Sunday, December 1, 2013

I'm officially a diploma holder

Assalamualaikum :)

Hari jubah aku ni dah lapuk, dah 3 minggu berlalu, tapi semalam baru dapat gambar, jadi aku nak jugak abadikan dalam blog. Hewhew. Kiranya throwback la yee :) Alhamdulillah, syukur sangat-sangat, akhirnya pada 9.11.2013 aku konvo!! Tercapai jugak impian nak genggam segulung diploma. Penantian selama 3 tahun..pengorbanan masa, tenaga dan usaha yang akhirnya membuahkan hasil.

Part yang feeling habis masa hari konvo, waktu nyanyi lagu UiTM Dihatiku, siyes sebak wehhh. Rasa macam hari ni penamat segala-galanya lepas ni bila pulak dapat nyanyi lagu ni. Teringat balik semua kenangan yang pernah aku tempuhi, ada tawa dan tangis yang kadang kala bergerak seiring langkah. Ada keindahan dan kesuraman terukir di dalam ikatan persahabatan.

Bahagia, teruja dan bangga kerana akhirnya aku dapat membuktikan aku pun mampu berjaya walaupun bukan 1st class. Membuat abah dan umi bangga itu sudah cukup buat hati ini bernafas lega :)

10.06.2010-22.04.2013
Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah
UiTM, Seri Iskandar, Perak.




Abah dan umi kesayangan. Thanks for everything!




UiTM Dihati


Wajah cinta hati hamba :) Asmira.



Love them more!




We are free!!

Pada hari bahagia ni juga, insan-insan yang dekat dihati takde, tapi aku tahu. Diorang tetap dalam hati ini. Sama-sama kongsi rasa gembira :) Takpe geng-gengku..insyaAllah ada masa lain kita gathering sama-sama. Walaupun kita takde gambar konvo sama-sama, tapi sepanjang 6 sem dah banyak yang kita lalui bersama :) Semoga semua itu tetap dalam ingatan. 

all of us :)
 Ini satu-satunya gambar satu kelas yang ada : Geng TRPB.

Pertemuan dan perpisahan adalah lumrah kehidupan, 
Setiap pertemuan pasti menjanjikan perpisahan, 
Namun perpisahan tak semestinya ada pertemuan, 
Hargailah setiap kenangan..semoga dengan doa, takdir pertemuan memihak kepada kita.


Amin

*segalanya bermula di sini dan berakhir jua di sini.
bye
:)

No comments:

Post a Comment