Tuesday, September 24, 2013

Doaku sentiasa bersama kalian.

Assalamualaikum semua :)

Minduuuunyeeee kat blogggggggggg!!! Hahaha. Meroyan tetiba. Rindu nak menaip sebenarnya. Rindu nak merapu-merapan. Haa kan dah keluar. Takde apa yang menarik, itu sebab menyepikan diri -,- macam biasalah kerja orang tanam anggur macam mana kan? Makan tidur, makan tidur aje kojeenyeee.

Ok, minggu ini merupakan minggu yang teramat genting buat rakan-rakanku yang masih lagi berjuang untuk menyelesaikan tugasan mereka. Aku sendiri tak tahu kenapa 2 3 hari ni, aku pulak yang terlebih, berdebar-debar, tak sedap badan, gelisah dan bla bla bla. And one more thing yang aku rasa kalau aku fikir-fikir balik kelakar pun ada. Haha. Uallsss know what, aku boleh menangis sorang-sorang kalau teringat dekat dorang semua. Risau, fikirkan keadaan dorang. Sebab aku pun pernah alami semua ni dulu. Aku tahu kepenatan dan kesukaran mereka semua.

Tambah-tambah lagi aku duk ikut perkembangan dorang dari hari ke hari, siapa tak risaukan?? Kawan kita tengah dalam kesusahan. Kalau nak diikutkan hati ni, nak je pergi tolong dorang, tapi apakan daya banyak perkara yang tak mengizinkan aku untuk lakukan hal sedemikian.


Ya Allah, kau permudahkanlah segala urusan mereka. Kau peliharalah kesihatan mereka agar meraka dapat menyelesaikan tugasan mereka dengan sempurna. Berikan ketenangan kepada mereka, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah. Ya Allah, semoga kepenatan dan kelelahan mereka membawa hasil yang tidak sia-sia.

Be best!! Do the Best!! All the Best!!



Hanya mampu berdoa untuk mereka dari jauh. Semoga Allah permudahkan segala urusan mereka. Amin. Usaha + Doa + Tawakkal. Sayang korang semuaaa. Aku akan sentiasa ada untuk semua. Walau dimana sekali pun (ceh ayat) Haha

p/s : Goodluck juga buat mereka yang sedang atau bakal menduduki peperiksaan. 
:)

Wednesday, September 18, 2013

Bahagia itu Sederhana.

Bahagia itu sederhana..

Saat aku mampu melepasi setiap hal yang membuatku merasa sakit dan menderita,
Saat aku mampu melepaskan segala kesedihan dan mengubahnya menjadi senyum dan tawa,
Saat aku tahu seseorang akan menunggu ku di luar sana untuk menjadi sebahagian dari hidupku..


Bahagia itu sederhana...

Saat keyakinan ku akan sebuah cinta yang selalu menjadi alasan buatku bertahan, bertahan untuk hidup, bertahan untuk tersenyum dan bertahan untuk percaya.

Kita tidak akan pernah mampu untuk benar-benar bahagia, jika kita tidak mampu untuk melepaskan sesuatu yang menjadi sumber kesedihan kita. Jadi berbahagialah selagi kita mampu, kerana bahagia itu SEDERHANA, sangat sederhana, sesederhana tuhan menciptakan kita dengan satu hati. Satu hati yang mampu mencintai dengan sebegitu banyaknya.

Friday, September 6, 2013

Happy birthday my precious

Assalamualaikum dan selamat malam semua :)

Happy birthday my lovely3, Rabiatul Adawiyah yang ke 18 :) Hari ni bawa dia keluar jalan-jalan sambil celebrate her birthday. Macam biasa my BFF haruslah turut serta sebab dia pun kakak kepada adik-adik aku. Adik aku yang dua lagi takde sebab dorang tak balik minggu ni, jadi mohon jeles ok! Hoho. Untunglah ada dua kakak, aku ni bukan je takde kakak, abang apa lagi. Huh! 


HB ADA :)


Birthday girl, love you sayang, semoga menjadi anak yang solehah, bertanggungjawab, dan semoga apa yang kamu impikan akan tercapai suatu hari nanti. Amin. 


Nasib la dapat kakak macam kami ni. Hoho
We Love Cikdaaaaa!!!!



Us. Always together : today, tomorrow and forever.

:)


Monday, September 2, 2013

Jom cuba produk terbaru dari Lancome:)

Assalamualaikum dan selamat pagi :)

Alhamdulillah sekarang sudah berada di bulan September, kejap je masa berlalu. Lagi 3 bulan kita nak habiskan tahun 2013. Kejapnyaaaaaaaa. Ok hari ni rasa nak citer kat korang produk Lancome. Kenal tak product tersebut. Mestilah kenalkan? Produk antarabangsa gitu! 

Kali ni produk Lancome melancarkan produk terbaru mereka iaitu foundition 'TEINT VISIONNAIRE' 


Sambil-sambil memperkenalkan produk terbaru mereka, pihak Lancome ni juga memberikan satu peluang kepada anda-anda diluar sana yang ingin mencuba dan rasai sendiri. Nak beli takut x menjadikan rugi je, beli mahal-mahal, jadi pada kata kita cuba dulu sample. Tak salah nak cuba barang free, bila lagi ye dopp? Kan kalau berpuas hati boleh la belii. Macam mana nak dapatkan??

Nah, mudah je klik sini yeee :)


Dan korang klik Step 1.


Dah dapat email dari Lancome, korang bolehlah tebus vouncher ini di stokis yang berdekatan dengan anda!! Macam gua ni of course ler tempat popular disini, tak lain tak bukan KBMALL. Haha. Jangan lupa print out dulu vouncher ni. 


Lepas korang dah cuba dan alaminya, korang boleh kongsikan perasaan korang selepas alaminya sendiri di Step 2. Sape tahu korang berpeluang memenangi Skin Perfecting Dua yang bernilai RM450 dari Lancome :)) Bestttkan.

Untuk ke page boleh klik FB Lancome.

Selamat mencuba. 
Have a great monday guys!


Sunday, September 1, 2013

Kamu..boleh aku bertanya?

Merindukah aku? Merindukah kamu? Tiada yang dapay menyangkal lumrah insani yang indah di helaian kutub hati. Bukan puisi tentang cinta tapi bait kata-kata puisi hati yang telus jelas nyata memutarkan sesuatu yang disebalikmya. Aku jujur..kamu juga jujur mahupun tanpa perlu tahu tentang hiba hinanya aku.



Kamu..boleh aku bertanya?

Adakah kamu tidak pernah terfikir tentang aku? Apakah kamu tidak pernah terlintas akan namaku, senyumanku, kasih sayangku dimainan jalanan hari-hari mu? Tiadakah sekelumit kenangan manis antara kita dahulu yang bisa membuat kamu tersenyum?

Kamu..boleh aku bercerita?

Aku rindu kamu, sentiasa ingat kamu.. Kadang kalanya ada yang berlalu melintasiku memakai bauan minyak wangi yang dulunya pernah kamu pakai, akan ku toleh dan mengikutinya dalam diam sambil menghidu baunya di angin dan tanpa sedar air mata jernih ku mengalir..ingatkan kamu..ingatkan kamu..rindu sungguh akan kehadiran kamu..

Kamu..boleh aku bertanya lagi?

Kamu bahagia di sana? Kamu gembira di sana? Senyumkah kamu di sana? Tawakah kamu di alam tanpa ku? Telah ketemukah selaut bahagia yang kamu cari, seluas angkasa indah yang kamu dambakan? Sejuta ketenangan hati yang kamu impikan?

Kamu..boleh aku bercerita lagi?

Aku rindu kamu, sentiasa memandang kamu.. Aku tahu kamu milik orang dan aku terima dengan hati yang suci, ikhlas kerana aku mahu lihat kamu bahagia. Dan kerana itu aku menjauhkan diri membawa kata hina untuk diri ini. Tiap kali aku memandang bulan purnama yang jauh, itu bagai kamu pada mata hati aku, aku memandang kamu yang bercahaya gembira di sana.. Dan maha sesungguhnya aku mahu berada di samping kamu bergembira, bercahaya purnama tapi aku pilih untuk melihat dari jauh demi bahagia kamu

Kamu..boleh aku bertanya?

Kenapa airmata ku mengalir tika mengatakan kata monolog jiwa ku ini? Sengsarakah aku? Kamu...

-Muaz Hadi-