Sunday, September 1, 2013

Kamu..boleh aku bertanya?

Merindukah aku? Merindukah kamu? Tiada yang dapay menyangkal lumrah insani yang indah di helaian kutub hati. Bukan puisi tentang cinta tapi bait kata-kata puisi hati yang telus jelas nyata memutarkan sesuatu yang disebalikmya. Aku jujur..kamu juga jujur mahupun tanpa perlu tahu tentang hiba hinanya aku.



Kamu..boleh aku bertanya?

Adakah kamu tidak pernah terfikir tentang aku? Apakah kamu tidak pernah terlintas akan namaku, senyumanku, kasih sayangku dimainan jalanan hari-hari mu? Tiadakah sekelumit kenangan manis antara kita dahulu yang bisa membuat kamu tersenyum?

Kamu..boleh aku bercerita?

Aku rindu kamu, sentiasa ingat kamu.. Kadang kalanya ada yang berlalu melintasiku memakai bauan minyak wangi yang dulunya pernah kamu pakai, akan ku toleh dan mengikutinya dalam diam sambil menghidu baunya di angin dan tanpa sedar air mata jernih ku mengalir..ingatkan kamu..ingatkan kamu..rindu sungguh akan kehadiran kamu..

Kamu..boleh aku bertanya lagi?

Kamu bahagia di sana? Kamu gembira di sana? Senyumkah kamu di sana? Tawakah kamu di alam tanpa ku? Telah ketemukah selaut bahagia yang kamu cari, seluas angkasa indah yang kamu dambakan? Sejuta ketenangan hati yang kamu impikan?

Kamu..boleh aku bercerita lagi?

Aku rindu kamu, sentiasa memandang kamu.. Aku tahu kamu milik orang dan aku terima dengan hati yang suci, ikhlas kerana aku mahu lihat kamu bahagia. Dan kerana itu aku menjauhkan diri membawa kata hina untuk diri ini. Tiap kali aku memandang bulan purnama yang jauh, itu bagai kamu pada mata hati aku, aku memandang kamu yang bercahaya gembira di sana.. Dan maha sesungguhnya aku mahu berada di samping kamu bergembira, bercahaya purnama tapi aku pilih untuk melihat dari jauh demi bahagia kamu

Kamu..boleh aku bertanya?

Kenapa airmata ku mengalir tika mengatakan kata monolog jiwa ku ini? Sengsarakah aku? Kamu...

-Muaz Hadi-

No comments:

Post a Comment