Sunday, August 2, 2015

Cuti Raya - Pulau Perhentian

Assalamualaikum, hi! *citer throwback*

Orang lain masih dalam mood raya, aku dan family sibuk plan nak pi bercuti :)*planning last minute* aku suka buat sesuatu tu biar jadi, jangan main cakap-cakap mulut je, sebab aku tahu cakap gempak-gempak lastly kelauttttt. Aku dah lama rancang dengan semua orang nak pergi bercuti kat pulau ni termasuk kawan-kawan aku, dengan family, dengan BFF aku sendiri tapi satu pun tak jadi, muahaha ayat "kelaut" sejak aku balik Johor la ni -,- asyik nak sebut je perkataan tu. Annoyinggg 

Alkisahnya begini, masa maksu amik aku kat airport baru sampai dari Johor, maksu bagitahu before balik Kuala Lumpur, maksu nak pergi bercuti tenangkan fikiran. Yes, maksu dah lalui macam-macam dugaan so, aku decide kita pergi Pulau Perhentian. Since, almost 10 year duk Bachok, tak pernah sekali pun jejak kaki ke Pulau Perhentian walhal dekat gila kot, tak sampai sejam pun nak ke Jeti tu.

Maka pada hari Rabu (22.7.2015) petang aku terus cari tiket dan beli siap-siap, harga sebenar rm70 pegi balik tapi aku dapat harga rm50 pegi balik, Alhamdulillah jimat rm20..lagi ramai lagi murah dorang kasi harga tiket tau maka hendaklah kalian ayat dorang kasi murah. aku nasib baik ustajah Ada yang ayat. heee


Beli tiket awai ingatkan tak nak kelam-kabut kira datang tu terus naik boat :P tapi harapan je datang pukul 8, naik pukul 9, hampeh! Panas ok tunggu, cakap pukul 8.30 biasa la kan, nama pun janji melayu, kita sendiri pun kadang-kadang lambat jugak. (ewah padahal dalam hati dah bising-bising) tunggu punya tunggu sampai dah tak tahu nak posing macam mana lagi dah, kalau guna kodak ni habis kodak dah *over*  HAHA Alhamdulillah sampai jugak boat, sampai tu terus masuk duduk depan sekali, nampak tak excitednya manusia ini. huuuu tapi ko tak tahu disebalik duduk depan tu tuhan je yang tahu macam mana otak perut dan segala yang aku hadapi kat atas boat tu, perhhh nak pecah perut omakk sebab dah la laju pahtu duduk depan pulak memang terbaik la kena ombak. patut la orang lain duk area belakang senyap je rupanya duduk belakang tak rasa sangat kalau langgar ombak besar tu. Sakit pinggang weh! Rasa macam langgar batu je boat ni. :(


Farzana (sepupu), Ciktie, Cikda, Maksu dan aku


Perjalanan menuju ke pulau memakan masa hampir 30 minit, akhirnya kami sampai ke destinasi, tak tahu nak cakap apa. speechless, indah ciptaanNya. Sebelum datang sini aku dah buat search siap-siap nak duk mana, apa yang best dekat sana sebabnya nanti  brader yang bawak boat tu akan tanya nak berhenti dekat mana, nasib baik aku dah buat bacaan kalau tak orang tanya memang blur tak tahu, buat malu je -- maklumlah first time nak pergi pulau. Then aku decide nak berhenti dekat Long Beach, kebanyakan pelancong akan pilih tinggal dekat Long Beach maka ke sana la kami berlima. 


Maldives Malaysia! 

Dah nak dekat sampai Perhentian kecil dorang stop halfway, dalam hati

"dah kenapa stop tengah-tengah laut ni?" nebesss! 

Dari naik boat berbumbung kami kena tukar naik boat kecik yang dorang panggil 'teksi'. Tiap kali kitta nak guna 'teksi' ni kena bayar ok! Maka berpindah la dari boat berbumbung ke boat kecik, bila dah sampai dekat Long Beach tu brader tu stop atas air, bukan atas pasir. 

"Ha, dah sampai, turun sini. Sorang rm2" perhh padahal dekat je kot

Huwaaa, air paras tulang keting, dahlah pakai seluar jeans, bot pulak stop atas air, memang basah kuyup la. dengan barang kiri-kanan :( haha ingat balik rasa kelako pun ada, brader tu siap pesan 

"lain kali datang pulau pakai seluar tido je, buat apa pakai seluar jeans" #deep ho abe, ho! 

Sampai je, dari pakai kasut, tukar pakai selipar. muahaha terus cari public toilet, cari punye cari takde ok! blur kejap pahtu orang tut tut kat mana? pegi la tanye kedai pakaian kat mana toilet, dia bagitahu ada kat atas. dengan pantasnya naik tangga, nak terkucil sorang-sorang tak tahan dah dari atas bot lagi duk tahan. Dah siap, ad makcik tu cakap ok rm2! perhhhh terkejut beruk aku. cisss cekik darah sungguh! lepas ni taknak dah aku kencing kat situ, buang je dalam laut tu free pn free, HAHA 


Sekitar kawasan long beach, kenapa dia dipanggil long beach sebabnya dekat kawasan ni je pantai dia paling panjang, dah nama pun long beach kang! plus pantai dia pun cantik, biru hijau. cantik Ya Rabbi! cari tempat nak makan semua, maksu dah bawak bekal nasi lemak, dan kitaorang berbekalkan roti sandwich :) makan la dengan penuh nikmat dan feeling habis dengan angin-angin sepoi-sepoi bahasa, best sangat :D

Dah siap makan semua, aktiviti seterusnya nak pi kat kincir angin. salah satu tempat yang wajib jugak la pergi, kalau nak tengok pemandangan dari atas. Nak ke kincir angin tu ada dua cara satu hiking atau pun pergi dengan 'teksi', disebabkan masing-masing tak larat nak mendaki maka bayar abang teksi rm10 pergi balik seorang.


menuju ke kincir angin 


Ni aku nak habaq, disebabkan tangga nak naik runtuh, maka abang 'teksi' berhenti macam biasa atas air, perhhhh sekali lagi basah kuyup, kena panjat pulak batu-batu nak naik. Rasa menyesal lak nak pergi sini -,- abang teksi cakap dah lama runtuh, takde orang nak baiki. Aku dah macam grrrr seksa sungguh!


tu nampak tak benda dalam air tu -,- duduk kat atas ni macam-macam benda pikir, rasa macam ala-ala titanic gituh perasaan dia.


Nak sampai kincir angin tu, ko kena mendaki sebanyak 500 anak tangga nak sampai puncak, aku memang dah tak larat, sekerat jalan je :p tengok tangga dia macam tak berapa nak yakin je dah la tinggi. Separuh tangga pun dah dapat tengok pemandangan indah seluruh pulau. Subhanallah memang cantik.




dah penat tengok pemandangan, sempat la aku dengan kazen mandi sementara tunggu abang teksi datang ambik.


us with abang Judin yang bawak kami ke Kincir Angin, baik dan peramah sangat :) next time memang abang Judin ni jela aku panggil kalu datang lagi. Pergi kali ni hanya buat aktviti biasa je, tak snorkeling pun, lain kali datang kita snorkeling pulak sebab dah survey :) Huhu tak puas duk pulau, rasa dia lain macam. Aku sempat la baring ala-ala minah salleh dekat tepi pantai ni dan aku tido dengan bahagianya. Dengan angin pantai, pasang lagu pulak layan habis iolss time tu ;D kalu aku putus cinta (merajuk) cari lah aku di pulau ini HAHA memang sesuai sangat la datang pulau time situasi tak stabil macam tu. Tu sebab orang cakap ada masalah, mesti lari dekat pulau sebab tengok laut dan langit pun dah buat jiwa rasa tenang dan kosong. Yes, setuju 200%. 


last but no least, 

minah kebun di Pulau Perhentian 




tata, see you again :)