Thursday, October 10, 2013

Belajar atau Bekerja

Assalamualaikum semua :)))

Sejak 1 2 3 4 5 6 menjak ni kan, aku kusut sangat. Dalam kepala otak ni dah buntu kaw kaw. Aku dalam dilema sebenarnya. Nak kerja atau nak sambung belajar. Rasa macam, entahlah aku sendiri tak tahu nak cakap apa. Kalau aku tanya umi dan abah, dorang tak kisah. Semuanya bergantung pada aku sebab ni masa depan aku dan aku yang nak hadapinya. Umi dan abah nak yang terbaik untuk aku. Tapi aku sendiri tak tahu apa yang aku nak? Hmmm. Hati kecil nak sambung belajar, tapi otak cakap nak kerja. Memang orang selalu cakap kalau kita nak buat sesuatu perkara tu, tapi rasa ragu-ragu dan was-was ikut kata hati. Iyaa, memang aku nak ikut kata hati tapi kan, ishhhhh. Aku sendiri tak paham apa yang aku nak sebenarnya. Ngeee. Macam parah je kan masalah aku ni. Hoho. 

Dah 2 kali gagal rayuan macam mana aku tak give up. Hmm. Mungkin takde rezeki lagi buat masa ni. Tapi untuk intake MAC 2014, no pin dah boleh beli, cuma aku ni aje yang tak beli-beli lagi. Sebabnya??? Aku bingung sebab aku tak tahu nak apply kos apa untuk degree. Nak stay dengan kos yang sama atau tukar kos? Semak jela kau ni minah!! Semua tak tahu. Dah aku memang tak tahu. Huwaaa. Sodih!


or

*Tapi diri ini masih buntuuu!! Helppp meee!! 

p/s : Planning untuk masa depan itu sangat berguna, memang ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur dan berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak :) Keduanya (belajar dan bekerja) penting sebenarnya, cuma pandai atau tidak untuk menguruskannya.



No comments:

Post a Comment