Tuesday, November 19, 2013

Cuti-cuti Malaysia : Colmare Tropical, Berjaya Hills, Bukit Tinggi. Pahang.

Assalamualaikum :) 

Wah, rindunya kat blog tercintam ini. Hoho. Agak lama jugalah diri ini hilang tanpa khabar berita. Tak sedau aku seorang blogger. Walaupun tak se'femes' seperti para-para blogger di luar sana -,- tetapi aku tetap seorang blogger iyee idop? Harusss. Apa khabar semua pembacaku yang tersayang lagi tercinta? Haha (kau dah mula ye nak menggediksss). Actually, gua excited habis dorrr. Hukhuk (lempang kang)

Sebenarnya, aku rasa 2 minggu lepas, adalah hari rehat untuk aku. Sakan ok, aku bercuti! Haha. Redah negeri koo tahu :P Bermula dari Kelantan- Perak - Shah Alam- Kuantan- Terengganu dan berakhir di Kelantan balik. Kalau aku masuk Utara dan Selatan tu, khatam la aku jelajah semenanjung Malaysia. Huhu. Back to the topic. Maaf selalu lari dari tajuk :D Lepas je habis konvo haritu, keesokan harinya (Isnin) aku perlu menghadiri satu sesi temuduga di Shah Alam. Disebabkan umi dan abah masing-masing bekerja hari Selasa maka dorang tak dapat teman aku. Nasib baiklah, aku sekali dengan Wani. Dah sama-sama cari kerja, jadi kena panggil temuduga pun sama-samalah :D Sesampai je aku di Shah Alam terus pi temuduga, dan kami bermalam di sana. Keesokannya terus bertolak balik Ganu, rumah Wani :)

Nak dijadikan cerita, sekarangkan femes citer sinetron pukul 2 kat TV3 tu, Love In Paris. Ramai cakap cerita dia entah pape, tapi bagi aku cerita dia lain dari yang lain, dan mempunyai mesej yang tersendiri. zzzZzzzz. Haha. (ditujukan untuk BFF aku) Sambung balik. Aku pun feeling meeling rasa macam nak ke sana. Nak ke Perancis tu jauh sangat, dan tak berapa nak mampu lagi, jadi pi klon dia takpe dah. Aku cakap la dekat Wani nak pi Paris, Malaysia. Dia pun macam terpikir kejap, then bagitahu kat en pakwenya. Dan akhirnya permintaanku ditunaikan. Salah satu tempat yang aku nak sangat pergi. Memang best la en bujang ni :P Sebenarnya 1st time aku ke sana :)


Entrance untuk masuk ke Colmare Tropical, RM12 untuk dewasa. Kawasan yang ala-ala kota Perancis ni dipanggil Colmare Tropical ok uollssss :)  Aku pun pening sebenarnya mana satu nama dia yang sebetulnya. Nanti nak pi kaji dulu :P Nak habaq ni kalau korang yang jenis suka berjimba, aku suggestkan tak payah la buang duit ke sini. Takde pape pun sebenarnya. Hakhak. Tapi kalau uollss nak fefeeling seperti duduk di Kota Perancis, silalah datang amek feel :) Macam aku ni haaa. Ok, tempat makan dia pun boleh tahan mahal ok! Nasib baiksebelum nak naik tu kteorang dah makan siap-siap kat Genting Sepah. Takde la kebulur kat atas sana. Nak sampai puncuk tu uollss, perah!! punyalah jauh dan sememangnya teramatlah tinggi :) Nak cari souvenir pun susah. Takde banyak pilihan. Tempat tu tersangatlah sesuai untuk mereka yang ingin photoshoot ataupun honeymoon :D

Kat dalam ni banyak jugalah tempat-tempat yang korang boleh pergi, ada Japanese Tea House, Botanical Garden, Sport Club n Rabbit part. Besar jugak la kawasan ni. Tapi aku tak jelajah semua pun. Sebab cuaca masa aku ke sana tak berapa cantik. Hujan uollsss. Sadisss. Sampai kat sana, kami ke Japanese Tea House dulu, pergi tempat paling tinggi dulu, then baru ke Colmare Tropical  :) Sampai je kat Japanese Tea House tu suasana terus bertukar macam duk kat kawasan orang Jepun. Ngehngeh. Siyess. Kat sana ada rumah Jepun dan ada kimono rental, harga RM 20 ke RM25 per person. Kalau nak jadi orang Jepun buat sekali seumur hidup,bolehlah sewa baju dia, dan duduk dalam rumah tu sambil-sambil minum tea dan gambar anda akan di snap. Huhu. 




Japanese Tea House :)  Masa kat rumah Jepun ni, tetiba pulak hujan turun dengan lebatnya. Gambar kat atas pun amik time hujan. Nak jugak amik walaupun kebasahan. Lepas tu terus lari lintang-pukang -,- Then, kami ke kota Paris, akulah orang yang paling teruja ok! Hahaha. 




Happy sungguh budak atas tu. Ngehngeh 



Kat sini ada Swan. Nampak je swan tu rasa macam nak amik peluk je. Jakun ok! Huhu. Ada beberapa spesis swan, ada putih dan hitam. Yang hitam tak dang nak snap. Malu kot. First time tengok real. Haha




Kuda ku lari, gagah berani :))



Kalau di Perancis ada menara Eiffel, kat Colmare Tropical ni pun ada juga, bertingkek-tingkek nak naik satu- persatu anak tangga, dahlah pakai kain. Huh, nasib aku tak tergolek. Wakakaka. Sampai view dia tersangat cantik. Tenang, damai dan paling penting sejukkk :)


View dari viewing tower :) Terima kasih Kak Ena, Wani dan Enpakwe Wani. Sudi bawa aku ke sini. Dorang ni aku baru je kenal, tapi  rasa macam dah lama kenal. Biasalah aku kan peramah dan girang orangnya (puji diri kejap) Semua orang aku belasah je. Janji baik dan ikhlas nak kawan dengan aku. Hokhok. *Tetiba rindu dorang. Hmm. Harap dapat jumpa lagi.


Cakkk! Rasa macam duduk Perancis je tunggu Pangeran datang ambil. Gedisss je. 


Kemain lagi posing. Hahaha. Last picture dari aku mungkin, terlalu banyak pic tak tahu nak pilih yang mana :) Ikut nak masuk semua je tapi rasa macam melampau sangatlah pulak. Kang ada yang menyampah -,-

Last but not least

Seperti yang sedia maklum tahun 2014, adalah tahun melawat Malaysia, usaha ini adalah satu langkah penting bagi melonjakkan lagi ekonomi negara ke satu tahap yang lebih baik. Korang jangan lepaskan peluang melawat tempat-tempat yang menarik yang ada di negara kita ok! Memandangkan sekarang musim cuti sekolah, ambillah peluang ini menghabiskan masa bersama insan-insan yang tersayang :D Tak rugi pun melancong di dalam negara sendiri. Macam-macam adoo. Sebenarnya bercuti adalah salah satu langkah yang dapat membantu menghilangkan stress dan tekanan. Jadi pakar motivasi kejap :P  


Layari : Tourism Malaysia atau di twitter #VMY2014 or #TMM2014. 

p/s : Panjang pulak entry kali ni, sama panjang dengan tajuknya sekali. Hehe. Nasiblah siapa yang muntah baca tu :P Padan sangatlah dengan lama aku tak ber'update kan. Huhu. Apa-apa pun terima kasih sudi luangkan masa :D sayang korang. Peaceee!!

Happy holiday everyone!
Bye.

Wednesday, November 6, 2013

Bukan Semua Yang Kita Mahu, Kita Dapat.

Tidak semua benda yang kita inginkan tercapai,
Tidak semua yang kita harapkan akan menjadi realiti.

Dalam dunia ini, bukan semua benda yang kita hajatkan kita akan capai. Banyak perkara, dalam pelbagai situasi, kita tidak mendapat apa yang kita hajati. Walaupun kadangkala telah berusaha bersungguh-sungguh, walaupun kadangkala telah bermati-matian memikirkan strategi. Tetapi tidak berjaya untuk kita mendapatkannya.


Dalam banyak-banyak perkara yang pernah berlaku dalam hidup ini. Aku tertarik kepada namanya JODOH. Setiap orang pernah rasa dicintai dan dikasihi? Pernah juga rasa tidak dihargai? Pernah juga rasa dicurangi dan ditinggalkan? Setiap kisah yang terjadi, mempunyai pelbagai corak sejarah dan ceritanya. Aku juga sama, tidak terlepas dari dugaan itu :) Dan setiap perhubungan itu pastinya ingin diakhiri dengan cintaHalal, namun adakah dia JODOH dariNya untuk kita. Mulalah jiwa dan perasaan menghantui menanyakan, mengapa kita dipertemukan dengan orang yang salah, dan kenapa kita mesti mencintai dan dicintai dengan mereka yang akhirnya bukan untuk kita? Ada juga yang apabila disaat mereka ingin diijabkabulkan, sesuatu yang tidak diinginkan terjadi. Malahan ada juga yang tidak bersedia untuk memikul tanggungjawab, tetapi terpaksa menikahi dengan mereka yang langsung kita tidak kenal. Kita perlu tanya sama diri kita mungkin boleh jadi apa yang kita hajatkan, apa yang kita mahu, bakal memberikan keburukan kepada kita. Apabila tidak mendapat apa yang kita hajatkan, boleh jadi hakikatnya kita sedang diselamatkan oleh Allah SWT atas keburukan yang bakal kita hadapi. Oleh demikian, perkara ini tersimpan di dalam HIKMAH. Dan hikmah tidak semestinya kita ketahui pada masa ianya terjadi.

Kekadang ada juga  terfikir akan ketidaksempurnaan ini, ada mereka yang sangat cantik (dari semua segi) tapi apabila berkahwin, tidak mempunyai anak atau mendapat suami yang tidak sempurna, ada juga mereka yang sangat cantik juga tapi lemah didalam pelajaran, ada mereka yang tidak cantik (hodoh dan gemuk) tapi pintar dalam pelajaran. Ada mereka yang memdapat suami yang kaya, dan mempunyai pekerjaan yang hebat, tetapi tidak mempunyai anak, ada juga yang pintar dan cantik tetapi mempunyai sifat amarah yang sangat ketara dan tiada kawan yang ingin dekat dengannya, ada juga yang baik hati dan  murah hati, selalu bersedekah, tapi punya isteri yang bermulut tempayan, suka menceritakan keburukan orang dan sangat memalukan suaminya, serta ada juga mereka yang hendak sangat anak, tapi tidak diberikan anak oleh Allah SWT, manakala yang tidak mahu anak, itulah orang yang dapat anak.


Banyak lagi yang kita tahu tentang perkara ini. Sangat biasa berlaku disekeliling kita. Ini membuktikan Allah Maha Adil. Manusia tidak sempurna, sangat sangat tidak sempurna bukan semua yang cantik dan baik ada pada seorang manusia. Allah tidak akan memberi semua perkara baik kepada satu orang. Allah akan memberi juga yang tidak sempurna, untuk membolehkan kita tahu diri.

"Allah itu Maha Mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui apa-apa"

Allah itu Maha Penyayang. Jika kita tidak mendapat apa yang kita hajati pun, itu adalah sebahagiaan dari kasih sayangNya.Jadi, jangan pernah kecewa apabila apa yang dihajatkan tidak tercapai. Dan sentiasalah memahami bahawa di dalam kehidupan, bukan semua perkara yang kita hajati akan berjaya kita capai. Sekiranaya kita mampu memahami perkara ini, lumrah ini, hakikat ini, insyaAllah jiwa kita akan tidak berbeban. Hal ini kerana, kita sentiasa positif. Positif, sentiasa membuahkan positif yang lain. InsyaAllah.

"Sesungguhnya apa-apa yang akan Aku lakukan terhadap hambaKu adalah mengikut sangkaan hambaKu terhadap ku.
(Hadith Riwayat Imam Ahmad, Bukhari, Muslim dan lain-lain)


Hakikatnya itulah lumrah. 


Sunday, November 3, 2013

Counting days

Assalamualaikum.

Hye November, kejap je masa berlalu. Sekarang tengah duk menghitung hari untuk ke hari jubah :) excited + sedih + nebes. Semua adalah. Disebabkan hari ni tak pernah nak busy jadi, kerajinan untuk menulis datang dengan begitu berkobar-kobar. Sungguh! 

Sebelum ni aku duk pikir nak konvo ni senang je, just bayar yuran dan pergi. Rupa-rupanya jauh di luar dugaanku. Haha. Banyak pulak kerja nak kena selesaikan before konvo. Tapi alhamdulillah semua dah selesai cuma slip yuran konvo tak print lagi (perlu ke citer) ngeeee. 

Semua gambar di bawah ni aku copy je kat dalam website Uitm je. Takde pape pun sebenarnya tapi disebabkan aku ni kalau takde kerja suka buka blog sendiri dan baca balik apa yang aku pernah tulis, jadi tak salah aku abadikan dalam ni. Semua ini sebagai kenangan untuk aku dimasa akan datang. Eceh! 



AP 111.
:)


Disebabkan fakulti aku ini mula-mula, jadi debor la jugak, nak-nak pulak aku giliran no 3. Ishhh memang debor la weh. Tak sempat nak rasa panas dah kena naik pentas. Nama super duper ringkas nak buat macam mana kan, huhu. Senang en bakal suami nak sebut nanti, tak payah nak berbelit-belit lidah. Huhu. Dah melalut -,- Ok. sebenarnya banyak lagi nak citer tapi tapi tapi...nantilah.


:)
Happy weekend uollss.

p/s : GOMO KELATE GOMO. 


Saturday, November 2, 2013

Untitled #1

Takutku untuk kembali tersenyum,
Takutku untuk kembali bahagia,
Takutku untuk kembali memiliki,
Takutku untuk kembali merasai,
Takutku untuk kembali bertahan,

kerana
sekiranya waktu itu tiba, ku akan kehilangannya dengan sekelip mata,

Tika itu..
Duniaku terasa hampar,
Duniaku terasa terlalu asing,
Duniaku terasa begitu sepi,
Duniaku sudah tidak lagi ditemani bintang yang indah.

*Cukuplah hanya seketika dahulu..