Friday, July 25, 2014

Sembang-sembang.

Assalamualaikum :)

Macammana puasa ok ? Sedar tak sedar kita semakin hampir ke penghujungnya (Ramadan). Alhamdulillah. Semoga segala amalan kita dipermudahkan dan diterima olehNya. Lama diri ini menyepi dalam dunia menulis, hampir 3 bulan juga blog ni tidak bertuan. Hee. Dah jadi student balik, almaklumlah semuanya berubah. Duniaku kembali seperti sediakala. Kesibukan yang teramat sangat. Dunia 'degree' sememangnya mencabar dan memerlukan ketahanan mental yang tinggi. Ceh ayat !

Tinggal beberapa hari je lagi kita bakal menemui Syawal. Persiapan macammana semua dah beres? Aku macam biasa dah selesai awal, abah tak suka buat last minutes ni. Tahun ni macam biasa raya kat rumah tokma je, kampung umi :) Ikutkan hati kecil ni nak sangat beraya kampung abah, rindu sangat kat family kat Johor. Tapi disebabkan tahun ni, paklong dan pakngah tak balik, jadi kitorang la kena beraya kat sini. Tak kesah sebenarnya raya mana-mana, tapi sebab dah lama gila tak raya sana, tetiba rindu :'( semoga mereka semua sihat belaka. InsyaAllah, panjang umur kita jumpa.

Sedang kita tengah bergembira, jangan lupa pada mereka yang telah kehilangan insan yang tersayang, baru-baru ini pada 17.07.2014 bersamaan 19 Ramadan 1435, sekali lagi negara digembarkan dengan berita nahas pesawat MAS, Pesawat MH17 yang disahkan terhempas di wilayah UKRAINE berhampiran sempadan RUSIA. Hati ini sedih walaupun takde kena mengena dengan mereka, tetapi sebagai makhluk Allah malah seagama dengan kita, turut terkesan dengan apa yang berlaku. Diharapkan Allah memberi kesabaran yang tinggi buat mereka sekeluarga. Begitu juga dengan pertempuran yang berlaku di Gaza. Allahu, sungguh besar ujianMu kepada mereka. Anak-anak kecil yang tidak berdosa dizalimi, dibunuh tanpa belas kasihan, syurga tempatmu sayang :)


Kalau tiada dugaan maksudnya Dia tak sayang. 
Kalau tiada dugaan maksudnya hidup kita tiada warna.
Semoga dipermudahkan.

p/s : Selamat berbuka dan Selamat Hari Raya Maaf  jika ada salah dan silap.
*see u again !! sempat lagi update nak buka. hee

:)