Thursday, August 1, 2013

for you dear..


Ya Allah
Jika dia baik untukku, baik untuk keluargaku. Jadikanlah dia imamku.

Ya Allah
Jika dia yang mampu membahagiakanku dunia dan akhirat janganlah Engkau jauhkan dia dariku..

Ya Allah
Jika dialah yang dapat membawa aku ke jalanMU, satukanlah hati kami sampai akhirat..

Ya Allah
Jika aku adalah rusuk kirinya, jadikanlah aku pelengkap dirinya, pendamping paling setia, wanita yang dia cinta, isteri yang dia banggakan dan ibu terbaik untuk zuriat-zuriat kami.

Ya Allah,
HambaMu yang jahil ini meminta, ya Allah. Berikanlah dia kebahagiaan, kesihatan, kejayaan serta kasih sayangMU. Andai telah tertulis dia bukan untukku, kurniakanlah dia seseorang yang baik untuknya, dan bahagiakanlah mereka, ya Allah.

Ya Allah
Aku tidak tahu sejak bila aku mencintainya. Juga bagaimana untuk berhenti menyayanginya. Telah aku cuba melupakan tapi bayangannya tetap ada. Hati ini tetap juga menyanjung dia.

Ya Allah
Kerana kelemahan dan kekuranganku, aku serahkan semuanya padaMu. Jika mencintainya inilah, yang terbaik untukku, redhailah. Semoga cinta ini adalah keranaMU, ya Allah. Semoga cinta ini membawa aku dekat denganMU. Dan semoga cinta sesama insan ini menyedarkan aku untuk selalu mengisi hati ini dengan cinta terdalam padaMu dan kekasihMu.

Amin Ya Rabbal Alamin..

#saya search dalam google je #sekadar perkongsian bersama.

p/s : Sekuat mana kita setia, Sehebat mana kita merancang, Selama mana kita menunggu, Sekeras mana kita bersabar, Sejujur mana kita menerima dirinya, Jika takdir ALLAH menentukan kita bukan dengan dirinya, Kita tidak akan bersamanya. Jika ALLAH telah menuliskan jodoh kita dengan dirinya, Kita tetap akan bersama dirinya, Kerana tulang rusuk & pemiliknya, tidak akan pernah tertukar & akan bertemu pada saat yang tepat. Menurut ilmuNYA, tiada yang kebetulan melainkan semuanya telah dirancang & sebaik-baik yang dirancang dari ALLAH jua.



No comments:

Post a Comment