Wednesday, December 31, 2014

Melangkah ke satu tahun lagi, 2015!

Kehidupan adalah sesuatu perjalanan. Kita boleh merancang ke mana-mana sahaja yang kita mahu dan Matlamat apa yang mahu kita capai. Namun kesemuanya hanya berlaku dengan izin Allah. Mungkin lebih cepat, mungkin lebih lambat dan mungkin juga tidak kesampaian.



Kami yakin dan pasti, setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kami redha, kami pasrah, kami banyak dosa, kami lalai. Ampunkan dosa kami Ya Allah!


Ma familia ! bersama adik-beradik umi (maksu dan ayah ngah sekeluarga)
*abah je takde dalam gambar ni - ciktie konvo (throwback)



Alhamdulillah :)



Saturday, December 6, 2014

Separuh.........

Kadang-kadang seseorang hadir dalam hidup kita tanpa kita minta. 
Datang secara tiba-tiba entah dari mana.

Mengisi segenap kekosongan hidup tanpa disangka. Seluas semesta, gembira tak terkata. Bumi seolah berhenti berputar. Cahaya menerangi angkasa raya. 
Bersinar bagai tiada penghujung cahaya.

Separuh sayangmu dihati....
Separuh lagi kau bawa pergi......


picture : en google




Friday, November 7, 2014

Rindu Korea ! (Part 1)

Assalamualaikum

Lamanya kita tak menulis, serious rasa macam blog ni dah tak wujud. Muahaha Disebabkan sekarang memang teramat sibuk sampai kadang-kadang masa untuk diri sendiri pun dah kelaut. Sadiss sungguh! Hari ni kelas sampai tengahari dan macam lapang je, boleh la nak menulis, ye dok! Nampak tak tajuk entry kita tu, heee yup! kita rindu sangat kat Korea, tak tahu kenapa, rasa dah jatuh cinta tahap tak boleh nak cakap pasal Korea ni. I love Korea so much!!! Yela, lagipun ni kali pertama aku ke luar negara dan tempat yang aku pergi ni pulak salah satu tempat yang memang semua orang nak pegi! MashaAllah, of course la excited kan nak tengok bumi Allah selain Malaysia :) 

Actually, tak tahu nak mula dari mana, dah 3 minggu kot balik Malaysia jadi fening cikit nak citer, nak pilih gambo lagi. huwaa dah gambo banyak -.- tapi sebab hati ni berkobar-kobar nak menulis, jadi kita ikutkan saja la yee, nanti dah takde mood berjaman la baru aku nak buka blog. Untuk tatapan sendiri di kemudian hari. hik3

******************
Ok, sebenarnya aku ke Korea ni under UiTM. Semester 6 ni aku diwajibkan mengambil subjek Comparative Planning yang mewajibkan kami sebagai student town planning untuk mengikuti khusus ni, sekiranya tidak maka gagal la jawabnya. Perhhh skema gila ayat! Haha *macam pening je ayat aku. Lantak la! Jadi kami satu kelas bincang punya bincang, bincang punya bincang, akhirnya kami pilih Korea sebagai destinasi holiday + esaimen. Gulp! Ikutkan kami nak ke Osaka, tapi disebabkan kekurangan bajet, jadi pilih yang murah takde la murah sangat, tapi masih dibawah kemampuan la, mampu la sangat! 

Pada 13 Oktober bergeraklah rombongan cik kiah ke Korea :) Kami ke sana selama 6H5M (13-18 Oktober 2014) Kami ke sana menggunakan khidmat agen dari Malaysia dan diiringi 2 orang pensyarah kami yang cute lagi muit! Hee



blurrr! nak jugak letak. kami sampai ke KLIA 2 pada jam 3 pagi. Mengantuk yang teramat masa ni. 




Alhamdulillah, dah sampai di bumi Korea :) tepat jam 3.41 pm selama 6 jam perjalanan. Kat Korea ni awal sejam je dari Malaysia. 



abaikan muka yang pucat lagi lesu itu. buruk gilo! 



sejuk ok kat luar ni. perhhhh menyusukkk! 


semua teruja :) 




Tempat tinggal selama di Korea di  Ines Inn, Itaewon. *aku dah link kan boleh la tengok ghope sebeno bilik tu :)  Masa ni baru teringat nak ambik gambo rumah, tapi disebabkan semua dah masuk awal, jadi terima jela. hakhak tunggang langgang jadinya. 

will be updated the next entry soon!
*entah bila la entry seterusnya tu, makin lama basi citer aku ni. huuu
daaaaa

Friday, October 31, 2014

segenggam




Tiada yang lebih indah daripada impian yang menjadi kenyataan. Namun, bukan mudah untuk terus memegang impian yang berada dalam genggaman.


*harus bertahan

Saturday, October 11, 2014

Saturday, September 13, 2014

Tatkala Rindu Bertamu



Hilang di mata tetapi tidak di hati. 
Walaupun hanya dalam mimpi, tetapi hati ini tidak mampu untuk menangkis rindu yang bertandang. Indah dirasa tetapi batin yang menanggung tidak terkata perinya. 
Mahu diusir tetapi apakah dayaku ini terbatas. 

Friday, July 25, 2014

Sembang-sembang.

Assalamualaikum :)

Macammana puasa ok ? Sedar tak sedar kita semakin hampir ke penghujungnya (Ramadan). Alhamdulillah. Semoga segala amalan kita dipermudahkan dan diterima olehNya. Lama diri ini menyepi dalam dunia menulis, hampir 3 bulan juga blog ni tidak bertuan. Hee. Dah jadi student balik, almaklumlah semuanya berubah. Duniaku kembali seperti sediakala. Kesibukan yang teramat sangat. Dunia 'degree' sememangnya mencabar dan memerlukan ketahanan mental yang tinggi. Ceh ayat !

Tinggal beberapa hari je lagi kita bakal menemui Syawal. Persiapan macammana semua dah beres? Aku macam biasa dah selesai awal, abah tak suka buat last minutes ni. Tahun ni macam biasa raya kat rumah tokma je, kampung umi :) Ikutkan hati kecil ni nak sangat beraya kampung abah, rindu sangat kat family kat Johor. Tapi disebabkan tahun ni, paklong dan pakngah tak balik, jadi kitorang la kena beraya kat sini. Tak kesah sebenarnya raya mana-mana, tapi sebab dah lama gila tak raya sana, tetiba rindu :'( semoga mereka semua sihat belaka. InsyaAllah, panjang umur kita jumpa.

Sedang kita tengah bergembira, jangan lupa pada mereka yang telah kehilangan insan yang tersayang, baru-baru ini pada 17.07.2014 bersamaan 19 Ramadan 1435, sekali lagi negara digembarkan dengan berita nahas pesawat MAS, Pesawat MH17 yang disahkan terhempas di wilayah UKRAINE berhampiran sempadan RUSIA. Hati ini sedih walaupun takde kena mengena dengan mereka, tetapi sebagai makhluk Allah malah seagama dengan kita, turut terkesan dengan apa yang berlaku. Diharapkan Allah memberi kesabaran yang tinggi buat mereka sekeluarga. Begitu juga dengan pertempuran yang berlaku di Gaza. Allahu, sungguh besar ujianMu kepada mereka. Anak-anak kecil yang tidak berdosa dizalimi, dibunuh tanpa belas kasihan, syurga tempatmu sayang :)


Kalau tiada dugaan maksudnya Dia tak sayang. 
Kalau tiada dugaan maksudnya hidup kita tiada warna.
Semoga dipermudahkan.

p/s : Selamat berbuka dan Selamat Hari Raya Maaf  jika ada salah dan silap.
*see u again !! sempat lagi update nak buka. hee

:)

Monday, May 5, 2014

Takdir..


Bila cinta adalah nafas, ku ingin seabad,
Bila cinta adalah keindahan, ku ingin selalu melihatnya,
Bila cinta adalah luka, ku tak peduli seberapa pahitnya,
dan bila cinta adalah airmta, ku akan tetap tersenyum walaupun dalam duka..
Jika itulah takdirku, aku ikhlas untuk setiap takdirMu..



Friday, May 2, 2014

Terima kasih semua :) #Throwback

Assalamualaikum :)

26042014 genap umurku 22 tahun. Besar dah :)
Lokasi : I-CITY Shah Alam

Hari ni baru ada masa lapang cikit, bolehlah update sekejap :D dah masuk bulan 5 dah kan ? kejap sangat masa :) kita dah berada dipertengahan tahun 2014. Semoga segala yang kita hajati, dah hampir tercapai. Ok, entry kali ini nak throwback je aktiviti-aktiviti minggu lepas :) Semuanya gambar yang akan ceritakan yeee. Sambutan birthday ni dibuat awal sehari sebab time tu je dorang free. huhu memang aku tak terpikir la dorang nak buat apa. Cuma pelik jelah dah kenapa nak g i-city?  bukan ada pape pun. huhu


kek yang kiut miut, pink lagi :))
sayang nak potong. 


gambar blur, tapi nak jugak letak :P








antara yang hadir. terima kasih :D


my gugirls :)


 mereka berdua ni la perancangnya:) terima kasih untuk kejutan ini. sayang korang ketat :D

Keesokkan harinya aku wawa dan syafiq ke Kolumpuq, nak pi jumpa my sista, Jalwati dan Kak Asmani. Lama sungguh aku tak jumpa adik aku sorang ni, maklumlah sekarang dah kerja. Jadi masing-masing sibuk. 


abaikan muka kami yang dah macam orang baru balik ke sawah. huhu


singgah kejap kat Pusat Pelancongan  Malaysia :) fefeling nak jadi pelancong haritu. haha padahal nak bergambo je kat sana.


peace :)







:)
buibui 

Wednesday, April 16, 2014

Memilih atau Dipilih





Hidup ini hanya ada dua pilihan, MEMILIH atau DIPILIH
Jika kamu memilih, pilihlah yang terbaik. 
Jika kamu dipilih, jadilah yang terbaik. 
Kalau aku....biarlah dipilih, aku sanggup jadi yang terbaik. 
Sebab kalau memilih, dia tidak akan memilih aku...
Sebab aku, bukan yang terbaik untuknya. 

p/s : mencari seseorang yang mencintai kita, peluang itu terlalu tipis. Tapi, tak ada yang mustahil dalam dunia ini, kalau Allah belum izin, memang susah! Cuba kalau Allah bagi izin, semua senang dan mudah. Allah akan bagi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu...

Tuesday, March 25, 2014

Heartbreaking (8/3/2014 - 24/3/2014)

Hati ini terlalu sedih, teramat sedih. Macam-macam berita yang kita dengar sepanjang misi pencarian MH370 dan akhirnya terjawab. Allahuakbar!



17 hari tertangguh rahsia
Terjawab kini di mana
Banyaknya airmata
Luka dan sengsara
Tabahlah wahai insan-insan yang ditinggalkam
Meski tak tergalas beban
Tak tertahan
Tak tertanggung suratan
Relakan ketentuan Allah
Damaikan dengan Al-Fatihah
Dan doa-doa melimpah.
Tabahlah...
-Sangdewi


Al-Fatihah.


Friday, March 7, 2014

I'm back!! New story, new life :)

Assalamualaikum :)

Lama sungguh blog ini tidak aktifkan? menyepikan diri hampir 2 bulan lebih jugalah. Hee. Maaf, kekurangan idea dan ketidakrajinan menyebabkan blog ini dipinggirkan buat sementara waktu. Sebenarnya tersangat-sangatlah rindu nak menaip. Harap masih ada yang sudi menunggu, menanti dan membaca entri aku ni (bajet popular gitu). Alhamdulillah, permulaan tahun yang baik dan cukup sempurna bagi aku. Selama sebulan aku diberikan peluang berada di alam pekerjaan, walaupun hanya seketika tetapi terlalu banyak pengalaman yang aku telah perolehi, agak sukar sebenarnya berada di alam realiti kerana ia memerlukan kekuatan mental dan fizikal. Nak pula aku yang pertama kali baru nak merasai dunia pekerjaan, memang merupakan pengalaman yang takkan aku lupakan :) kenapa skema sangat ayat aku?? Haha


With Kak Yati. Gambar pertama sebagai seorang pekerjaan. Wink (kerja cashier dekat Kuantan Parade) pekerjaan yang sangat mencabar bagi aku. Huhu


03.03.2014 - 07.03.2014

Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t  kerana beri peluang untuk aku meneruskan pengajian ke peringkat yang seterusnya. Sebelum buat keputusan nak sambung belajar balik tu, memang pikir 2 3 4 kali jugalah sebab dah 2 kali buat rayuan tak dapat, macam give up juga masa tu. Habis kaum kerabat aku mintak khidmat kaunseling. Sempat jugak gaduh dengan BFF masa mintak nasihat dia, emo pulak kawan aku sorang tu, entah pape. Hihi 

Macam biasa tiap kali ada kemasukan pelajar baru pasti akan perjumpaan. Layan jelah gambar ye. Tapi perjumpaan kali ni, aku pelik cikit takde pulak lagu UITM dinyanyikan. Selalunya mesti mintak para pelajar nyanyi tiap kali ada perjumpaan (padahal rindu nak nyanyi lagu UITM) haha 


Pelajar baru semester 1 dan semester 5 bersama ketua program Dr Ayu, untuk semakan dan penyerahan dokumen peribadi pelajar. 


Ni budak lelaki kelas aku masa Diploma dulu :) Cuma 2 orang takde, sebab sorang tu dah kerja dan yang lagi sorang aku tak boleh kenalpasti kenapa dia tak sambung walaupun beliau berjaya masuk ke UiTM. Maybe ada sebab kot.


Dulu mereka bertiga ni sama kos dengan aku masa diploma tapi takde rezeki dalam town planning, mereka bertukar selesa dan citarasa ke Estate Management :) So far, alhamdulillah, dorang macam suka je dengan situasi baru, dah takde buat kerja sampai tak tido, dah tak payah nak menghadap map apa semua, dah tak payah nak duduk dalam studio 24 jam. Huwaa bestnyaaaaa!!

Hari ke 3


Hari pertama masuk kelas sebagai seorang pelajar, setelah hampir 9 bulan bergelar penganggur :P 


motif ????


:) selfie 
di pejabat FSPU. 


Aisyah, Wani, Zati, Cuna dan Wawa. Aku macam biasa jadi jurugambar :D 


Friendship Forever.
TP vs EM

Walaupun sekarang ni kami dah tak sama kos, mungkin akan jarang jumpa masing-masing sibuk dengan kerja. Aku hanya mampu doakan mereka dari jauh walau apa jua bidang yang mereka ceburi. Semoga segalanya dipermudahkan. Hubungan yang terjalin selama 3 tahun sukar untuk dilupakan. Sebab tu bila dah berjumpa, gitulah jadinya. Haha 

Selesai sudah minggu pertama, dugaan yang tak dapat dielakkan terpaksa redah bukit yang tinggi. Huwaaa. Letih weh tiap kali sampai studio. Huh! 

P/S : rindu nak jumpa cheq dan kak as :(

bye. see you again!