 2 tokey la, satu kelompok itu tong warna biru, dan satu tong lagi itu guaa punya peveret, pinkkk kalerr maa. hoho. Teruja terus. Masuk-masuk terserlah kelembutan warna itu disitu. Cantekkk kot :P Pun boleee tempat ikan. -,-

31.07.2013 : Aku terima satu mesej dari cik cactus mengajak aku untuk berbuka puasa bersama beliau, rinduu la tuuu :P hahaha. First time aku rasa buka dengan cik cactus ni, setelah sekian lama berkawan. Huhu. Kali pertama ke?? Aku tidak berdua tetapi kami berempat with En Hafizi dan En Syakirin.:) Mereka ni merangkap kawan sekelas aku semasa di sekolah menengah. Hewhew. Actually, nak keluar berbuka ni main redah je, tak tempah mana-mana kedai pun. Konon nak makan the chicken rice shop, tapi dah penuh, pikir punya pikir kami memilih restoren Bawang Merah di Wakaf Che Yeh.

Yang berbaju putih itu en Syakirin dan yang berbaju hitam tu en hafizi. Yang gugurlz tu korang dah kenalkan. Selalu je aku tayang muka dia kat blog aku ni. Hoho. 
Lama tak keluar dengan kawan-kawan yang lain, zaman remaja-remaja dulu tiap2 kali hujung minggu mesti ada je aktiviti nak buat. Aktiviti yang selalu kteorang buat berkelah di air terjunnn!! wahh, siyess lama dah pergi. Masing-masing dah ada kehidupan sendiri, study sana, study sini, susahlah sikit nak atur. Tambahan pulak, jadual cuti masing-masing bukannya sama. Lain-lain. Jadi nak berkumpul ramai-ramai macam dulu teramatlah payah. InsyaAllah satu hari nanti, dapat kumpul macam dulu balik :)

shopping time with my lovely :)
04.08.2013 time aku pergi shopping ni, ya ampun, punyalah ramai orang, biasalah nak raya kan. Huhu. Tak paham kenapa dorang tak beli siap-siap sebelum nak balik kampung. Kenapa mesti nak beli time last minutes macam ni? Huh! haha. Bising je. Ikut sunke laa dorang nak beli bila pun. (sendiri tanya sendiri jawab)



budak sengall keletihan -,- macam orang tak siuman pun ada aku tengok. hoho. Letih weh, sepatutnya time macam ni, harus menyediakan kerusi yang banyak untuk orang-orang macam aku ni yang kelenguhan kaki akibat menunggu!!! grrr. Ni aku pergi pukul 12 tengahari pukul 7. 15 baru sampai rumah. Memang sakan sungguh keluar. Nasib sempat berbuka dekat rumah.

Pagi semalam teman umi pergi pasar kat Jelawat. Memang sesak gilaaa, rasa macam nak menjerit pun ada bagi aku laluan. Punyalah jemm kat sana. Sabooo jelah. Ikut memang tak nak tapi abah ada kerja jadi terpaksalah jadi driver umi. Ramai jugak semalam jumpa kawan-kawan sekolah. Dah besar-besar semuanya. Aku ni je yang masih lagi macam gini, ckeding je.


With kazen :))


Dan semalam aku dan sepupu-sepupu ku ke Puspen, pergi wak treatment. Lagipun dekat je rumah aku dengan pusat serenti ni. Jalan kaki pun sampai. Rambut pun nak beraya jugak tau. Hoho. Aku tahu kat dalam ni ad khidmat untuk orang luar pun dari mama anak umi mengasuh, jadi apa lagi, tahu je terus serbu. Sekali pergi 6 orang terus. Dari pukul 3 sampai pukul 5.30 baru siap, tu pun aku dan cikti tak sempat nak buat. Sedih sungguh! Tapi kejap lagi nak pergi sana. Dia buka khas untuk aku dan Cikti. Kalau ikutkan semalam last, tapi aku nak jugak buat. Huhu. Ngada!! Harga pun teramatlah murah, sempena raya ni dorang buat promosi, cuci rambut rm6, potong rm5, rebo rm60++, pedicure dan medicure pun rm10 dan lain-lain. Murahkan! mana nak dapat harga macam tu zaman sekarang ni jah oiii. Yang paling terpentingkan, dorang punya servis sangatlah bagus nak dibandingkan kedai-kedai kat luar tu, memang kemas dan teliti buat kerja, sepupu aku potong rambut, memang cantik gilaa. Banduan-banduan pun, dorang punya kerja tip top. Setiap orang ada kelemahan dan kelebihan masing-masing :) Tengok dorang tu baik sangat, peramah, tapi tak sangkakan. Dahlah, biarlah dorang. Pape pun suka dapat kenal dengan dorang semua :)  Kalu boleh nak je aku kenal dengan dorang-dorang yang ada kat dalam sana. Nak jugak tengok kan keadaan kat dalam sana. Tapi tak boleh hanya orang tertentu je boleh masuk. Masuk ni baru 3 kali aku masuk dalam ni.

Banyak sebenarnya nak citer, tapii rasa macam, nantilah. Biar aku kumpul maklumat dulu yee. Hoho. Oh ye mesti korang tertanya-tanya jugakkan, tak takut ke banduan yang buat rambut tu, kan dye mengganas ke apa ke kan, sapa tahu. Oh tidakk sama sekali, banduan nikan dia ada banyak kategori tau, kategori dia kita boleh tengok berdasarkan pakaian dorang. Banyak sebenarnya warna baju dorang tapi aku je lupa. Yang aku tahu baju warna hitam mereka yang baru saje dimasukkan ke situ, merah jambu tahap sederhana, oren tunggu masa untuk dibebaskan (kira kelakuan dorang baik dan dah lama jadi penghuni di situ) Yang lain aku dah lupa. Ngehngeh. Jadi yang buat-buat kerja tu semua mereka-mereka yang berbaju oren. Kalau macam kawasan rumah aku ni nak buat gotong-royong ke, nak adakan majlis apa-apa, dan perlukan khidmat orang untuk menolong, pasti mereka-mereka yang berbaju oren nilah yang akan datang tolong. Puspen kat kawasan rumah ni wanita je, kalau lelaki kat Besut.

Panjang lebar sungguh aku bercerita ye dak, entah paham ke tak korang aku pun tak tahu, maaf laa yee. Menulis pagi-pagi ni idea datang mencurah-curah jadi apa yang terlintas main taip je. Huhu. Taip pun lah syok entah- entah tatabahasa pun tunggang terbalik. grrr.

Last but not least,

Memandangkan hari ni last puasa. InsyaAllah, saya disini ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf jika ada salah dan silap selama ni secara sengaja ataupun tidak sengaja. Secara saya sedar ataupun tidak sedar.



Salam Aidilfitri,
Ketika Ramadan bakal beransur pergi,
Syawal menjelma di aidilfitri,
Sang pemgembara masih di sini,

Untuk setiap kata, yang tak terjaga,
Hati dengan prasangka, janji yang tak terpenuhi
Kesalahan yang sengaja, khilaf yang tak disangka,
Maafkan manusia yang tak sempurna ini..

p/s : pagi tadi mimpi. hmm. terus mesej minta maaf. #mereka yang cuba memutuskan silaturahim sesama mereka adalah mereka yang berdosa besar.

:)
take care guys. selamat hari raya!!

No comments:

Post a Comment