Thursday, December 5, 2013

Apabila kita terlalu mencari kesempurnaan..



Murid : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik? Sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Ok, buat apa yang saya suruh. Awak pergi ke padang, jalan atas padang tu sambil tengok rumput-rumput didepan awak. Pilih la yang PALING CANTIK! Jangan sesekali toleh belakang lagi, pilih yang hanya didepan awak, bukan dibelakang. Pilih yang PALING CANTIK dan bawak ke kelas.

***Murid-murid ke padang. Apabila murid itu kembali ke kelas, tiada pun walau sehelai rumput ditangannya.

Cikgu : Laa, kenapa tak amik rumput? Kan banyak rumput di padang tu?

Murid : Tadi masa berjalan, memang la banyak rumput yang cantik, tapi cikgu kata amik yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang! Saya dah nak amik rumput yang cantik itu, tapi ada lagi yang paling cantik didepan, saya terus la berjalan. Ada lagi paling cantik, last-last sampai hujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin yang paling cantik itu ada kat belakang saya, nak undur balik, tak boleh sebab cikgu kata pilih yang didepan sahaja. Jadi, tiadalah rumput yang saya petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapan yang awak cari..

Apabila kita dah jumpa orang yang kita sayang, jangan pernah kita nak cari yang lebih elok dari itu, kita patut menghargai orang yang didepan kita sebaik-baiknya. Janganlah toleh ke belakang lagi, sebab apa yang dah berlalu itu tetap akan berlalu, dan ingatlah..Orang yang paling kita sayang itulah paling cantik. Walau diikutkan ada lagi yang lebih baik di depan awak seperti awak mencari rumput tadi :)


*** Kadangkala terlalu memilih untuk mencari sesuatu yang sempurna, namun kita tidak pernah menyedari bahawa kesempurnaan yang kita cari sebenarnya berada tidak jauh dari kita. Hargailah setiap apa yang kita kecapi dengan melihat semua itu dengan mata hati bukan dengan pandangan mata kasar :)

p/s : petikan dan gambar copypaste dari en google dan facebook.

Sharing is caring. 

No comments:

Post a Comment