Tuesday, November 19, 2013

Cuti-cuti Malaysia : Colmare Tropical, Berjaya Hills, Bukit Tinggi. Pahang.

Assalamualaikum :) 

Wah, rindunya kat blog tercintam ini. Hoho. Agak lama jugalah diri ini hilang tanpa khabar berita. Tak sedau aku seorang blogger. Walaupun tak se'femes' seperti para-para blogger di luar sana -,- tetapi aku tetap seorang blogger iyee idop? Harusss. Apa khabar semua pembacaku yang tersayang lagi tercinta? Haha (kau dah mula ye nak menggediksss). Actually, gua excited habis dorrr. Hukhuk (lempang kang)

Sebenarnya, aku rasa 2 minggu lepas, adalah hari rehat untuk aku. Sakan ok, aku bercuti! Haha. Redah negeri koo tahu :P Bermula dari Kelantan- Perak - Shah Alam- Kuantan- Terengganu dan berakhir di Kelantan balik. Kalau aku masuk Utara dan Selatan tu, khatam la aku jelajah semenanjung Malaysia. Huhu. Back to the topic. Maaf selalu lari dari tajuk :D Lepas je habis konvo haritu, keesokan harinya (Isnin) aku perlu menghadiri satu sesi temuduga di Shah Alam. Disebabkan umi dan abah masing-masing bekerja hari Selasa maka dorang tak dapat teman aku. Nasib baiklah, aku sekali dengan Wani. Dah sama-sama cari kerja, jadi kena panggil temuduga pun sama-samalah :D Sesampai je aku di Shah Alam terus pi temuduga, dan kami bermalam di sana. Keesokannya terus bertolak balik Ganu, rumah Wani :)

Nak dijadikan cerita, sekarangkan femes citer sinetron pukul 2 kat TV3 tu, Love In Paris. Ramai cakap cerita dia entah pape, tapi bagi aku cerita dia lain dari yang lain, dan mempunyai mesej yang tersendiri. zzzZzzzz. Haha. (ditujukan untuk BFF aku) Sambung balik. Aku pun feeling meeling rasa macam nak ke sana. Nak ke Perancis tu jauh sangat, dan tak berapa nak mampu lagi, jadi pi klon dia takpe dah. Aku cakap la dekat Wani nak pi Paris, Malaysia. Dia pun macam terpikir kejap, then bagitahu kat en pakwenya. Dan akhirnya permintaanku ditunaikan. Salah satu tempat yang aku nak sangat pergi. Memang best la en bujang ni :P Sebenarnya 1st time aku ke sana :)


Entrance untuk masuk ke Colmare Tropical, RM12 untuk dewasa. Kawasan yang ala-ala kota Perancis ni dipanggil Colmare Tropical ok uollssss :)  Aku pun pening sebenarnya mana satu nama dia yang sebetulnya. Nanti nak pi kaji dulu :P Nak habaq ni kalau korang yang jenis suka berjimba, aku suggestkan tak payah la buang duit ke sini. Takde pape pun sebenarnya. Hakhak. Tapi kalau uollss nak fefeeling seperti duduk di Kota Perancis, silalah datang amek feel :) Macam aku ni haaa. Ok, tempat makan dia pun boleh tahan mahal ok! Nasib baiksebelum nak naik tu kteorang dah makan siap-siap kat Genting Sepah. Takde la kebulur kat atas sana. Nak sampai puncuk tu uollss, perah!! punyalah jauh dan sememangnya teramatlah tinggi :) Nak cari souvenir pun susah. Takde banyak pilihan. Tempat tu tersangatlah sesuai untuk mereka yang ingin photoshoot ataupun honeymoon :D

Kat dalam ni banyak jugalah tempat-tempat yang korang boleh pergi, ada Japanese Tea House, Botanical Garden, Sport Club n Rabbit part. Besar jugak la kawasan ni. Tapi aku tak jelajah semua pun. Sebab cuaca masa aku ke sana tak berapa cantik. Hujan uollsss. Sadisss. Sampai kat sana, kami ke Japanese Tea House dulu, pergi tempat paling tinggi dulu, then baru ke Colmare Tropical  :) Sampai je kat Japanese Tea House tu suasana terus bertukar macam duk kat kawasan orang Jepun. Ngehngeh. Siyess. Kat sana ada rumah Jepun dan ada kimono rental, harga RM 20 ke RM25 per person. Kalau nak jadi orang Jepun buat sekali seumur hidup,bolehlah sewa baju dia, dan duduk dalam rumah tu sambil-sambil minum tea dan gambar anda akan di snap. Huhu. 




Japanese Tea House :)  Masa kat rumah Jepun ni, tetiba pulak hujan turun dengan lebatnya. Gambar kat atas pun amik time hujan. Nak jugak amik walaupun kebasahan. Lepas tu terus lari lintang-pukang -,- Then, kami ke kota Paris, akulah orang yang paling teruja ok! Hahaha. 




Happy sungguh budak atas tu. Ngehngeh 



Kat sini ada Swan. Nampak je swan tu rasa macam nak amik peluk je. Jakun ok! Huhu. Ada beberapa spesis swan, ada putih dan hitam. Yang hitam tak dang nak snap. Malu kot. First time tengok real. Haha




Kuda ku lari, gagah berani :))



Kalau di Perancis ada menara Eiffel, kat Colmare Tropical ni pun ada juga, bertingkek-tingkek nak naik satu- persatu anak tangga, dahlah pakai kain. Huh, nasib aku tak tergolek. Wakakaka. Sampai view dia tersangat cantik. Tenang, damai dan paling penting sejukkk :)


View dari viewing tower :) Terima kasih Kak Ena, Wani dan Enpakwe Wani. Sudi bawa aku ke sini. Dorang ni aku baru je kenal, tapi  rasa macam dah lama kenal. Biasalah aku kan peramah dan girang orangnya (puji diri kejap) Semua orang aku belasah je. Janji baik dan ikhlas nak kawan dengan aku. Hokhok. *Tetiba rindu dorang. Hmm. Harap dapat jumpa lagi.


Cakkk! Rasa macam duduk Perancis je tunggu Pangeran datang ambil. Gedisss je. 


Kemain lagi posing. Hahaha. Last picture dari aku mungkin, terlalu banyak pic tak tahu nak pilih yang mana :) Ikut nak masuk semua je tapi rasa macam melampau sangatlah pulak. Kang ada yang menyampah -,-

Last but not least

Seperti yang sedia maklum tahun 2014, adalah tahun melawat Malaysia, usaha ini adalah satu langkah penting bagi melonjakkan lagi ekonomi negara ke satu tahap yang lebih baik. Korang jangan lepaskan peluang melawat tempat-tempat yang menarik yang ada di negara kita ok! Memandangkan sekarang musim cuti sekolah, ambillah peluang ini menghabiskan masa bersama insan-insan yang tersayang :D Tak rugi pun melancong di dalam negara sendiri. Macam-macam adoo. Sebenarnya bercuti adalah salah satu langkah yang dapat membantu menghilangkan stress dan tekanan. Jadi pakar motivasi kejap :P  


Layari : Tourism Malaysia atau di twitter #VMY2014 or #TMM2014. 

p/s : Panjang pulak entry kali ni, sama panjang dengan tajuknya sekali. Hehe. Nasiblah siapa yang muntah baca tu :P Padan sangatlah dengan lama aku tak ber'update kan. Huhu. Apa-apa pun terima kasih sudi luangkan masa :D sayang korang. Peaceee!!

Happy holiday everyone!
Bye.

No comments:

Post a Comment