Friday, March 7, 2014

I'm back!! New story, new life :)

Assalamualaikum :)

Lama sungguh blog ini tidak aktifkan? menyepikan diri hampir 2 bulan lebih jugalah. Hee. Maaf, kekurangan idea dan ketidakrajinan menyebabkan blog ini dipinggirkan buat sementara waktu. Sebenarnya tersangat-sangatlah rindu nak menaip. Harap masih ada yang sudi menunggu, menanti dan membaca entri aku ni (bajet popular gitu). Alhamdulillah, permulaan tahun yang baik dan cukup sempurna bagi aku. Selama sebulan aku diberikan peluang berada di alam pekerjaan, walaupun hanya seketika tetapi terlalu banyak pengalaman yang aku telah perolehi, agak sukar sebenarnya berada di alam realiti kerana ia memerlukan kekuatan mental dan fizikal. Nak pula aku yang pertama kali baru nak merasai dunia pekerjaan, memang merupakan pengalaman yang takkan aku lupakan :) kenapa skema sangat ayat aku?? Haha


With Kak Yati. Gambar pertama sebagai seorang pekerjaan. Wink (kerja cashier dekat Kuantan Parade) pekerjaan yang sangat mencabar bagi aku. Huhu


03.03.2014 - 07.03.2014

Alhamdulillah, syukur kepada Allah s.w.t  kerana beri peluang untuk aku meneruskan pengajian ke peringkat yang seterusnya. Sebelum buat keputusan nak sambung belajar balik tu, memang pikir 2 3 4 kali jugalah sebab dah 2 kali buat rayuan tak dapat, macam give up juga masa tu. Habis kaum kerabat aku mintak khidmat kaunseling. Sempat jugak gaduh dengan BFF masa mintak nasihat dia, emo pulak kawan aku sorang tu, entah pape. Hihi 

Macam biasa tiap kali ada kemasukan pelajar baru pasti akan perjumpaan. Layan jelah gambar ye. Tapi perjumpaan kali ni, aku pelik cikit takde pulak lagu UITM dinyanyikan. Selalunya mesti mintak para pelajar nyanyi tiap kali ada perjumpaan (padahal rindu nak nyanyi lagu UITM) haha 


Pelajar baru semester 1 dan semester 5 bersama ketua program Dr Ayu, untuk semakan dan penyerahan dokumen peribadi pelajar. 


Ni budak lelaki kelas aku masa Diploma dulu :) Cuma 2 orang takde, sebab sorang tu dah kerja dan yang lagi sorang aku tak boleh kenalpasti kenapa dia tak sambung walaupun beliau berjaya masuk ke UiTM. Maybe ada sebab kot.


Dulu mereka bertiga ni sama kos dengan aku masa diploma tapi takde rezeki dalam town planning, mereka bertukar selesa dan citarasa ke Estate Management :) So far, alhamdulillah, dorang macam suka je dengan situasi baru, dah takde buat kerja sampai tak tido, dah tak payah nak menghadap map apa semua, dah tak payah nak duduk dalam studio 24 jam. Huwaa bestnyaaaaa!!

Hari ke 3


Hari pertama masuk kelas sebagai seorang pelajar, setelah hampir 9 bulan bergelar penganggur :P 


motif ????


:) selfie 
di pejabat FSPU. 


Aisyah, Wani, Zati, Cuna dan Wawa. Aku macam biasa jadi jurugambar :D 


Friendship Forever.
TP vs EM

Walaupun sekarang ni kami dah tak sama kos, mungkin akan jarang jumpa masing-masing sibuk dengan kerja. Aku hanya mampu doakan mereka dari jauh walau apa jua bidang yang mereka ceburi. Semoga segalanya dipermudahkan. Hubungan yang terjalin selama 3 tahun sukar untuk dilupakan. Sebab tu bila dah berjumpa, gitulah jadinya. Haha 

Selesai sudah minggu pertama, dugaan yang tak dapat dielakkan terpaksa redah bukit yang tinggi. Huwaaa. Letih weh tiap kali sampai studio. Huh! 

P/S : rindu nak jumpa cheq dan kak as :(

bye. see you again!

No comments:

Post a Comment