Monday, October 21, 2013

Biar lambat asal sempurna.

Assalamualaikum..



Mindunya nak update blog! Buzy sangat ke sampai tak nyempat-nyempat nak jenguk blog sendiri? Masa ada sangat nak update tapi tuan empunya blog inilah, takde idea nak mengarang. Sejak dah tak study ni rasa macam otak pun dah tak berapa nak berfungsi, blur je tiap-tiap hari. Padanlah kalau Cik Cactus panggil aku minah blur. Hukhuk.

Aku takde pun benda yang menarik nak cerita tapi disebabkan keinginan untuk update membuak-buak aku gagahkan juga lah memerah otak, apa yang aku nak cerita untuk entry kali ni. Actually, saat jari jemariku sedang menari-nari di atas keyboard, aku masih terfikir-fikir lagi nak cerita pasal apa. Sudah. Over sungguh kau nikan. Nak juga menulis dah terang-terang takde cerita nak bagitahu. Aiyoooo -,- Kan yang ada sat gi ayat merapu dari aku. Ngehngeh


******

Sekarang ni aku tengah duduk kalut selesaikan hal-hal yang tertunggak before aku konvo bulan 11 ni (wah nak konvo dah budak ni) Ingat senang je nak konvo rupanya susah juga, banyak sangat perkara nak kena buat (susah bagi orang yang buat kerja last minute : macam gua.) Al-maklumlah kali pertama memang tak tahu pape la. Bukan aku je kalut kawan-kawan aku pun sama. Segala benda mesti orang 1st yang dorang cari adalah aku. Ishh, minah blur ni jugalah dorang cari. Huhu.

Ok, aku nak bagi nasihat cikit, jangan jadi macam aku ni haaa. Sebab terlalu excited nak balik, habis je exam dalam kepala otak pikir balik, balik dan balik. Inilah padahnya. Padan muka untuk diri sendiri. (sila tepuk tangan!) Sebelum nak balik tu, silalah pastikan semua segala urusan berkaitan dengan pihak U itu selesai, nanti senang, kalau tak jadi macam aku ni 2 3 kali kerja nak turun naik pergi Perak. Kalau dah selesaikan senang, balik dengan hati yang lapang lagi tenteram. Yelah, sebab semua  kerja nak kena buat hujung jari, jadi sistem ni kadang-kadang tak betul, tu sebab buat awal-awal, kalau ada masalah senang terus rujuk dengan pihak U. 

Perkara wajib kena selesaikan sebelum balik itu, pastikan transkrip kemahiran insaniah tu dah lengkap, penilaian kendiri make sure dah buat dari Part 1 hingga Part 6, lepas tu extra KO kena isi, modul/ LDK yang kita duk pergi tiap2 sem tu lengkap ke tak dan sebagainya. Nanti jadi macam aku ni haa, nampak dah kena pergi Perak balik. 3 4 minggu nak konvo baru nak kalut. Macam nilah manusia. Huh! Kemahiran insaniah ni penting ok uallssss. Semua dah sedia maklumkan :) Lepas tu, check saman ada ke tak, kalau ada silalah bayorr, buat clearance, apa lagi ekk. Takde dah rasa. 

Kalau Perak macam Kota Bharu takpe 2 3 4 kali nak pergi pun bole. Aku ni 8 jam kot, tiket pula bukannya murah sekarang ni. Kalau pergi duduk seminggu dua takpelah, berbaloi juga duit tiket, ni 2 3 hari je *tak payah nak membebel lah salah kau jugak -,- 

****** 

Banyak perkara yang aku belajar dari semua ini, betul lah kata pengalaman banyak mengajar kita erti kehidupan yang sebenar. Jadi, jangan terlalu cepat ingin selesaikan tugas atau sesuatu perkara tanpa kita belum pasti, sudah sempurnakah segala yang kita lakukan? Biar lambat asalkan sempurna dan membuahkan hasil yang terbaik :) Aku jadikan ini sebagai iktibar dalam hidup aku. Selain tu, "sediakan payung sebelum hujan" ini memang diperlukan dalam kehidupan kita uallss, kita perlu bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan dalam kehidupan kita. You never know what will happen to us in the future. Jadi "beringat sebelum kena". Jangan buat kerja pada saat-saat akhir ok! 



p/s : Apa yang berlaku telah pun berlaku, masa tak dapat diputar kembali, yang baik itu jadikan teladan yang tak baik kita jadikan sempadan. Setiap yang berlaku samada yang gembira atau duka, semua dari Allah. 

*Yang tadi cakap takde idea. Hambek kau berjeler-jeler. Rasa macam dah merapu teramat sangat. Maafkan saya :P

"Let bygone be bygone. Life has to go on"

:)
Jumpa lagi di entry yang akan datang!
Goodnight.


No comments:

Post a Comment