Friday, November 7, 2014

Rindu Korea ! (Part 1)

Assalamualaikum

Lamanya kita tak menulis, serious rasa macam blog ni dah tak wujud. Muahaha Disebabkan sekarang memang teramat sibuk sampai kadang-kadang masa untuk diri sendiri pun dah kelaut. Sadiss sungguh! Hari ni kelas sampai tengahari dan macam lapang je, boleh la nak menulis, ye dok! Nampak tak tajuk entry kita tu, heee yup! kita rindu sangat kat Korea, tak tahu kenapa, rasa dah jatuh cinta tahap tak boleh nak cakap pasal Korea ni. I love Korea so much!!! Yela, lagipun ni kali pertama aku ke luar negara dan tempat yang aku pergi ni pulak salah satu tempat yang memang semua orang nak pegi! MashaAllah, of course la excited kan nak tengok bumi Allah selain Malaysia :) 

Actually, tak tahu nak mula dari mana, dah 3 minggu kot balik Malaysia jadi fening cikit nak citer, nak pilih gambo lagi. huwaa dah gambo banyak -.- tapi sebab hati ni berkobar-kobar nak menulis, jadi kita ikutkan saja la yee, nanti dah takde mood berjaman la baru aku nak buka blog. Untuk tatapan sendiri di kemudian hari. hik3

******************
Ok, sebenarnya aku ke Korea ni under UiTM. Semester 6 ni aku diwajibkan mengambil subjek Comparative Planning yang mewajibkan kami sebagai student town planning untuk mengikuti khusus ni, sekiranya tidak maka gagal la jawabnya. Perhhh skema gila ayat! Haha *macam pening je ayat aku. Lantak la! Jadi kami satu kelas bincang punya bincang, bincang punya bincang, akhirnya kami pilih Korea sebagai destinasi holiday + esaimen. Gulp! Ikutkan kami nak ke Osaka, tapi disebabkan kekurangan bajet, jadi pilih yang murah takde la murah sangat, tapi masih dibawah kemampuan la, mampu la sangat! 

Pada 13 Oktober bergeraklah rombongan cik kiah ke Korea :) Kami ke sana selama 6H5M (13-18 Oktober 2014) Kami ke sana menggunakan khidmat agen dari Malaysia dan diiringi 2 orang pensyarah kami yang cute lagi muit! Hee



blurrr! nak jugak letak. kami sampai ke KLIA 2 pada jam 3 pagi. Mengantuk yang teramat masa ni. 




Alhamdulillah, dah sampai di bumi Korea :) tepat jam 3.41 pm selama 6 jam perjalanan. Kat Korea ni awal sejam je dari Malaysia. 



abaikan muka yang pucat lagi lesu itu. buruk gilo! 



sejuk ok kat luar ni. perhhhh menyusukkk! 


semua teruja :) 




Tempat tinggal selama di Korea di  Ines Inn, Itaewon. *aku dah link kan boleh la tengok ghope sebeno bilik tu :)  Masa ni baru teringat nak ambik gambo rumah, tapi disebabkan semua dah masuk awal, jadi terima jela. hakhak tunggang langgang jadinya. 

will be updated the next entry soon!
*entah bila la entry seterusnya tu, makin lama basi citer aku ni. huuu
daaaaa