Sunday, October 11, 2015

Hari Sukan Negara

Morning ! Cerita semalam :)
Padang Kawad UiTM Shah Alam.
#supportharisukannegara 









akan sentiasa support, jumpa lagi tahun depan InshaAllah, enjoy it !

Sunday, August 2, 2015

Cuti Raya - Pulau Perhentian

Assalamualaikum, hi! *citer throwback*

Orang lain masih dalam mood raya, aku dan family sibuk plan nak pi bercuti :)*planning last minute* aku suka buat sesuatu tu biar jadi, jangan main cakap-cakap mulut je, sebab aku tahu cakap gempak-gempak lastly kelauttttt. Aku dah lama rancang dengan semua orang nak pergi bercuti kat pulau ni termasuk kawan-kawan aku, dengan family, dengan BFF aku sendiri tapi satu pun tak jadi, muahaha ayat "kelaut" sejak aku balik Johor la ni -,- asyik nak sebut je perkataan tu. Annoyinggg 

Alkisahnya begini, masa maksu amik aku kat airport baru sampai dari Johor, maksu bagitahu before balik Kuala Lumpur, maksu nak pergi bercuti tenangkan fikiran. Yes, maksu dah lalui macam-macam dugaan so, aku decide kita pergi Pulau Perhentian. Since, almost 10 year duk Bachok, tak pernah sekali pun jejak kaki ke Pulau Perhentian walhal dekat gila kot, tak sampai sejam pun nak ke Jeti tu.

Maka pada hari Rabu (22.7.2015) petang aku terus cari tiket dan beli siap-siap, harga sebenar rm70 pegi balik tapi aku dapat harga rm50 pegi balik, Alhamdulillah jimat rm20..lagi ramai lagi murah dorang kasi harga tiket tau maka hendaklah kalian ayat dorang kasi murah. aku nasib baik ustajah Ada yang ayat. heee


Beli tiket awai ingatkan tak nak kelam-kabut kira datang tu terus naik boat :P tapi harapan je datang pukul 8, naik pukul 9, hampeh! Panas ok tunggu, cakap pukul 8.30 biasa la kan, nama pun janji melayu, kita sendiri pun kadang-kadang lambat jugak. (ewah padahal dalam hati dah bising-bising) tunggu punya tunggu sampai dah tak tahu nak posing macam mana lagi dah, kalau guna kodak ni habis kodak dah *over*  HAHA Alhamdulillah sampai jugak boat, sampai tu terus masuk duduk depan sekali, nampak tak excitednya manusia ini. huuuu tapi ko tak tahu disebalik duduk depan tu tuhan je yang tahu macam mana otak perut dan segala yang aku hadapi kat atas boat tu, perhhh nak pecah perut omakk sebab dah la laju pahtu duduk depan pulak memang terbaik la kena ombak. patut la orang lain duk area belakang senyap je rupanya duduk belakang tak rasa sangat kalau langgar ombak besar tu. Sakit pinggang weh! Rasa macam langgar batu je boat ni. :(


Farzana (sepupu), Ciktie, Cikda, Maksu dan aku


Perjalanan menuju ke pulau memakan masa hampir 30 minit, akhirnya kami sampai ke destinasi, tak tahu nak cakap apa. speechless, indah ciptaanNya. Sebelum datang sini aku dah buat search siap-siap nak duk mana, apa yang best dekat sana sebabnya nanti  brader yang bawak boat tu akan tanya nak berhenti dekat mana, nasib baik aku dah buat bacaan kalau tak orang tanya memang blur tak tahu, buat malu je -- maklumlah first time nak pergi pulau. Then aku decide nak berhenti dekat Long Beach, kebanyakan pelancong akan pilih tinggal dekat Long Beach maka ke sana la kami berlima. 


Maldives Malaysia! 

Dah nak dekat sampai Perhentian kecil dorang stop halfway, dalam hati

"dah kenapa stop tengah-tengah laut ni?" nebesss! 

Dari naik boat berbumbung kami kena tukar naik boat kecik yang dorang panggil 'teksi'. Tiap kali kitta nak guna 'teksi' ni kena bayar ok! Maka berpindah la dari boat berbumbung ke boat kecik, bila dah sampai dekat Long Beach tu brader tu stop atas air, bukan atas pasir. 

"Ha, dah sampai, turun sini. Sorang rm2" perhh padahal dekat je kot

Huwaaa, air paras tulang keting, dahlah pakai seluar jeans, bot pulak stop atas air, memang basah kuyup la. dengan barang kiri-kanan :( haha ingat balik rasa kelako pun ada, brader tu siap pesan 

"lain kali datang pulau pakai seluar tido je, buat apa pakai seluar jeans" #deep ho abe, ho! 

Sampai je, dari pakai kasut, tukar pakai selipar. muahaha terus cari public toilet, cari punye cari takde ok! blur kejap pahtu orang tut tut kat mana? pegi la tanye kedai pakaian kat mana toilet, dia bagitahu ada kat atas. dengan pantasnya naik tangga, nak terkucil sorang-sorang tak tahan dah dari atas bot lagi duk tahan. Dah siap, ad makcik tu cakap ok rm2! perhhhh terkejut beruk aku. cisss cekik darah sungguh! lepas ni taknak dah aku kencing kat situ, buang je dalam laut tu free pn free, HAHA 


Sekitar kawasan long beach, kenapa dia dipanggil long beach sebabnya dekat kawasan ni je pantai dia paling panjang, dah nama pun long beach kang! plus pantai dia pun cantik, biru hijau. cantik Ya Rabbi! cari tempat nak makan semua, maksu dah bawak bekal nasi lemak, dan kitaorang berbekalkan roti sandwich :) makan la dengan penuh nikmat dan feeling habis dengan angin-angin sepoi-sepoi bahasa, best sangat :D

Dah siap makan semua, aktiviti seterusnya nak pi kat kincir angin. salah satu tempat yang wajib jugak la pergi, kalau nak tengok pemandangan dari atas. Nak ke kincir angin tu ada dua cara satu hiking atau pun pergi dengan 'teksi', disebabkan masing-masing tak larat nak mendaki maka bayar abang teksi rm10 pergi balik seorang.


menuju ke kincir angin 


Ni aku nak habaq, disebabkan tangga nak naik runtuh, maka abang 'teksi' berhenti macam biasa atas air, perhhhh sekali lagi basah kuyup, kena panjat pulak batu-batu nak naik. Rasa menyesal lak nak pergi sini -,- abang teksi cakap dah lama runtuh, takde orang nak baiki. Aku dah macam grrrr seksa sungguh!


tu nampak tak benda dalam air tu -,- duduk kat atas ni macam-macam benda pikir, rasa macam ala-ala titanic gituh perasaan dia.


Nak sampai kincir angin tu, ko kena mendaki sebanyak 500 anak tangga nak sampai puncak, aku memang dah tak larat, sekerat jalan je :p tengok tangga dia macam tak berapa nak yakin je dah la tinggi. Separuh tangga pun dah dapat tengok pemandangan indah seluruh pulau. Subhanallah memang cantik.




dah penat tengok pemandangan, sempat la aku dengan kazen mandi sementara tunggu abang teksi datang ambik.


us with abang Judin yang bawak kami ke Kincir Angin, baik dan peramah sangat :) next time memang abang Judin ni jela aku panggil kalu datang lagi. Pergi kali ni hanya buat aktviti biasa je, tak snorkeling pun, lain kali datang kita snorkeling pulak sebab dah survey :) Huhu tak puas duk pulau, rasa dia lain macam. Aku sempat la baring ala-ala minah salleh dekat tepi pantai ni dan aku tido dengan bahagianya. Dengan angin pantai, pasang lagu pulak layan habis iolss time tu ;D kalu aku putus cinta (merajuk) cari lah aku di pulau ini HAHA memang sesuai sangat la datang pulau time situasi tak stabil macam tu. Tu sebab orang cakap ada masalah, mesti lari dekat pulau sebab tengok laut dan langit pun dah buat jiwa rasa tenang dan kosong. Yes, setuju 200%. 


last but no least, 

minah kebun di Pulau Perhentian 




tata, see you again :)


Tuesday, June 23, 2015

Current Life

Assalamualaikum

Alhamdulillah, selesai satu tugas untuk semester ini. Tamat internship dengan jayanya pada 18.06.2015. Baru rasa ada mood nak story, disebabkan dari pagi duk menghadap laptop buat report. capekkkkk T_T tetiba datang pulak mood nak menaip secara tidak diundang maka terhasillah satu entry untuk hari ini :) 


Macam yang aku cakap tadi, sekarang ini aku tengah berperang untuk siapkan 2 report sebelum aku lepaskan segalanya. Nak rehat sepuas-puasnya, pleasseeee! Khamis ini dah nak ke Shah Alam maka betapa lah diri ku dekat sana selama seminggu lebih. Hmm Ikut hati ini malas nak pegi, tapi pikir tanggungjawab maka haruslah ku relakan. Tinggal satu semester je lagiiiiii. Wish me luck!

Oppsss, hampir lupa kita nak ucapkan selamat berpuasa buat pembaca tegar blog gua ni (ada ke?) dan juga seluruh umat islam walau dimana kalian berada, semoga Ramadan kali ini lebih baik dari sebelum-sebelumnya :) Insha Allah


Semoga dipermudahkan.
Take care, people!

Sunday, May 31, 2015

Pertemuan, TakdirNya

Assalamualaikum

Dalam hidup ini pertemuan dan perpisahan itu sudah pasti, kadang-kadang kita merasakan tuhan itu tidak adil, tuhan itu kejam rampas mereka dari kita, ambil mereka dari kita. Allah hadirkan mereka dalam hidup kita bertujuan dan Allah rampas mereka juga bersebab. Ikhlas dan Redha. Setiap pertemuan yang Allah aturkan mempunyai ceritanya yang tersendiri :) Dunia ini juga adalah sementara, kita juga insan yang dicipta Allah untuk kita menikmati keindahan dunia ciptaan-Nya sehingga sampai saat nya semua ini akan hilang. Begitu juga pertemuan dan perpisahan yang terjadi, itu semua adalah pinjaman buat kita untuk mengenali, memahami, menyayangi di antara satu sama lain.

13 tahun bukanlah satu jangka yang singkat bagi diri ini. 13 tahun aku mencari, berdoa, pasrah dengan ketentuanNya. Terlalu rindukan dia, hati ini hanya tuhan yang tahu. Tak pernah sekali aku terlupa untuk berdoa meminta aku dipertemukan dengan dia walaupun seketika.

Alhamdulillah, 27052015 Allah makbulkan doa ini, gerakkan hati ini sekali lagi untuk search nama dia di Facebook buat kali keberapa entah. Kali ini aku taip nama dia, dan aku tak sangka aku jumpa :) Siapa dia??

Dia adalah
.
.
.
.

My childhood, my classmate, my best friend sewaktu usia ini baru ingin mengenal dunia, baru ingin mengenali erti sahabat (kawan masa sekolah rendah)

Walaupun pertemuan ini di alam maya tetapi aku tetap bersyukur, Alhamdulillah beliau telah pun berkahwin pada tahun lepas, semoga kebahagiaan milikmu sayang. Insha Allah, semoga Allah izinkan aku bertentang empat mata dengannya.



Percaya dan yakin dengan takdir-Nya. Hikmah-Nya pasti membawa kebahagiaan


Friday, April 3, 2015

Dream Wedding

Assalamualaikum, hi !

April! Meriah pulak tajuk iolls kan. haha. Sejak dah makin dewasa ni tipu la kan tak pernah pikir pasal semua ni, tambah pulak kawan-kawan semuanya bakal tamatkan zaman bujang, gila tak jeles! tapi alhamdulillah jodoh dorang sampai awai, nak buat laguih mana :) happy untuk dorang! Orang lain nak kawen aku pulak terlebih excited. heeee entah nape, rasa nak citer pasal DREAM WEDDING aku. haha. (seru nak sampai kot) :p Alaa nama pun impian/ angan-angan fantasi belum tentu menjadi. Kalau menjadi terima dengan hati yang gumbira bak bunga yang mekar di pagi hari *kelassss habis ayat aku. grrr Kalau dop gak biarlah tersemat dihati dan jugak blog ini :) Buktilah aku ada jugak perkahwinan yang aku impikan! 

Wedding aku nanti aku nak lebih kepada outdoor wedding :) Tempat dia aku dah pilih siap-siap tinggal nak cari calon je. Hahaha Dah cakap pun dekat umi dan abah tak nak buat dekat rumah. Huu Itu pun atas bajet aku jugakkan. Buat gempak-gempak hutang sana sini buat apa. Tapi yang pasti aku dah ada 2 tempat yang aku pilih untuk wedding nanti! Disebabkan konsep outdoor, jadi nak yang simple je, tapi bila orang tengok perhh, WOW haa pandangan pertama dorang tengok wedding aku! haha *riak-riak 

Jom masuk dalam dunia khayalan aku yang mungkin akan menjadi realiti *wink 

TEMA


Pink + Green


Pink + Gold


Pink + Yellow

Perkara penting haruslah tahu konsep dan tema apa nak buat kan. kalau aku mesti la ada pink walaupun 25% huuu.(tak boleh takde pink ok) jadi bakal suami gua harus sukakan PINK! Dan aku sangat sangat sangat suka warna pastel, lembut habissss. Suka semua warna kat atas tu. Tapi rasa macam nak pink + gold :) lembut dan mewah ! Ikut hati nak semua kaler tuuu


KAD KAHWIN



Kad kawin haruslah gempak + simple :) vintage wajib sebab aku suka bunga comel-comel ni

PELAMIN

Rambang mata tengok pelamin ok! Rasa macam nak kahwin sekarang je, dimana kamu wahai tulang rusuk kiriku?? Disebabkan konsep dia outdoor haruslah pelamin aku berada di luar. Sangat kreatif mereka yang design semua ni! 





Comel sangat kan :) Simple tapi nampak macam huwaaa nak nangis tepi bucu! kalu hujan nasib ko laaaa, nak sangat outdoor kang!


KEK





Bab kek or cupcake ni aku tak kesah mana, janji sedap dan design haruslah kena dengan tema dan citarasa aku :) dan aku dah ada orang untuk buatkan kek untuk hari kahwin aku nanti. haha tak salah aku rasa nak rancang awal-awal. biar nanti tak kelam kabut! 

CANDY BUFFET








Kalu dapat candy buffet macam ni, tetamu datang pun tak sampai hati nak ambil makan. Huu memang itu tujuan aku pun, biar dorang gigit jari tengok sebab cantik yang teramat :p sweet :) nak buat macam ni jugak nanti kahwin! tak kira, titik.

MEJA  SANTAPAN

Untuk para tetamu haruslah berada di dunia aku jugak, takkan nak cincai kot. Aku nak biar semua yang datang tu akan ingat majlis ni sampai bila-bila :) Tengok meja santapan pun dah tahu aku nak konsep macam mana kan? :) Sebab aku nak dorang rasa suasana macam yang aku inginkan! Rasa macam taknak balik, nak duk lama! Haha






BACKDROP




Untuk backdrop aku nak sesuatu yang pelik, unik tapi menarik :) Jarang orang fikir nak buat, rasa bajet pun takde la mahal mana ye dop! lain dari yang lain, berjemur la korang tengah panas nak bergamboo.

Part yang paling aku tertarik sebenarnya macam pic bawah ni, gantung gambar dengan pasangan kita :) aku nanti nak sediakan satu sudut macam galeri, perjalanan kisah hidup kami. haha kuat aku berkhayal! Ada orang kisah :p at least aku boleh la share momen-momen yang indah, tak dengan pasangan aku pun, aku nak jugak sediakan satu sudut untuk kawan-kawan aku :) Masa tu aku gerenti semua akan ingat balik kenangan zaman-zaman anak dara. Huhu Sebab aku percaya lepas ni semua akan mula kan hidup baru dengan kerjaya masing-masing. Makin susah nak jumpa macam dulu-dulu.




Aku rasa ini je yang dapat aku kongsi, cerita tentang angan-angan perkahwinan aku yang mungkin akan terjadi atau pun sebaliknya :) Just for sharing my dream wedding! Mana tahu dapat serba cikit idea yang aku kongsi ni untuk majlis korang :D


Perkahwinan tidak menjanjikan sebuah majlis yang mewah sebagai kebahagiaan untuk mereka berkahwin sebaliknya bersederhana dalam melakukan apa jua dengan keikhlasan hati yang tulus. InshaAllah keberkatan itu akan terserlah.

p/s : pic semua dari en google
 :)