Tuesday, September 24, 2013

Doaku sentiasa bersama kalian.

Assalamualaikum semua :)

Minduuuunyeeee kat blogggggggggg!!! Hahaha. Meroyan tetiba. Rindu nak menaip sebenarnya. Rindu nak merapu-merapan. Haa kan dah keluar. Takde apa yang menarik, itu sebab menyepikan diri -,- macam biasalah kerja orang tanam anggur macam mana kan? Makan tidur, makan tidur aje kojeenyeee.

Ok, minggu ini merupakan minggu yang teramat genting buat rakan-rakanku yang masih lagi berjuang untuk menyelesaikan tugasan mereka. Aku sendiri tak tahu kenapa 2 3 hari ni, aku pulak yang terlebih, berdebar-debar, tak sedap badan, gelisah dan bla bla bla. And one more thing yang aku rasa kalau aku fikir-fikir balik kelakar pun ada. Haha. Uallsss know what, aku boleh menangis sorang-sorang kalau teringat dekat dorang semua. Risau, fikirkan keadaan dorang. Sebab aku pun pernah alami semua ni dulu. Aku tahu kepenatan dan kesukaran mereka semua.

Tambah-tambah lagi aku duk ikut perkembangan dorang dari hari ke hari, siapa tak risaukan?? Kawan kita tengah dalam kesusahan. Kalau nak diikutkan hati ni, nak je pergi tolong dorang, tapi apakan daya banyak perkara yang tak mengizinkan aku untuk lakukan hal sedemikian.


Ya Allah, kau permudahkanlah segala urusan mereka. Kau peliharalah kesihatan mereka agar meraka dapat menyelesaikan tugasan mereka dengan sempurna. Berikan ketenangan kepada mereka, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah. Ya Allah, semoga kepenatan dan kelelahan mereka membawa hasil yang tidak sia-sia.

Be best!! Do the Best!! All the Best!!



Hanya mampu berdoa untuk mereka dari jauh. Semoga Allah permudahkan segala urusan mereka. Amin. Usaha + Doa + Tawakkal. Sayang korang semuaaa. Aku akan sentiasa ada untuk semua. Walau dimana sekali pun (ceh ayat) Haha

p/s : Goodluck juga buat mereka yang sedang atau bakal menduduki peperiksaan. 
:)

No comments:

Post a Comment