Monday, December 30, 2013

Melangkah..

Assalamualaikum dan selamat pagi :)

Alhamdulillah, masih lagi berkesempatan untuk menulis walaupun pagi nanti dah nak berangkat ke Kuantan. Sekejap je, lusa kita bakal melangkah ke satu lagi tahun iaitu 2014 yang mungkin agak mencabar. Penuh dengan kecanggihan, kesibukan. Semoga tahun yang bakal menjelma tidak lama lagi memberikan seribu satu harapan, impian agar tahun 2014 membawa erti yang cukup bermakna di dalam diri kalian semua :) InsyaAllah, amin...

 Kemungkinan besar, aku tak dapat nak ucapan awal-awal. Jadi entry ni aku post 1 hari lebih awal sebelum detik 12 malam 31.12.13. Hehe. Entah pape je. Aku dah pening dengan ayat sendiri. Ok abaikan -,-Maklumlah menulis pukul 1.45 am. Otak tak berapa nak berfungsi. Tahun baru ni, aku bakal menghadapi suasana baru, tempat tinggal baru, orang-orang baru, budaya baru, pokoknya semua baru-barulah :D kita dapat kerja di Kuantan. Jadi, dah tak jadi penanam anggur yang tegar. Alhamdulillah, di atas rezekiNya. Semoga segalanya dipermudahkan. Tapi sedih tahun ni kali pertama tak dapat sambut tahun baru bersama keluarga. Sobs sobs. 





Apa pun yang berlaku pada tahun lalu, jadikan ia pembakar semangat untuk terus melangkah ke hadapan. Jangan pernah berputus asa dengan kegagalan di masa lalu, jadikan ia kegagalan yang di penghujungnya membuahkan kemenangan yang terindah. Pandang ke hadapan, kejayaan menanti!! (berbelit-belit ayat) ngeeee -,-

"Ya Allah, aku memohon ketentuan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohon penetapan dengan kekuasaanMu, juga kau memohon kurniaMu yang maha besar, Sesungguhnya Engkau yang Maha Mengetahui dan aku tidak mengetahui apa-apa. Engkau yang Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, sekiranya dalam ilmuMu urusanku ini baik untuk aku dan agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, takdirkan untuk aku dan mudahkan serta berikan keizinan kepada aku melaluinya. Sebaliknya, apabila dalam ilmuMu urusan ini buruk untuk aku dan agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, lalu jauhkan hal itu daripada aku dan jauhkan aku daripada urusan itu serta takdirkan untuk aku yang lebih baik daripada urusan itu walau di mana jua, Kemudian, puaskan hatiku dengan takdirMu itu."

p/s : lepas ni bila la pulak dapat menaip. Mesti kita dah busy. InsyaAllah, panjang umur dan ada kelapangan masa, aku pasti menulis :)


byebye.
 Assalamualaikum 

Friday, December 27, 2013

Jualan Gudang FCC :) Jom.

Assalamualaikum dan selamat pagi :)

Hari ni nak share something dekat korang, yang masih blur tahu nak buat apa besok, memandangkan sekarang musim shopping ye dop, YEAR END SALE lah katakan :) dah shopping beg, baju, aksesori, barangan sekolah. Produk kosmetik? dah? kalau belum, yang mana berdekatan area Selangor tu, moh ler kita ke Jualan Gudang FCC sempena ulangtahun FCC ke 5 pada 28/12/2013- 29/12/2013. Iaitu besok dan lusa.


Korang pasti tidak akan menyesal dengan harga yang mereka tawar teramatlah rendah ok!! Dari rm 1.55- rm35.00. Haaa?? Siapa nak bagi harga memurah macam tu? Nampak begitu harga kasih sayang dorang tawarkan ^_^ Jualan bermula dari jam 10 pagi hingga 6 petang, bertempat di :

 NO. 29G, JALAN PUTRA MAHKOTA 7/8D,

PUTRA POINT BUSINESS CENTRE, 
SEKSYEN 7, PUTRA HEIGHTS,
47650 SELANGOR. (Berhadapan dengan pasaraya GIANT)




Antara produk yang akan dijual dengan harga yang terendah, dan semua produk ini adalah BEST SELLER ok uolssss!! Jadi apa tunggu lagi, jangan ragu-ragu, besok ajak semua kaum kerabat pi serbu Jualan Gudang FCC ok! Pilih yang mana nak, borang semua pun takpe, tak jadi masalah pun. Hihi

last preparation dorang semalam. 

pic credit : FCC Official Like Page

Belum cuba, belum tahu uollsss :)
happy shopping! pasti tak menyesal. 

Thursday, December 26, 2013

My cousin wedding #throwback

Assalamualaikum :)

Holla, lama tak jumpa, lama tak menulis, lama tak merapu, lama tak..:P Idea nak menulis makin lama makin hilang. Sebabnya takde citer nak kongsi. Kekeringan untuk mencara topik. Sadisss. Hari ini nak throwback  wedding my cousin bulan lepas :) Cousin aku ni lelaki ok, anak maklong dan paklong. Hari ni baru rajin nak mengupdate, dah basi dah pun. Huhu Entry ni lama dah terperap dalam draf. 

Layan gamboo jelah ye.




bang long dan kak sarah :)
sama cantik sama padan kan? 


Tokma.




Me, Cikanis dan Cikti (my second sista)


Candid! Suka gambar ni. 


Tokma bersama anak menantunya :D
maksu, maklong cikanis, umi dan tokma. 




anak manja umi :D
lebiuUmi. 




:)
jadilah lepaskerinduan nak meng'update'
byebye

Saturday, December 14, 2013

Lirik lagu Mendua -Astrid



ku tak habis pikir kurangku dimana
kau tega melepaskan aku
jauh ku menatap namun terlalu jauh
imanjinasiku terberai
terdiam aku beku tanpamu
dimanakah letak hatimu

kau putuskan tuk mendua
dengan dia dibelakangku
padahal ku pilih kamu
jadi cinta terakhir

ku tak habis pikir kurangku dimana
kau tega melepaskan aku
jauh ku menatap namun terlalu jauh
imanjinasiku terberai
terdiam aku beku tanpamu
dimanakah letak hatimu

kau putuskan tuk mendua
dengan dia dibelakangku
padahal ku pilih kamu
jadi cinta terakhir

kau putuskan tuk mendua
dengan dia dibelakangku
padahal ku pilih kamu
jadi cinta terakhir, jadi cinta terakhir

Thursday, December 5, 2013

Apabila kita terlalu mencari kesempurnaan..



Murid : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik? Sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Ok, buat apa yang saya suruh. Awak pergi ke padang, jalan atas padang tu sambil tengok rumput-rumput didepan awak. Pilih la yang PALING CANTIK! Jangan sesekali toleh belakang lagi, pilih yang hanya didepan awak, bukan dibelakang. Pilih yang PALING CANTIK dan bawak ke kelas.

***Murid-murid ke padang. Apabila murid itu kembali ke kelas, tiada pun walau sehelai rumput ditangannya.

Cikgu : Laa, kenapa tak amik rumput? Kan banyak rumput di padang tu?

Murid : Tadi masa berjalan, memang la banyak rumput yang cantik, tapi cikgu kata amik yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang! Saya dah nak amik rumput yang cantik itu, tapi ada lagi yang paling cantik didepan, saya terus la berjalan. Ada lagi paling cantik, last-last sampai hujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin yang paling cantik itu ada kat belakang saya, nak undur balik, tak boleh sebab cikgu kata pilih yang didepan sahaja. Jadi, tiadalah rumput yang saya petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapan yang awak cari..

Apabila kita dah jumpa orang yang kita sayang, jangan pernah kita nak cari yang lebih elok dari itu, kita patut menghargai orang yang didepan kita sebaik-baiknya. Janganlah toleh ke belakang lagi, sebab apa yang dah berlalu itu tetap akan berlalu, dan ingatlah..Orang yang paling kita sayang itulah paling cantik. Walau diikutkan ada lagi yang lebih baik di depan awak seperti awak mencari rumput tadi :)


*** Kadangkala terlalu memilih untuk mencari sesuatu yang sempurna, namun kita tidak pernah menyedari bahawa kesempurnaan yang kita cari sebenarnya berada tidak jauh dari kita. Hargailah setiap apa yang kita kecapi dengan melihat semua itu dengan mata hati bukan dengan pandangan mata kasar :)

p/s : petikan dan gambar copypaste dari en google dan facebook.

Sharing is caring. 

Sunday, December 1, 2013

I'm officially a diploma holder

Assalamualaikum :)

Hari jubah aku ni dah lapuk, dah 3 minggu berlalu, tapi semalam baru dapat gambar, jadi aku nak jugak abadikan dalam blog. Hewhew. Kiranya throwback la yee :) Alhamdulillah, syukur sangat-sangat, akhirnya pada 9.11.2013 aku konvo!! Tercapai jugak impian nak genggam segulung diploma. Penantian selama 3 tahun..pengorbanan masa, tenaga dan usaha yang akhirnya membuahkan hasil.

Part yang feeling habis masa hari konvo, waktu nyanyi lagu UiTM Dihatiku, siyes sebak wehhh. Rasa macam hari ni penamat segala-galanya lepas ni bila pulak dapat nyanyi lagu ni. Teringat balik semua kenangan yang pernah aku tempuhi, ada tawa dan tangis yang kadang kala bergerak seiring langkah. Ada keindahan dan kesuraman terukir di dalam ikatan persahabatan.

Bahagia, teruja dan bangga kerana akhirnya aku dapat membuktikan aku pun mampu berjaya walaupun bukan 1st class. Membuat abah dan umi bangga itu sudah cukup buat hati ini bernafas lega :)

10.06.2010-22.04.2013
Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah
UiTM, Seri Iskandar, Perak.




Abah dan umi kesayangan. Thanks for everything!




UiTM Dihati


Wajah cinta hati hamba :) Asmira.



Love them more!




We are free!!

Pada hari bahagia ni juga, insan-insan yang dekat dihati takde, tapi aku tahu. Diorang tetap dalam hati ini. Sama-sama kongsi rasa gembira :) Takpe geng-gengku..insyaAllah ada masa lain kita gathering sama-sama. Walaupun kita takde gambar konvo sama-sama, tapi sepanjang 6 sem dah banyak yang kita lalui bersama :) Semoga semua itu tetap dalam ingatan. 

all of us :)
 Ini satu-satunya gambar satu kelas yang ada : Geng TRPB.

Pertemuan dan perpisahan adalah lumrah kehidupan, 
Setiap pertemuan pasti menjanjikan perpisahan, 
Namun perpisahan tak semestinya ada pertemuan, 
Hargailah setiap kenangan..semoga dengan doa, takdir pertemuan memihak kepada kita.


Amin

*segalanya bermula di sini dan berakhir jua di sini.
bye
:)