Friday, April 3, 2015

Dream Wedding

Assalamualaikum, hi !

April! Meriah pulak tajuk iolls kan. haha. Sejak dah makin dewasa ni tipu la kan tak pernah pikir pasal semua ni, tambah pulak kawan-kawan semuanya bakal tamatkan zaman bujang, gila tak jeles! tapi alhamdulillah jodoh dorang sampai awai, nak buat laguih mana :) happy untuk dorang! Orang lain nak kawen aku pulak terlebih excited. heeee entah nape, rasa nak citer pasal DREAM WEDDING aku. haha. (seru nak sampai kot) :p Alaa nama pun impian/ angan-angan fantasi belum tentu menjadi. Kalau menjadi terima dengan hati yang gumbira bak bunga yang mekar di pagi hari *kelassss habis ayat aku. grrr Kalau dop gak biarlah tersemat dihati dan jugak blog ini :) Buktilah aku ada jugak perkahwinan yang aku impikan! 

Wedding aku nanti aku nak lebih kepada outdoor wedding :) Tempat dia aku dah pilih siap-siap tinggal nak cari calon je. Hahaha Dah cakap pun dekat umi dan abah tak nak buat dekat rumah. Huu Itu pun atas bajet aku jugakkan. Buat gempak-gempak hutang sana sini buat apa. Tapi yang pasti aku dah ada 2 tempat yang aku pilih untuk wedding nanti! Disebabkan konsep outdoor, jadi nak yang simple je, tapi bila orang tengok perhh, WOW haa pandangan pertama dorang tengok wedding aku! haha *riak-riak 

Jom masuk dalam dunia khayalan aku yang mungkin akan menjadi realiti *wink 

TEMA


Pink + Green


Pink + Gold


Pink + Yellow

Perkara penting haruslah tahu konsep dan tema apa nak buat kan. kalau aku mesti la ada pink walaupun 25% huuu.(tak boleh takde pink ok) jadi bakal suami gua harus sukakan PINK! Dan aku sangat sangat sangat suka warna pastel, lembut habissss. Suka semua warna kat atas tu. Tapi rasa macam nak pink + gold :) lembut dan mewah ! Ikut hati nak semua kaler tuuu


KAD KAHWIN



Kad kawin haruslah gempak + simple :) vintage wajib sebab aku suka bunga comel-comel ni

PELAMIN

Rambang mata tengok pelamin ok! Rasa macam nak kahwin sekarang je, dimana kamu wahai tulang rusuk kiriku?? Disebabkan konsep dia outdoor haruslah pelamin aku berada di luar. Sangat kreatif mereka yang design semua ni! 





Comel sangat kan :) Simple tapi nampak macam huwaaa nak nangis tepi bucu! kalu hujan nasib ko laaaa, nak sangat outdoor kang!


KEK





Bab kek or cupcake ni aku tak kesah mana, janji sedap dan design haruslah kena dengan tema dan citarasa aku :) dan aku dah ada orang untuk buatkan kek untuk hari kahwin aku nanti. haha tak salah aku rasa nak rancang awal-awal. biar nanti tak kelam kabut! 

CANDY BUFFET








Kalu dapat candy buffet macam ni, tetamu datang pun tak sampai hati nak ambil makan. Huu memang itu tujuan aku pun, biar dorang gigit jari tengok sebab cantik yang teramat :p sweet :) nak buat macam ni jugak nanti kahwin! tak kira, titik.

MEJA  SANTAPAN

Untuk para tetamu haruslah berada di dunia aku jugak, takkan nak cincai kot. Aku nak biar semua yang datang tu akan ingat majlis ni sampai bila-bila :) Tengok meja santapan pun dah tahu aku nak konsep macam mana kan? :) Sebab aku nak dorang rasa suasana macam yang aku inginkan! Rasa macam taknak balik, nak duk lama! Haha






BACKDROP




Untuk backdrop aku nak sesuatu yang pelik, unik tapi menarik :) Jarang orang fikir nak buat, rasa bajet pun takde la mahal mana ye dop! lain dari yang lain, berjemur la korang tengah panas nak bergamboo.

Part yang paling aku tertarik sebenarnya macam pic bawah ni, gantung gambar dengan pasangan kita :) aku nanti nak sediakan satu sudut macam galeri, perjalanan kisah hidup kami. haha kuat aku berkhayal! Ada orang kisah :p at least aku boleh la share momen-momen yang indah, tak dengan pasangan aku pun, aku nak jugak sediakan satu sudut untuk kawan-kawan aku :) Masa tu aku gerenti semua akan ingat balik kenangan zaman-zaman anak dara. Huhu Sebab aku percaya lepas ni semua akan mula kan hidup baru dengan kerjaya masing-masing. Makin susah nak jumpa macam dulu-dulu.




Aku rasa ini je yang dapat aku kongsi, cerita tentang angan-angan perkahwinan aku yang mungkin akan terjadi atau pun sebaliknya :) Just for sharing my dream wedding! Mana tahu dapat serba cikit idea yang aku kongsi ni untuk majlis korang :D


Perkahwinan tidak menjanjikan sebuah majlis yang mewah sebagai kebahagiaan untuk mereka berkahwin sebaliknya bersederhana dalam melakukan apa jua dengan keikhlasan hati yang tulus. InshaAllah keberkatan itu akan terserlah.

p/s : pic semua dari en google
 :)