Friday, February 5, 2016

Jalan-jalan Morib dengan Wani dan Aisyah

Assalamualaikum..

Plan asal sebenarnya nak ke Melaka. Rindu air coconut shake Klebang je sebenarnya. Huhu Ikutkan nak pergi Melaka after aku submit thesis 28.1 haritu, tapi tertangguh sebab hal-hal yang tak dapat dielakkan. Dan bincang punya bincang, Wani jumpa satu travel agensi ni, dan kita decide pergi Morib je dengan harga dia pun murah, package termasuk breakfast dan ticket waterpark untuk 3 orang. Maka ke Morib la kita pada 2.2.2016 selama 2 Hari 1 Malam :)



Ini aku sertakan pakej yang kita amik masa kat Morib haritu, murahkan! Bukan Morib je tempat-tempat lain pun dorang ada, yang nak pi luar negara pun ada dorang sediakan. Siyes murah dan tak menyesal! Tu dah ada siap-siap no phone sila la usha pi tanya kot-kot nak pergi bercuti. 

Nah link Facebook dorang  : GMC TRAVEL TOURS


Sampai Gold Coast International Resort, tepat pukul 3 petang, masa untuk check in. Sampai je terus naik bilik, mandi solat semua, turun bawah perkara wajib bagi kaum hawa. Huhu Ambil gambar sampai lebam :P Lepas ambil gambar semua, keluar jalan-jalan tengok kawasan sekitar. Pegi buat survey apa yang menarik dekat Morib ni. Kawasan ini banyak homestay dan kawasan perkampungan, kawasan kampung dekat Morib ni, perhhh cantik gila. Kemas teratur je, untung budak-budak Morib ini masih boleh rasa suasana kampung. Dan aku yakin time raya mesti meriah gilaaa. Cuma bagi aku kalu nak datang sini untuk kenal tempat boleh la, sebab takde benda menarik pun dekat Morib ni. Nasib 2 hari je, kalu seminggu mati kutu tak tahu nak buat apa lama-lama kat sini. Huhu


Hanya kami bertiga, yang lain tak dapat join. Time datang ni pun budak-budak tengah cuti sem, jadi semua kat rumah masing-masing memang payah nak join. Walaupun bertiga kami enjoyyy!!!

p/s : pasal entah suka sangat muncung bibir :p 


Bekpess kami :) Local set katanyaa. 



Mandi manda sebelum balik :) 


6 tahun kenal budak berdua ni (kalau boleh nak semua ada time ni) kenal  masa sama-sama belajar di Perak, mereka juga studiomate, roommate, dormmate semua matee laa. Sekarang masuk Degree, dah berpecah sebab kos lain-lain. Tapi Alhamdulillah, walaupun jarang jumpa tapi sepanjang 2 tahun ni cari jugak masa untuk spend time :) Terima kasih untuk segalanya sayang. Terima kasih juga untuk 2 tahun mia di UiTM Shah Alam. Dorang ini masih ada 1 tahun setengah untuk tamatkan degree. Goodluck, all the best! 


****************************

We may not be together 24/7 but She's still my best friend! 

Pic time sukan masa diploma. #throwback

3 dah kahwin, Sorang bakal menyusul bulan 5 ini InshaAllah, dan lagi sorang next week bakal bertunang. Happy for you gaissss :) **sebak (sorang takde dalam gambar : Izzati) 



No comments:

Post a Comment