Monday, December 30, 2013

Melangkah..

Assalamualaikum dan selamat pagi :)

Alhamdulillah, masih lagi berkesempatan untuk menulis walaupun pagi nanti dah nak berangkat ke Kuantan. Sekejap je, lusa kita bakal melangkah ke satu lagi tahun iaitu 2014 yang mungkin agak mencabar. Penuh dengan kecanggihan, kesibukan. Semoga tahun yang bakal menjelma tidak lama lagi memberikan seribu satu harapan, impian agar tahun 2014 membawa erti yang cukup bermakna di dalam diri kalian semua :) InsyaAllah, amin...

 Kemungkinan besar, aku tak dapat nak ucapan awal-awal. Jadi entry ni aku post 1 hari lebih awal sebelum detik 12 malam 31.12.13. Hehe. Entah pape je. Aku dah pening dengan ayat sendiri. Ok abaikan -,-Maklumlah menulis pukul 1.45 am. Otak tak berapa nak berfungsi. Tahun baru ni, aku bakal menghadapi suasana baru, tempat tinggal baru, orang-orang baru, budaya baru, pokoknya semua baru-barulah :D kita dapat kerja di Kuantan. Jadi, dah tak jadi penanam anggur yang tegar. Alhamdulillah, di atas rezekiNya. Semoga segalanya dipermudahkan. Tapi sedih tahun ni kali pertama tak dapat sambut tahun baru bersama keluarga. Sobs sobs. 





Apa pun yang berlaku pada tahun lalu, jadikan ia pembakar semangat untuk terus melangkah ke hadapan. Jangan pernah berputus asa dengan kegagalan di masa lalu, jadikan ia kegagalan yang di penghujungnya membuahkan kemenangan yang terindah. Pandang ke hadapan, kejayaan menanti!! (berbelit-belit ayat) ngeeee -,-

"Ya Allah, aku memohon ketentuan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohon penetapan dengan kekuasaanMu, juga kau memohon kurniaMu yang maha besar, Sesungguhnya Engkau yang Maha Mengetahui dan aku tidak mengetahui apa-apa. Engkau yang Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, sekiranya dalam ilmuMu urusanku ini baik untuk aku dan agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, takdirkan untuk aku dan mudahkan serta berikan keizinan kepada aku melaluinya. Sebaliknya, apabila dalam ilmuMu urusan ini buruk untuk aku dan agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, lalu jauhkan hal itu daripada aku dan jauhkan aku daripada urusan itu serta takdirkan untuk aku yang lebih baik daripada urusan itu walau di mana jua, Kemudian, puaskan hatiku dengan takdirMu itu."

p/s : lepas ni bila la pulak dapat menaip. Mesti kita dah busy. InsyaAllah, panjang umur dan ada kelapangan masa, aku pasti menulis :)


byebye.
 Assalamualaikum 

No comments:

Post a Comment